Thursday, April 12, 2012

peringatan

Assalamualaikum w.b.t


semalam negara gempar sekejap dengan gegaran kuat akibat gempa bumi yang berlaku di Aceh. 633 km dr pantai barat Aceh, 8.9 skala Ritcher kurang sikit je dari gempa bumi yang berlaku pada tahun 2004 (9.7 skala Ritcher). banyak juga negara yang terkena tempias gegaran tu dan salah satunya malaysia la kan. amaran tsunami dikeluarkan seketika dan sekarang dah di tarik balik, mujur juga tak berlaku tsunami macam tragedi pada 2004.

kejadian 2004 pasti akan sentiasa terpahat di ingatan terutama bagi penduduk di utara semenanjung. segala-galanya musnah, rumah, tanaman, binatang ternakan, pendek kata semua keperluan asas punah dalam sekelip mata. semua tu amaran dari yang maha Esa, peringatan untuk manusia supaya sentiasa ingat kepada NYA.

"banyaknya berlaku gempa bumi"
ini salah satu tanda kiamat sudah menghampiri, banyak lagi tanda-tandanya dan kebanyakannya dah pun berlaku (rujuk sini)

jangan dek kerana mengejar keindahan dunia yang sementara ni, keindahan hakiki di akhirat kita abaikan. tak salah mengejar dunia cuma jangan berlebihan takut nanti akhirat di lupakan. sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.

dunia ni hanya sementara, pinjaman semata jadi adat meminjam pasti kena pulangkan semula. bila tiba saatnya nanti si pemilik pasti akan menuntut kembali hak NYA, cuma tunggu masa dan ketikanya.

wassalam.

p/s : dunia dikejar akhirat dikendong, ingatan utk diri sendiri ~_~

No comments:

Post a Comment