Wednesday, April 25, 2012

workout membakar lemak dalam badan.

Assalamualaikum warahmatullah.

entri lepas pasal menaikkan berat badan kan so bila berat badan dah naik lemak pun mesti bertambah punya kan. kali ni aku nak kongsikan cara-cara workout untuk membakar lemak-lemak yang terlebih tu pulak.


nak badan macam randy orton kena la rajin workout. kena bakar sikit lemak-lemak yang ada tu, baru la fit sikit kan. ada beberapa cara workout yang boleh digunakan antaranya...

incline push-up
Push-up dalam keadaan kaki di atas kerusi atau bangku akan memberikan lebih fokus pada bahagian dada dan ini akan memberikan bentuk dada yang menarik.

dumbbell bent-over row
Teknik dengan kaedah membongkokkan badan sehingga 90 darjah dan angkat dumbbell rapat ke dada akan memberikan tekanan pada biseps dan bahagian belakang.

dumbbell deadlift
Teknik ini tidak banyak berbeza dengan dumbbell bent-over row, cuma gerakannya adalah dengan berdiri tegak dan tunduk perlahan-lahan dengan membengkokkan lutut. pastikan tangan dan belakang berada dalam keadaan lurus.

floor push-up
merupakan teknik asas dan mudah dilakukan, cuma perlu melakukan tekan tubi di lantai yang rata.

dumbbell foward lunge
pengang dumbbell dengan kedua belah tangan dan berdiri tegak. gerakkan sebelah kaki ke hadapan dan rendahkan kedudukan badan. ulang dan tukar posisi kaki.

dumbbell arnold press
posisi pertama dengan menggenggam kedua-dua dumbbell rapat ke dada. kemudian tolak perlahan-lahan kedua-dua dumbbell ke atas setinggi yang boleh. rasakan kesan di bahagian biseps, dada dan bahu anda.

dumbbell triceps extension
berdiri dalam keadaan tegak dengan tangan menggenggam dumbbell dibelakang badan. tolakkan ke atas secara perlahan-lahan untuk merasakan kesan di bahagian triceps.

dumbbell biceps curl
berdiri dalam keadaan tegak dengan kedua-dua tangan menggenggam dumbbell. kemudian mulakan dengan tangan kanan angkat dumbbell rapat ke dada. ulang untk tangan kiri pula.

dumbbell squat
berdiri tegak dengan kedua tangan menggenggam dumbbell, perlahan-lahan rendahkan posisi badan dengan membengkokkan lutut. pastikan keadaan belakang masih dalam keadaan tegak. teknik ini memberi fokus pada bahagian belakang dan bahu.

p/s : setiap usaha perlu di iringi dengan disiplin yang kuat.

6 comments:

  1. sy nak tambah berat badan n nak jadi besar sikit. bole ??

    haha, anyway hapy blogging !

    ReplyDelete
  2. puteri kena tambahkan berat badan..hukk

    ReplyDelete
  3. cik tyna : bole bole..makan je apa nak tak payah nak diet-diet hehe

    ReplyDelete
  4. puteri : saya pun nak tambah juga nih hehe

    ReplyDelete
  5. haha, tapi tak pndai pun mbesar... tulang je..

    hehe ^^V

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik_tyna : haha serupa la dgn saya :)

      Delete