Monday, June 4, 2012

pandang-pandang, jeling-jeling..

Assalamualaikum warahmatullah.

dari mata turun ke hati. biasa terjadi kan hehe. semua manusia alami benda ni kan dan aku juga tak terkecuali -.-

kadang-kadang aku cemburu dengan manusia yang tak boleh melihat ni sebab diorang terlepas dari dosa-dosa yang diakibatkan oleh mata. aku, entah banyak mana dosa yang aku tanggung akibat tak jaga pandangan mata sekarang ni. nauzubillah

tips nak jaga pandangan aku pernah baca dan aku nak letak kat sini pulak. senang aku nak rujuk sebagai peringatan lepas ni.


TIPS MENJAGA PANDANGAN


  • tak kira apa juga keadaan samada semasa bersendirian menghadap komputer, membaca majalah atau apa jua aktiviti, Ingatlah bahawa Allah Maha Melihat
  • di hari pengadilan kelak mata akan menjadi saksi atas segala perbuatan yang dilakukan di dunia.
  • sentiasa ingat bahawa di kiri kanan bahu manusia ada malaikat yang sentiasa mencatat segala amal perbuatan tanpa tercicir walau sebesar zarah amalan sekali pun.
  • menundukkan pandangan sekiranya ingin cinta kepada Allah sentiasa bertambah kerana dengan menjaga pandangan Allah akan menambah cahaya keimanan ke dalam hati.
  • masih bujang dan susah untuk menjaga pandangan. penyelesaian paling mudah adalah berkahwin kerana dengan berkahwin ia mampu membantu menundukkan pandangan (aku bujang) -.-
  • sudah berkahwin pun kena jaga pandangan juga. mata yang liar memandang benda yang haram boleh menyebabkan rasa hambar terhadap isteri yang halal kerana syaitan sentiasa menghiasi perkara yang haram supaya kelihatan indah walaupun hakikatnya buruk.
  • menahan diri daripada memandang sesuatu yang haram adalah satu pengorbanan. insyaAllah, Allah akan ganti dengan sesuatu yang lebih baik. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya, engkau tidak meninggalkan sesuatu kerana Allah kecuali Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik daripada-Nya bagi engkau."(Riwayat Ahmad)
  • jauhi tempat maksiat, kawan yang menyeru ke arah kemungkaran dan situasi yang boleh menjerumus ke arah kejahatan.
  • basahkan lidah dan hati dengan zikir kerana itu adalah benteng daripada godaan syaitan.

    -solusi-





    p/s : sakit mata mengadap lappy lama sangat -.-

    10 comments:

    1. ramai org wat post menjaga mata :)
      ty utk sharing..
      good info nh :)

      ReplyDelete
      Replies
      1. oopet : sama2..peringatan utk diri sendiri je ni :)

        Delete
    2. kena jaga pandangan gak.. huhu

      ReplyDelete
      Replies
      1. dear yayah : jaga jgn tak jaga..huhu

        Delete
    3. jagalah mata sebaik2 nya kan...kaishin pun,jangan mengadap lappy tu lama2 sangat nanti rosak mata...hehehe :)

      ReplyDelete
      Replies
      1. cik hana : betul tu..sekarang dah kurang ngadap lappy..bz sikit :)

        Delete
    4. betul..mata ni kadang-kadang jahat..bukan kadang2 ...selalu!!hehehe
      Thanks for the reminder

      ReplyDelete
      Replies
      1. Hanif : tu la pasal..mata ni nakal sgt kan..hehehe
        peringatan bersama je..

        Delete
    5. pandang jeling siapa lak tu..hehehe

      ReplyDelete
    6. puteri : ada la puteri mana boleh cakap..rahsia hehehe

      ReplyDelete