Friday, April 27, 2012

rentap leher sebabkan strok.

Assalamualaikum warahmatullah.

kesibukan menjalankan urusan harian selalu membuatkan badan merasa sengal-sengal terutama sekali pada bahagian tengkuk atau leher kan. selalunya kalau rasa lenguh-lenguh tu kita selalu rentap leher ke kiri atau ke kanan sampai ada bunyi macam tulang patah tu kan, lepas tu perghh selesa je rasanya.

aku ada terbaca tentang kesan aktiviti rentap-rentap ni, ermm macam tajuk kat atas tu la. aktiviti rentap-rentap leher tu boleh mengundang risiko strok jika selalu diamalkan. berdasarkan teori Henry S Lodge MD seorang pakar kecergasan dari New York, merentap leher boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian arteri dan pembuluh darah jika kerap diamalkan. maknanya tak boleh buat dah la lepas ni huhu.

abis macam mana nak kurangkan rasa sengal-sengal tu lepas ni? huhu jangan risau setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya kan hehe..nak tau? nah aku bagi tau ^_^

** duduk tegak dan pandang lurus ke depan. letakkan kedua belah tangan dibelakang kepala. tarik nafas dalam-dalam tahan lebih kurang 10 saat dan ulang lah sebanyak mana yang kamu nak. eh jangan lupa lepas nafas tu -.-

** berdiri tegak. gunakan tangan kanan untuk tolak kepala ke arah kanan, tahan lebih kurang 10 saat pastu kamu ulang la banyak mana nak. guna kaedah sama untuk tolak ke arah kiri pulak. tolak slow-slow je jangan rentap pulak ye -.-

** dalam posisi berdiri tegak, hulurkan dua-dua tangan ke belakang dan genggam tangan. kemudian guna cara yang sama hulurkan tangan ke depan pula. tahan kedudukan lebih kurang 10 saat dan ulang la berapa kali kamu nak.
- maskulin


p/s : takut dengar bunyi tulang masa rentap leher tu -.-

8 comments:

  1. saya disini : salam petang jumaat :)

    ReplyDelete
  2. puteri : saya selalu buat tp tak smpi keluar bunyi tulang la :)

    ReplyDelete
  3. huhu sis selalu buat tau -,-

    ReplyDelete
  4. mee suke buat . bukan stakat leher , lngan , jari , kaki , n smua anggota badan ! hahaha .

    tulang reput kot . haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Supergirl : lengan pun boleh buat eh..camne tu haha

      Delete