Thursday, April 26, 2012

kurangkan berat badan.

Assalamualaikum warahmatullah.

nak kurangkan berat badan tak semestinya perlu mengeluarkan kos yang banyak untuk pergi ke gim atau terpaksa melakukan senaman yang berat sehingga menyebabkan kita kepenatan sampai nak habis nafas. ada rutin senaman mudah malah menyihatkan yang boleh kita lakukan, antara rutin senaman yang boleh diamalkan...

BERBASIKAL - rutin pembakar lemak pantas dan mudah. berkesan malah memberikan impak positif pada tulang kaki dan postur pinggang. bergantung kepada kepantasan dan keupayaan kita untuk mengayuh

HIKING - aktiviti aerobik yang bukan sahaja mengepam jantung malah menggerakkan otot badan. dapat mengurangkan risiko sakit jantung, tekanan darah tinggi, kolesterol dan kanser. membakar kalori, mengekalkan berat badan dan merangsangkan hormon adranalin dan endorfin.


BERSUKAN - aktiviti fizikal yang memberikan kepuasan dan kesan fizikal untuk jangka masa panjang untuk membakar lemak yang berlebihan. impak pada keseimbangan postur badan, meningkatkan jisim tulang, menjaga kesihatan dalaman dan menstabilkan tubuh.

JOGING/BERLARI - sama seperti berbasikal, membakar lemak dengan pantas, menstabilkan otot dan mengurangkan tekanan. bergantung pada kepantasan dan keseragamaan tubuh, 30 minit boleh membakar 164 kalori (CSG NETWORK).

BERJALAN KAKI - rutin yang paling mudah dan cepat memberi kesan. membantu meningkatkan jangka hayat, menstabilkan kesihatan, membakar kalori dan lemak serta memberi impak positif pada minda.


p/s : bersenam badan pun sihat kan ^_^

8 comments:

  1. Ku punya solusi nih....! kunjung yang

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Cik_tyna : saya pun tengah mencari cara nak tambah lemak :)

      Delete
  3. hah ad ponnnn tips utk kurgkan berat bdn . hehe

    yg pnting jgn makan byk ! kan ?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Supergirl : selamat mencuba ye :)..makan kena berhemah :)

      Delete