Saturday, April 28, 2012

mabuk.

Assalamualaikum semua.

hoho jangan salah sangka ye. ini bukan cerita mabuk yang tak tentu hala tu, haram ok -.-. erm korang mabuk tak kalau naik kenderaan, tak kisah la apa jenis kenderaan pun. aku mabuk laut jadi memang sah-sah aku tak boleh naik feri atau bot. ada yang mabuk kereta tak? -.-


anak buah aku selalu muntah kalau naik kereta. kalau dia ikut aku pegi mana-mana terpaksa la aku jadi pemandu yang berhemah sebab tak nak anak buah aku muntah. kesian kot, kalau muntah gerenti lembik punya la pastu ashem la baunya sebab segala apa yang ada dalam perut tu keluar kan -.-

tips nak atasi mabuk kenderaan ni aku cilok dan aku post buat tatapan diri sendiri dan buat sesapa je la yang nak cuba guna.

** tubuh badan mesti sihat sempurna sebelum memulakan perjalanan.

** tidur yang secukupnya walaupun bukan sebagai pemandu. menumpang juga boleh membuatkan kita kurang selesa dan mabuk.

** jika boleh duduk di tempat duduk depan. duduk dibelakang yang agak sempit boleh menambahkan ketidakselesaan.

** hindarkan makan makanan bergoreng dalam perjalanan kerana ia boleh menambahkan kandungan angin dalam badan yang boleh mengakibatkan mual.

** kerap membuka tingkap kenderaan bagi menghirup udara segar dari luar.

** kurangkan membaca dalam kenderaan kerana ia boleh mengakibatkan pening kepala.



p/s : harap lepas ni anak buah aku tak mabuk kereta dah -.-

2 comments:

  1. puteri kalau baca buku time travel..mesti pening

    ReplyDelete
  2. puteri : kalo saya jd penumpang saya tido je hehe

    ReplyDelete