Thursday, August 2, 2012

Dihasut murtad ketika berbuka.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hai semua! bagi yang beragama Islam sudah selesai berterawih? berapa rakaat kamu buat malam ni? 8 rakaat ke 20 rakaat? hehe

Tajuk kat atas tu aku ambil dari sinar harian online dan kisah yang aku nak kongsi ni pun aku ambil dari sinar harian online ^_^


GEORGETOWN – Ketika sedang berbuka puasa di sebuah pusat membeli belah, Mohd Noor Farid Mohd Alwi, 28, dan tiga lagi rakannya didatangi dua lelaki asing yang juga dipercayai pelancong luar negara.

Pada masa itu, dia dan rakan hanya menunggu waktu untuk berbuka puasa, sementara dua lelaki yang dipercayai pelancong itu mendekati mereka secara tiba-tiba.

Mohd Noor Farid berkata, pada mulanya dia menyangka lelaki berkenaan mahu bertanya jalan atau tempat. Namun, sangkaannya meleset kerana mereka bertanya tentang ibadah puasa.

“Kami tertarik kerana ada juga pelancong asing yang mahu bertanya tentang puasa sedangkan mereka bukan orang Islam, mereka tanya ‘kamu berpuasa ya?’ dalam Bahasa Inggeris dan kemudiannya kami mengangguk dan bercerita waktu bersahur dan berbuka.

“Soalan mereka tidak sampai di situ sahaja kerana mereka bertanya kenapa perlunya umat Islam berpuasa.

“Saya dan rakan-rakan jawab dengan penuh keyakinan dan kami saling menyampuk untuk menjawab soalan ‘mat saleh’ berkenaan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Hampir 15 minit berlalu menceritakan ibadah berpuasa umat Islam, lelaki asing terbabit menanyakan soalan yang agak mengejutkan Mohd Noor dan rakannya yang lain. Kisah selanjutnya...

sinar harian
google



p/s tepuk dada tanya iman -.-

16 comments:

  1. datang negara orang pastu wat hal plak..hurmm

    yang penting kuatkan iman di dada

    ReplyDelete
  2. puteri kasih : ha ah kan..kalau tak kuat iman memang terpengaruh la kan :)

    ReplyDelete
  3. tak leh shout..jadi jari menggatal nak menaip komen lagi kat sini...leh kan :P

    ReplyDelete
  4. nk g baca kisah selanjutnya ni..

    ReplyDelete
  5. mak ai...ade jgk kes cenggini...mintak jauh la

    ReplyDelete
  6. bila nak buat entri baru ni? rindu nak baca :P

    ReplyDelete
  7. dyabunga : dah baca kisah selanjutnya? hehe

    ReplyDelete
  8. kesuma angsana : waajib ada kekuatan iman kalo tak, hanyut..

    ReplyDelete
  9. puteri kasih : dah tukar shout box :)

    ReplyDelete
  10. tirahzairi : semoga dijauhkan..amin :)

    ReplyDelete
  11. puteri kasih : dah update entri :)

    ReplyDelete
  12. macam2 cara mereka nak murtadkan org islam... hm...

    ReplyDelete
  13. Nora karim : kena lebih kati2 sekarang ni..takut termakan pujuk rayu diorang tu..

    ReplyDelete