Sunday, April 22, 2012

hidup lagi la.

assalamualaikum dan salam sejahtera.

alhamdulillah kenyang perut aku, dah nak tengah malam baru sudah makan. sesetengah orang mesti tak suka makan lewat-lewat kan, takut gemuk katanya tapi aku alhamdulillah la sebab banyak mana pun aku makan badan aku tetap maintain je hehe.


sebut pasal gemuk ni teringat pulak aku kat bob kuman ni. aku bukan nak kata soal saiz badan dia ok cuma aku kesian kat dia sebab ada orang sebarkan berita mengatakan dia dah 'meninggal' padahal takde apa pun. apa la salah dia sampai ada orang sanggup sebarkan berita-berita macam tu eh. tak elok betul perangai, kalau kena kat batang hidung sendiri baru padan muka.

pelik betul dengan perangai manusia sekarang ni boleh buat main-main pulak dengan berita-berita macam tu, macam mendoakan supaya bob cepat mati je. bukan ke kata-kata tu satu doa jadi sepatutnya cakap la yang elok-elok, doakan bob cepat sembuh ke baru la betul.

p/s : kerana mulut badan binasa kan kan kan -.-

1 comment: