Tuesday, April 17, 2012

dugaan.

Assalamualaikum daan selamat sejahtera.

hari ni (isnin) satu hari suntuk aku kerja menahan denyutan kat kepala aku ni. kerap juga aku kena sejak kebelakangan ni, dalam bulan april ni saja rasanya ada la dalam lima enam kali kot kena. aku tak tau kenapa aku selalu kena, ada sakit apa-apa ke aku ni? ermm aku tak tau nak agak sebab aku tak penah pegi buat check up pun. -.-


jenuh dah mak aku suruh pegi buat check up tapi aku buat tak tau je. bukan aku tak nak pegi tapi aku tak suka nak pegi. dengan servisnya yang lambat, muka misi pula banyak yang masam dari yang senyum pusat kesihatan sini ye tempat lain aku tak tau..mungkin penat melayan kerenah pesakit kot tapi kalau boleh tu senyum la sikit. tak ikhlas pun takpe asalkan senyum kan baru la tenang sikit pesakit tengok muka misi manis je..hehe jangan marah ye kalau ada nurse yang baca ^_^

penah sekali aku pegi, doktor yang bertugas tu boleh pegi rehat serentak. ada tiga doktor, tiga-tiga keluar rehat. hangin betul dah la nak tunggu sampai no sekian hal, boleh pulak doktor buat perangai macam nak minta kaki. bukan aku sorang je yang hangin, semua yang duduk tercongok menunggu tu hangin satu badan. -.-

ada sekali tu sebab ada temujanji dengan pakar so aku pegi la, pukul lapan setengah aku sampai, siap daftar apa semua aku pun duduk la menunggu. berjam aku menunggu, dekat pukul dua belas baru aku dapat masuk. masuk jumpa doktor, dia belek sana sini, tanya dua tiga patah dah siap tak sampai sepuluh minit pun. hangin juga la tapi tak boleh nak buat apa kan so aku terima je la cuma aku kesian juga tengok makcik @ pakcik yang terpaksa duduk menunggu berjam-jam tu. -.-

sebab tu la selalunya kalau aku sakit apa pun, aku cuba tahan sakit tu. selalu aku cuma telan panadol je tapi kali ni aku ingat tak nak makan la mula-mula tu sebab aku penah terbaca sebelum ni tak ingat kat mana, kalau kerap sangat makan panadol tak elok untuk kesihatan sebab dia boleh jadi penyebab kanser darah pulak. betul ke tak aku tak tau la tapi seingat aku itu la yang tertulis dalam artikel tu. -.-

sudahnya aku terpaksa mengalah, aku telan juga dua biji panadol tadi sebab dah tak tahan sangat. sampai nak buka mata pun rasa berat duk menahan denyut tu so terpaksa la aku mengalah. dan sekarang alhamdulillah dah makin kurang denyutnya walaupun tak hilang sepenuhnya lagi. aku harap bangun tido pagi esok hilang la denyut tu, mudah-mudahan insyaAllah. -.-

p/s : sakit tu dugaan dari Allah, nak uji sejauh mana ingatan seseorang hamba kepada NYA.

21 comments:

  1. seeloknya g sepital . kalau tak tahan dengan service . pergi g swasta . kalau takat check . ta kene baya ko . or ta bape mahal . *kalau kat sni la . and , somtimes pun i wondering . acane doc tu bole jadi doc . kekadang ta ambil kesah pun pasal pesakit . sesetengah jela kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah nnt saya pegi buat check up tu..

      betul tu, tak seme doc @ misi yg camtu..segelintir je ;)

      Delete
  2. tul sakit tu ujian & penghapus dosa2 kecil..

    ALLAH bagi ujian tanda DIA 'peduli' & kisahkan kita.. ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. cahaya qaseh : syukur alhamdulillah DIA tak pernah lupakan saya -.-

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. semoga cepat sembuh...seeloknyer pergi buat pemeriksaan doktor :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. puteri kasih : terima kasih..insyaallah saya pegi buat check up nanti :)

      Delete
  6. semoga cepat sembuh and make sure pi klinik check taw .. dan kalau boleh jangan la selalu amalkan makan panadol yer kaishin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik hana : terima kasih insyaallah nnt saya pegi buat checkup..kalau tak tahan sangat panadol juga la jawabnya ;)

      Delete
  7. smga ct smbuh n jgn lupa mkn ubt.. ekh.. kat saya pants n cepat!! hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aisya lieza : trima kasih insyaallah tak lupa mkn ubat..owh nnt saya buat checkup kat tpt aisya je la :D

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. kaishin ! sbg lngkah b'jga2. g la check up . huu~ ^^

    Moga cepat sembuh n xda apa2 yg bruk b'laku kt awak :)

    Sakit 2 penghapus dosa n Allah bg ujian kat awk tnda Allah sayangkan awk. Hee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik fiza : insyaallah saya pegi buat check up nnt :)..terima kasih mudah-mudahan xde apa amin..

      alhamdulillah harap makin kurang dosa saya..Allah sayang semua hambaNya kan :D

      Delete
  10. kalo skt kepala & x mau makan panadol, apa kata tdo je. kalo x hilang, at least skt kepala tu kurang sket.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aswadz : masa tak sibuk boleh la tido tp bila kena masa sibuk terpaksa telan panadol juga la..apapun terima kasih atas cadangan tu :)

      Delete
  11. Black jeepsu : dah p check..xde pape cuma stress keje je :)

    ReplyDelete