Friday, April 27, 2012

menguap sejukkan otak?

Assalamualaikum warahmatullah.

huhu pasal menguap pun boleh jadi entri hehe. korang selalu menguap? selalu? erm mengantuk la tu hehe.


apa yang aku tahu kita menguap sebab kita kekurangan oksigen dan dengan menguap kita akan mendapat bekalan oksigen yang diperlukan. betul ke? apa pendapat korang? kalau ada kongsi-kongsi la ye -.-

berbalik kepada tajuk kat atas tu. berdasarkan kepada kajian daripada Dr. Gary Hack dari Universiti Pinceston, menguap boleh membantu menyejukkan otak serta menjaga otak. selalunya menguap terjadi disebabkan oleh mengantuk, kebosanan, keletihan mahu pun kekurangan oksigen kan betul la aku cakap tadi, ha tambah lagi satu. menguap juga mampu mengawal suhu otak.

otak kita ni cukup sensitif dengan perubahan suhu. jadi ia perlu dilingungi daripada terlalu panas. bila kita menguap, dinding sinus dengan rahang atas bertindak mengekalkan suhu otak.

info pasal menguap

- 35% masyarakat dunia percaya bahawa manusia akan turut menguap selepas melihat orang lain menguap, binatang pun sama. bukti saintifik mengatakan manusia menguap disebabkan paru-paru kekurangan oksigen.

- purata jangka masa manusia menguap ialah selama 6 saat.

- kajian mengatakan manusia sudah mula menguap ketika di dalam kandungan ibu.

- orang buta akan turut menguap apabila mendengar orang lain menguap.



p/s : sokmo mnguap sebab kebosanan -.-

No comments:

Post a Comment