Thursday, June 7, 2012

sudah jatuh di timpa tangga.

Assalamualaikum warahmatullah.

Erm boleh ke guna tajuk tu ye. Baru-baru ni 'gempar' sekejap apabila jaguh perseorangan badminton negara Datuk Lee Chong Wei terpaksa menarik diri daripada kejohanan akibat kecederaan di buku lali kanannya.

Kali ni episod yang lebih kurang sama berlaku apabila salah seorang pemain beregu campuran, Chan Peng Soon turut sama mengalami kecederaan di tangan kanannya.


Peng Soon (kiri) dan Liu Ying harapan emas di Olimpik London.

Pasangannya, Goh Liu Ying mengakui merasa bimbang dengan kecederaan Peng Soon yang turut mempengaruhi sarafnya sehingga membataskan pergerakan untuk membuat pukulan.

"Saya harap Peng Soon dapat cepat pulih dengan menjalani rawatan pemulihan fisioterapi yang telah disarankan. Kami juga terpaksa berlatih secara berasingan kerana pergerakan tangannya masih terbatas." kata Liu Ying.

Kami akan kekal fokus dan kekalkan corak permainan cemerlang dengan menampilkan apa yang telah direncanakan di atas gelanggang nanti, kata Liu Ying lagi. -sinar harian-



p/s : BAM patut sediakan lebih ramai pelapis ni..maju lah sukan untuk negara -.-


4 comments:

  1. chaiyokkk pemain negara . banyakkan minum susu . hehe :D

    ReplyDelete
  2. aisey..harap dapat pulih sebelum olimpik nanti

    ReplyDelete
  3. cik mun : betul2..susu baik utk tulang kan...hehe ;)

    ReplyDelete
  4. puteri : harapnya sempat la sembuh kan..tak lama dah tu

    ReplyDelete