Tuesday, June 5, 2012

baik di balas baik, buruk dibalas buruk.

Assalamualaikum warahmatullah.

Manusia ada yang suka bercakap macam murai tercabut ekor, ada yang hanya suka mendengar dan menyampuk kadang-kadang, ada yang hanya mendengar dan hanya mengangguk sebagai respon. tak kira la macamana jenis manusia tu yang pasti dari mulut mereka pasti akan terkeluar kata-kata yang mungkin mengguris perasaan orang lain. aku tak kata orang lain tapi diri aku sendiri. ramai dah rasanya yang makan hati dengan kata-kata yang keluar dari mulut aku nih -.-

doa merupakan satu ibadah dan merupakan senjata bagi setiap orang mukmin. doa juga menjadi tanda kelemahan seorang hamba yang sentiasa memerlukan bantuan dan pertolongan Allah dalam mengharungi cabaran kehidupan.

berdoa untuk kebaikan diri sendiri memang selalu kita buat kan. erm pernah tak kita berdoa untuk kebaikan orang lain? berdoa untuk kebaikan orang lain tanpa pengetahuannya adalah sunnah hassanah yang diamalkan oleh para Nabi dan turut di ikuti oleh orang soleh. berdoa untuk kesejahteraan diri sendiri dan pada masa yang sama mendoakan kesejahteraan orang lain.

Daripada Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tidak beriman salah seorang antara kalian sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa-apa yang dicintai untuk dirinya sendiri."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

sebagai manusia adakala kemampuan untuk menghulurkan bantuan agak terhad. kadang kala kita sendiri juga lemah untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang di timpa kesusahan atau musibah kan. jika itu berlaku jalan terbaik adalah dengan memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa agar mereka diberi kekuatan untuk menghadapi ujian tu.

Allah berfirman yang bermaksud: "Kamu berdoalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. sesungguhnya orang yang sombong takbur untuk beribadat dan berdoa kepada-Ku akan masuk ke dalam neraka Jahanam dalam keadaan yang hina." (Surah Ghafir 40:60)

berdoa untuk kebaikan bagi mereka yang dirundung duka atau dilanda musibah akan menyebabkan doa tersebut kembali kepada kita. pendek kata jika kita mendoakan kebaikan untuk orang lain maka orang pertama yang akan mendapat kesan kebaikan doa tersebut adalah kita yang mendoakannya.

Daripada Abu al-Darda', Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Doa seorang muslim kepada saudaranya secara rahsia dan bukan dihadapannya sangat dimakbulkan. Di sisinya ada malaikat yang ditunjuk Allah. Setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan, maka malaikat tersebut berkata (kepadanya): Ya Allah makbulkan ia dan (semoga) bagimu juga (mendapat balasan) seumpama itu." (Riwayat Muslim)

semakin banyak kita mendoakan kebaikan untuk orang lain, tak kira samada dikenali atau tidak maka semakin banyak juga kebaikan yang akan kita dapat. Maka jauhi lah mendoakan keburukan bagi orang lain kerana natijah keburukan yang kita doakan itu akan berbalik kepada diri kita sendiri. Islam juga melarang perbuatan mendoakan keburukan kepada orang lain sepertimana yang di sebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Janganlah kalian mendoakan keburukan menimpa diri kamu, anak-anakmu, pembantu-pembantumu atau hartamu, agar doa kalian tidak sama dengan waktu dikabulkan doa daripada Allah sehingga doa keburukan itu dikabulkan."
(Riwayat Abu Daud)


Ya Allah ya tuhan kami, Kau limpahkanlah kurniaan dari sisi-Mu dan kau permudahkanlah dalam segala urusan kami -.-

4 comments:

  1. moga d permudahkn urusan~Amin... ^^

    ReplyDelete
  2. dh jdi ada kn :) buat baik dbalas baik :) Semoga dipermudahkan segalanya kaishin :)

    ReplyDelete