Sunday, June 10, 2012

apabila sang penyu menangis.

Assalamualaikum warahmatullah.

salam malam minggu semua. hurmm macam sedih je tajuk entri kali ni kan, ada nangis-nangis pulak huhu.

kamu-kamu semua suka penyu? suka makan telur penyu? ok aku ada satu persoalan buat kamu-kamu semua.

apa perasaan kamu-kamu semua bila satu sama nanti penyu-penyu ni dah tak wujud kat dunia, dalam erti kata lain PUPUS. pupus akibat kerakusan manusia sendiri. sangkut kat pukat nelayan, jadi lauk peminat makanan eksotik lagi satu tak sempat nak menetas pun sebab telurnya dah jadi lauk manusia -.-

Selama 30 tahun yang lepas, pendaratan atau sarang telur penyu telah jatuh mendadak sebanyak 60%. Bagaimana kita boleh menghentikan hal ini?

besar angka 60% tu kan dan kalau benda ni tak di ambil tindakan segera memang tak mustahil satu hari nanti angka tu akan jadi 100%.

sekarang ni WWF Malaysia ada melancarkan satu kempen untuk menghalang daripada berlakunya kepupusan penyu-penyu ni iaitu dengan menghalang manusia daripada memakan telur-telur penyu. ermm aku rasa aku setuju dengan cara ni sebab tanpa telur macamana penyu-penyu ni nak membiak kan? dan kalau rasa teringin nak makan telur tu pergi cari telur ayam ke telur itik ke senang sikit kan. pergi kedai beli je sebab telur-telur ni banyak tak macam telur penyu tu. lagi satu telur penyu ni mahal kot harga dia, hurmm tak boleh tak boleh ;)



Makan telur penyu perlu diharamkan.Setuju? Ikrar di sini!



p/s : kesian penyu tu penat-penat dia bertelur manusia senang-senang je ambik buat lauk..sobs sobs -.-

8 comments:

  1. saya tak pernah makan telur penyu . hehe :D maju lah penyu untuk alam semulajadi ! hehe :P

    ReplyDelete
  2. puteri : dah stanby tisu ke tu hihi

    ReplyDelete
  3. cikmun : dulu pernah makan sekali..biasa je rasa :D

    ReplyDelete
  4. Patut jugak kan haramkan makan telur penyu utk elakkan dari pupus. Tak pernah makan telur penyu. Hihi =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurulee : erm kan..sy pernah mkn masa kecik2 dulu hihi

      Delete
  5. puteri : ala dah habis ke..nah saya bagi tisu hehe :P

    ReplyDelete