Thursday, August 2, 2012

apabila sampai waktunya...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sahaja aku berpuasa esok hari dalam bulan ramadan kerana Allah ta'ala.
Semua amal perbuatan dimulai dengan niat jadi nak berpuasa tu jangan lupa niat ye hehe

Erm apa topik aku nak buat eh kali ni? kejap nak fikir......


Aku terfikir sesuatu...erm kamu semua perasan tak, tiap kali musim perayaan jumlah kemalangan jalanraya mesti meningkat kan? mengapa semua itu terjadi? adakah kerana cara pemanduan pemandu-pemandu di Malaysia? Erm susah nak cakap kan? nak kata tak berhati-hati tak boleh juga sebab kadang tu dah cukup berhemah memandu tapi tetap kena juga kan! hurmmm.....

Tapi kan kalau ikut pandangan aku yang tak berapa nak jelas ni, kebanyakan kemalangan yang berlaku berpunca daripada kelalaian pemandu sendiri. Dia ingat jalanraya yang nilai berjuta tu dia yang punya, nak keluar simpang ke nak buat apa pun ikut suka hati mereka je. Macam kes yang langgar sisi lori semalam la..-.-

Kes macam tu selalu terjadi, bukan nak mengata pemandu lori tapi selalunya bila melibatkan kenderaan besar ni memang macam tu. Kat tempat aku ni pun dah banyak kali jadi, ramai juga yang dah terperosok bawah lori sebab kelalaian pemandu lori dan dalam masa yang sama akibat kelalaian mangsa juga lah kan -.-

Aku cukup takut kalau masa memandu tu terpaksa ikut belakang lori ke, selisih dengan lori ke..nak memotong pun kena fikir banyak-banyak sebab takut tak lepas..ee ngeri kalau fikirkan semua tu

Tapikan semua tu hanya sebagai penyebab je sebab ajal maut, jodoh pertemuan, perpisahan, rezeki dah tertulis awal-awal lagi di Luh Mahfuz tu. Sebelum kita celik mata menyaksikan keindahan dunia ciptaan Allah ni semua tu dah tertulis cuma kita je yang tak tau sebab tu semua rahsia Dia.

Jadi sementara masih diberi peluang menghirup udara, menikmati keindahan alam dan bermacam-macam nikmat lagi yang ada di atas muka bumi ni, marilah kita sama-sama gunakan semua nikmat tu dengan sebaik mungkin ye.

Peringatan untuk diri sendiri -.-




p/s apabila sampai masanya tak kan dipercepatkan atau dilambatkan walaupun sesaat -.-

14 comments:

  1. betul ckup takut ikut belakang lori,bas dan teksi.. dorang ni mandu ikut suka hati je

    ReplyDelete
  2. sentiasa berhati2 :D ingatlah org y tersyg :D

    ReplyDelete
  3. dya mmg takut bila kat blkg lori..

    ReplyDelete
  4. syiela : memang menakutkan tak berani follow rapat kalau diorang ada..

    ReplyDelete
  5. tirahzairi : selalu berhati2 tp kadang2 lupa juga..

    ReplyDelete
  6. dyabunga : kena follow jauh-jauh

    ReplyDelete
  7. setuju dengan kaishin ! kdg2 pemandu lori bawak bukan main laju , mentang2 dia besar ... hadooi

    ReplyDelete
  8. kadang-kadang memang seram bila selisih dengan lori-lori besar...

    apa yang penting kena sentiasa fokus pada jalanraya, jangan memandu ikut syok sendiri...ingat yang tersayang tau :)

    ReplyDelete
  9. teya : memang pun..dia ingat dia besar dia boleh buat apa saja kan..ngek hehe

    ReplyDelete
  10. puteri kasih : betul tu..masa memandu fikiran kena fokus ke jalan raya je..

    sentiasa igt org tersayang :)

    ReplyDelete