Saturday, December 29, 2012
berubah lagi?
Sunday, December 23, 2012
berkat kah?
Wednesday, December 19, 2012
Final pertama
Tuesday, December 18, 2012
merungut tak sudah!
Dalam masa sebulan lebih lagi aku adalah aku cukup setahun umur dia. Kalau baby orang umur setahun baru jer mula nak belajar bertatihkan tapi kalau baby kucing umur setahun dah mula nak menggatal..hehe
Kenapa merungut tak sudah? actually tajuk tu berkenaan kebanyakan entri terkini yang ada dalam aku adalah aku ni dan boleh dikatakan ada kaitan dengan perangai aku di alam realiti. Kalau ada yang perasan kebanyakan entri terkini yang aku publish ada unsur rungutan kan? merungut pasal mat motor lah, pasal tipu menipu, pasal isu kotak komen yang remeh tu pun aku nak merungut..haish apa nak jadi dengan aku ni.
Aku lagi banyak merungut dalam blog ini tak banyak mana pun dan boleh dikatakan semua yang sudah di publish adalah rungutan-rungutan tentang kehidupan aku dan tentang kesemakan yang ada dalam kepala otak aku.
Kenapa aku suka sangat merungut? merungut lagi Sebagai hamba aku tak sepatutnya merungut kan sebab DIA tak suka hamba-NYA yang suka merungut. Sepatutnya bila kesemakan mula melanda dalam kepala otak, aku kena dekatkan diri kepada-NYA, kena banyakkan berzikir, kena banyakkan selawat, pendek kata kena SENTIASA INGAT ALLAH baru ketenangan mengiringi kehidupan kan.
Sepatutnya aku kena sentiasa berfikiran bahawa setiap perkara yang terjadi dalam hidup aku adalah ujian. Ujian untuk mengukur tahap kepercayaan aku terhadap kekuasaan Allah, ujian untuk mengukur tahap keimanan aku kepada Allah dan aku teramat pasti bahawa setiap perkara yang berlaku tu adalah peringatan untuk aku sentiasa berada di JALAN YANG BENAR, supaya aku sentiasa ingat kepada-NYA dan supaya dalam hati aku sentiasa ada DIA. astaghfirullahalazim
p/s aku khilaf, aku alpa dengan nikmat dunia yang lagha -.-
Monday, December 17, 2012
budak baru nak naik.
Budak nangoi yang aku nak kaitkan kali ni ialah mat motor yang baru nak naik ni. Bawa motor mengalahkan pelesit, tak reti nak tengok keadaan langsung main redah je bawa motor. tak kira jalan sibuk atau lenggang diorang main pulas jer throttle sehabis pulas. bawa motor mak bapak, kaki pun aci sampai tak sampai jer ke tanah sampaikan nak menongkat motor pun senget badan. kalau jadi apa-apa siapa yang susah? mereka dan keluarga mereka juga yang susah kan? ;)
Aku pernah rasa ringan jer nak bagi kaki kat sorang nangoi ni cakap jer :p. aku best punya berangan sambil bawa motor tiba-tiba ada sorang nangoi main cilok jer nak masuk simpang, nyaris dua-dua tergolek. choi
Actually aku pun suka bawa motor laju juga cuma selalunya jalan bandar atau highway aku layan tapi dalam kampung memang aku bawa motor standard org tua paling laju pun enam puluh km/j nampak sangat penakut kan
Bukan la aku nak marah diorang bawa motor laju sebab aku pun ada masa bawa motor laju tapi tengok keadaan la kan. jangan la dah tahu depan tu sesak di pulas sehabis pulas throttle tu, buatnya ada yang tak reti bahasa nak mengelak ke tepi? naya jer..ngek
Actually dah ramai nangoi yang patah kaki, patah tangan, main guling-guling atas jalan, superman atas jalan pun ada tapi itu lah, diorang ni mana reti serik. nama pun budak baru nak naik kan, degilnya sampai mak bapak pun tak boleh nak cakap apa dah.
p/s berhati-hati dijalanraya, ingatlah orang yang tersayang -.-
Wednesday, December 12, 2012
duit tak boleh bawa masuk kubur.
siapa tak suka duit? ada ke yang tak suka duit? kalau ada duit, apa yang akan di beli? untuk apa sesuatu benda itu dibeli? keperluan atau sekadar tuntutan nafsu? (banyak soalan pula kan) actually pertanyaan tu semuanya di tujukan ke diri aku sendiri tapi kalau ada yang nak menjawabnya, dengan segala hormatnya dipersilakan ;)
duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya perlukan duit, kan? semakin maju dunia semakin banyak la duit yang diperlukan dalam kehidupan harian kan. nak makan kena ada duit, nak pakai baju/seluar kena ada duit, nak berjalan ke sana ke mari kena ada duit, nak bergaya kena ada duit, nak 'membuang pun kena ada duit. pendek kata semuanya perlukan duit tapi jangan pula sampai jadi hamba duit ya sebab duit tu hanya laku di atas dunia yang sementara ni saja 'disana' nanti duit tu tak guna sesen pun.
dulu masa zaman kanak-kanak ribena aku selalu dengar orang cakap "biar papa asal bergaya". erm ada lagi ke manusia yang hidupnya berpandukan ayat tu? aku rasa ramai lagi sebab disebabkan ayat tu la ramai manusia di negara ni diistiharkan muflis kan? nak bergaya punya pasal berhutang keliling pinggang, beli kereta besar, beli telefon mahal, beli rumah besar, beli perabot mahal, sampai masa kereta kena tarik, telefon tukar guna 3310 semula, rumah kena lelong, perabot naik lori semula, sebab apa? duit ciput selera besar, macam orang masak nasi hangit sebab pergi buat ketupat, kerak lagi tebal daripada nasi yang di tanak.
macam-macam cara yang digunakan untuk cari duit. ada yang guna cara betul, ada yang guna cara salah. bagi yang guna cara betul, alhamdulillah banyak mana pun duit yang dia dapat sentiasa cukup tak lebih tak kurang tapi bagi yang guna cara salah tu sentiasa ada masalah berkaitan duit kan? ada yang bila dapat duit masalah pun datang menjenguk, kereta rosak lah, telefon rosak lah dan macam-macam jenis masalah lagi. berbeza dengan duit yang diperolehi dengan cara betul tadi, semua cukup pakai, masalah berkaitan duit bukan tiada tapi kurang.
actually biarlah hidup tak mewah asalkan hati senang daripada kemewahan melimpah ruah tapi hati gundah gulana memikirkan keselematan diri takut ada yang berhajat minta 'kongsi harta' dengan mereka. cari duit biarlah dengan cara yang betul dan paling penting sumbernya mesti lah halal baru berkat duit yang diperolehi. kerja jangan banyak sangat 'mengular', claim sesuatu biarlah betul, peruntukan yang diberi untuk sesuatu perkara jangan di songlap, kalau ada yang promote sesuatu pelaburan selidik dulu sebelum bertindak. jangan sampai yang di kejar tak dapat, yang dikendong keciciran. berbelanja biarlah berpada "ukur baju dibadan sendiri" takde duit buat cara takde duit jangan ikut rentak orang ada duit. kalau teringin juga. usaha sungguh-sungguh jangan hanya pandai menadah, berhutang keliling pinggang, korek lubang tutup lubang sampai bila pun masalah tak selesai.
p/s jujur pada diri sendiri, tak perlu ludah ke langit nanti kena batang hidung sendiri. muhasabah diri -.-
Monday, December 10, 2012
apa nak dikata?
Thursday, December 6, 2012
mutiara kata
Wednesday, December 5, 2012
ketupat basi.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hai bloggers dan readers sekalian!
Sedang apa dan di mana?
*****
Ini "ketupat" bukan sebarangan ketupat tapi "ketupat" ini penentu syurga dan neraka. Seperti ketupat basi jika di makan alamatnya jadi 'sahabat' baik penunggu tandas, berulang alik ke markas 'perlindungan' syaitan.
Begitu juga "ketupat" ini jika dibuat alamatnya tempahan 'tiket' sudah dibuat dan akan tetap laku selagimana tidak mendapat kemaafan dari 'isi' ketupat tu. "Ketupat" ini berisi tohmahan, cacian, sindiran terhadap orang lain dimakan bersama serunding 'daging' saudara sendiri. lazat sekali hingga menjilat jari sebab tu ramai yang suka buat "ketupat" ni.
masuk penjara hukuman dunia.
Tidak seperti dosa kepada Yang Maha Esa, bertaubat sebenar-benar taubat In Sha Allah dihapuskan dosa. Dosa "ketupat basi" selagi tidak mendapat kemaafan insan yang menjadi 'isi' dan 'rencah'nya maka dosanya akan berkekalan selama-lamanya.
"Ketupat" ini memang mudah terhasil, tak perlu daun palas, beras, pulut dan air rebusan hanya menggunakan anggota badan yang tidak bertulang maka terhasillah "ketupat basi". Jika berdua, bertiga, berempat, berlima atau pun satu kampung makin banyaklah "ketupat" yang dapat dihasilkan. Menjaja cerita menjadi 'wartawan' tak bergaji, 'mulia' sungguh hatinya kan 'berkerja' tanpa mengharapkan imbuhan *tabik? lempang laju-laju*
hukuman akhirat, neraka la jawabnya.
"Ketupat" berisi kisah benar itu namanya mengata, "ketupat" berisi cerita rekaan itu namanya fitnah. Dua-dua perilaku tak elok jadi untuk apa "ketupat" itu dihasilkan? banyak sangat pahala? murah hati nak bagi pahala free? Diam lebih baik daripada berkata-kata tetapi menyinggung perasaan sesama makhluk.
Ada yang terasa? ampun maaf di pinta!
p/s maaf jika ada yang terasa, aku hanya insan biasa, bukan niat untuk mengata, hanya berkongsi kata buat renungan bersama terutamanya buat aku yang mengeluarkan kata-kata.
Labels:
basi,
diam,
dosa,
ketupat,
kisah benar,
kisah rekaan,
penunggu,
syaitan,
syurga dan neraka,
tandas,
tohmahan
Tuesday, December 4, 2012
menipu, penipu dan tertipu.
Satu persoalan yang bermain di benak aku. Kenapa manusia
suka menipu? Kenapa manusia jadi penipu dan kenapa manusia mudah sangat
tertipu? Ada sesiapa yang boleh jawabkan soalan ni?
Tengah hari tadi memandangkan ahli-ahli dalam perut aku mula
bercadang buat rusuhan, aku ambil keputusan untuk singgah sebentar mengalas
perut sebagai cara untuk menghentikan rusuhan dari berterusan dan jika ia
berlaku pasti satu kerja pun aku tak boleh nak buat :P
Aku order satu pinggan nasi berlauk ayam kicap yang agak
masin bagi tekak aku berserta sayur kobis dan sedikit sambal belacan *yummy*
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM dan suapan bermula. Air tehO ais yang aku order tadi aku sedut sekali
bagi mengurangkan rasa masin yang melekat di tekak aku, kembung perut aku di
buatnya ;)
Tengah best aku mengunyah nasi yang penuh dalam mulut ada
satu kereta berhenti dan singgah di kedai tu. Salam di beri dan di jawab oleh
semua yang ada di kedai. Aku intai barang yang di pegang dan “oh salesman
rupanya”. Dia bawa satu naskah Al Quran digital dan dia mula promote pada tuan
kedai. Aku mula pasang telinga sebab tertarik juga dengan penerangan yang dia
bagi pada tuan kedai tu.
Tengah dia bagi penerangan tu ada seorang makhluk Allah tanya
“kalau order ni bila dapat barang?” dan salesman tu menjawab “kalau encik bagi
deposit sekarang pun boleh dapat barang” oh bagus la kalau macam tu “makhluk
Allah tu jawab. Kerana soalan tu, terbuka satu isu pasal salesman Al Quran
digital tapi salesman yang lain la. Salesman tu jalan dari rumah ke rumah
promote suruh orang beli Al Quran digital tu. Nak beli bayar deposit dalam rm
100 tapi barang tiga atau empat hari baru dapat. Tiga empat hari di tunggu
barang tak sampai-sampai juga. See satu kisah tiga isu, menipu, penipu dan
tertipu.
Garu kepala yang tak gatal disebabkan kisah tu. Barang yang
dijual AL QURAN, bagus tu kerana jika disebabkan dia si pembeli fasih membaca
Al Quran dan beramal dengan apa yang ada di dalam Al Quran banyak pahala dia
dapat. Tapi bila dah menipu tu apa yang dia dapat? Hurmm
Malam semalam pula aku tengok berita tentang mangsa pemerdagangan
manusia, kesian juga tengok. Kena kerja tujuh hari seminggu tapi gaji tak
dapat, kena dera dengan tokey, kena kurung, kena paksa makan surat khabar.
Hurmm mana pergi perikemanusiaan makhluk Allah tu ha? Kalau perkara sama
terjadi pada ahli keluarga diorang mesti diorang marah kan?
Manusia akhir zaman…menipu, penipu dan tertipu dah jadi mainan. Boleh dikatakan hari-hari ada kes macam tu cuma tak dilaporkan je..negara ku aman
p/s apa motif aku tulis topik ni eh? -.-
Manusia akhir zaman…menipu, penipu dan tertipu dah jadi mainan. Boleh dikatakan hari-hari ada kes macam tu cuma tak dilaporkan je..negara ku aman
p/s apa motif aku tulis topik ni eh? -.-
Sunday, December 2, 2012
tiada lagi kotak komen NuffX
susah orang nak tinggal komen kalau kotak komen selalu 'hilang' kan jadi daripada menyusahkan orang nak tinggal komen baik aku kembali ke kotak komen biasa. habis cerita kan.
Saturday, December 1, 2012
bulan terakhir tahun masihi.
Subscribe to:
Posts (Atom)