Wednesday, April 4, 2012

P.H.D

Assalamualaikum w.b.t

manusia diciptakan oleh Allah dengan pelbagai corak pemikiran dan tingkah laku. ciptaan misteri yang tiada satu pun teknologi di dunia ni yang mampu menghasilkan seperti mana yang dihasilkan oleh NYA.


baru-baru ni ada satu kisah yang agak kurang enak di dengar sampai ke telinga aku. perkara apa tak perlu la aku kisahkan kat sini ye, cukup la aku dengan Allah je yang tahu.

pelik kan manusia ni, kenapa ye suka sangat nak menjatuhkan sesama manusia. mengadu domba sesama manusia, menebarkan fitnah, mengata mencaci menghina. cukup sempurna ke mereka-mereka semua ni sampai semua perbuatan, perkataan orang lain tak elok dimata mereka.

bukan ke lebih elok kalau membantu sesama manusia, meringankan beban sesama manusia. kalau ada kekurangan tegur tapi biar dengan cara yang berhemah, bukan dengan maki hamun atau umpat keji. ada kemusykilan bertanya, tak perlu nak sebarkan cerita-cerita yang negatif tentang orang lain. takut nanti terkena ke batang hidung sendiri, jangan nak buat-buat melatah pulak nanti ye hehe.

irihati sesama manusia, perkara biasa dalam zaman serba canggih ni. pantang tengok manusia lain lebih sikit, ada la mulut-mulut yang ringan je nak mencanang cerita-cerita yang memanaskan telinga. tak senang duduk bila tengok orang lain 'lebih' dari mereka.

Allah anugerahkan akal untuk manusia berfikir, menilai yang mana baik yang mana buruk, gunakan akal bagaimana untuk memajukan diri bukan menggunakan akal untuk menjatuhkan orang lain.

p/s : jenuh korek telinga nak buang sisa-sisa kisah panas tu ^_^

7 comments:

  1. Namanya MANUSIA... mmg begitulah... bykkan bersabar...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. cakap siang pandang2 , cakap malam dengar-dengar :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis92 : peringatan utk diri sendiri sebenarnya :D

      Delete
  4. lumrah hidup,macam2 perangai itulah makhluk ciptaan Allah,sebaik-baik makhluk yang Allah ciptakan.

    ReplyDelete
  5. cik angah : manusia sebaik-baik kejadian kan tapi sayang ramai yang jadi seburuk-buruk kejadian..nauzubillah

    ReplyDelete