Sunday, April 22, 2012

sunny sunday.

assalamualaikum.

Selamat berhujung minggu aku ucapkan buat semua pembaca dan blogger kat luar sana. Apa aktiviti korang hari ni eh? window shopping? dating? atau duduk lepak rumah je? Erm tak kisah la apa aktivitinya, apa yang penting korang semua happy eh ^_^.


Aku? Aktiviti aku sama je hari-hari sama, bangun tido pegi buka kedai bla bla bla malam balik rumah tido tu je dan hari-hari seterusnya pun sama. Pendek kata selagi belum tutup mata, keje keje keje hehe.

Cuaca cerah je hari ni, mendamaikan cuma ada spoil sikit hari ni..bekalan air dari JBA takde, merimaskan sikit sebab nak main air lama-lama tak dapat..cam budak kecik pulak ^_^. Memang merimaskan la kalau air takde ni, nak settle laundry tak dapat, nak basuh keta tak dapat hirmm banyak la perkara yang tak dapat nak buat, nak pegi 'melabur' pun tak selesa kan hihi.

Erm tetiba rasa sunyi pulak, pelanggan kurang sikit hari ni..kurang meriah, agaknya diorang mekepak kat rumah je kot sebab time cuaca panas ni memang best kalau dok berlingkar kat rumah kan kan kan ^_^.

p/s : kat kedai mata kuyu, balik rumah segar biji mata -.-

2 comments: