Thursday, June 21, 2012

malaysia boleh.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bola sepak memang ramai peminatnya kan. Mana-mana aku pergi mesti ada yang bersembang tentang bola, kena pulak sekarang ni euro 2012 sedang berlangsung. Aku minat juga bola tapi nak menghadap tv pukul tiga empat pagi tu memang tak la, aku tengok siaran ulangan je hehe.


Serbegeth Singh

Terbaru yang tak berapa nak baru kisah bola sepak Malaysia, Shebby yang pernah beraksi dalam skuad kebangsaan pada tahun 1978 hingga 1996 sebagai pemain pertahanan, telah dilantik menjadi Pengarah Bola Sepak Blackburn Rovers yang tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

"Saya dilantik sebagai Pengarah Bola Sepak di Blackburn. Ini membuktikan orang boleh membenci atau suka saya tetapi mereka tidak boleh menghalang saya daripada mengecapi kecemerlangan", kata Shebby dilaman facebook miliknya.

Perkara ini disahkan sendiri oleh pemilik kelab tersebut dalam laporan yang disiarkan di dalam Daily Mail United Kingdom. Salah satu tugas yang akan dilakukan Shebby kelak adalah menjadi orang tengah antara pemilik kelab dan pengurus pasukan, Steven Kean.

"Perlantikan itu bukti terbaik dan membanggakan kerana yang menagih khidmatnya adalah bukan calang-calang pasukan tetapi kelab yang beraksi dalam kancah bola sepak Inggeris", kata Khalid Ali yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan.
-berita harian-

Nampaknya kualiti bola sepak negara semakin bagus sehingga mampu membuka mata kelab-kelab gergasi antarabangsa untuk menagih khidmat daripada negara kita. Tahniah kepada Shebby.



p/s : tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia....^_^


4 comments:

  1. Shebby memang layak pun, proud for him..proud coz he's MALAYSIAN!

    ReplyDelete
  2. bangga sebab dia bawa nama negara kan..

    p/s nape tak tengok game di awal pagi? :P

    ReplyDelete
  3. encik zaharin : malaysia boleh!

    ReplyDelete
  4. puteri kasih : betul tu..orang luar dah makin kenal malaysia sekarang ni kan..


    p/s awal pagi bz sikit la :P

    ReplyDelete