Sunday, June 24, 2012

pandang boleh, pegang nanti dulu..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selamat berhari minggu semua. Hari minggu ni mesti ramai yang ambil kesempatan bersiar-siar dengan insan tersayang kan? Window shopping, tengok wayang (jangan buat wayang), pusing-pusing lepak taman kan hehe.


pics:tipadvisor

Kerap-kali aku tengok kalau aku jalan-jalan kat 'town' ke, kat taman ke mesti ada 'couple' yang ambil kesempatan untuk meluangkan masa bersama insan tersayang, lagi-lagi kalau hari minggu kan. Almaklumlah, kalau hari biasa tu sibuk dengan aktiviti harian jadi hari minggu la masanya nak lepas rindu (konon) kan hehe.

Berpimpin tangan, bergurau senda, berbual mesra mengeratkan hubungan. Persoalannya sekarang adakah hubungan tu dah 'sah'? kalau belum elok lah elakkan kerap sangat berdua-duaan, khuatir nanti bila kerap sangat berdua-duaan tu nanti ada yang datang 'cucuk' suruh buat perkara yang bertentangan dengan hukum agama.

Bukan nak tunjuk baik ke apa, aku cuma nak nak ingatkan diri sendiri agar tak terjebak dengan hasutan sang iblis. Bukan ke dalam Al-Quran pun ada sebut "jangan hampiri zina" jadi eloklah kita jangan buat perkara-perkara yang boleh membuatkan kita semakin menghampiri zina.

Pandang boleh tapi kalau nak pegang-pegang tu elok tahan la ye takut nanti tengah 'syok' bercengkeram datang pulak orang bagi salam minta ic, tanya dah kahwin ke belum pastu bawa pegi pejabat agama, malu woi. Kalo nak sangat pegang-pegang hantar rombongan cepat-cepat, masuk meminang dah sah ikut kamu la nak buat apa pun, takde sapa boleh larang. kan kan kan :)



p/s : mula-mula berdua, takut lama-lama jadi tiga. bahaya -.-

8 comments:

  1. baca entri ini teringat pula kat lirik

    boleh pandang-pandang
    jangan pegang-pengang
    duduk renggang-renggang
    bertambah sayang

    hehehe...

    ReplyDelete
  2. haha, baru nak taip lagu tu, tapi puteri kasih dah komen dulu, haha

    ReplyDelete
  3. puteri kasih : sebab teringat kat lagu tu la buat entri ni hehe :D

    ReplyDelete
  4. lala mdnor : haha serupa la pulak kan hehe

    ReplyDelete
  5. haha.. pu3 dh ksi lirik.. pet pun nk kasi lirik lagu tu gak :D hehe

    ReplyDelete
  6. yang ketiga adalah syaitan kan..bahaya bila dah ada yang ketiga..

    ReplyDelete
  7. Dyabunga : erm betul tu..kena fikir elok2 nak bg yg ketiga tu dtg dekat ke tak..

    ReplyDelete