Monday, August 6, 2012

aku punya aku punya, orang punya pun aku punya..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hai semua!!!!!!!!!!!!!!!!
agak lama blog aku ni tak berentri kan, kali terakhir entri aku khamis lepas,maknanya dah tiga hari aku tak menaip la kat sini. erm ada yang rindu entri mengarut aku? mesti takde kan..sedihnya huhu (takde maknanya nak sedih)..ok cukup intro mengarut dari aku hehe

kamu semua faham maksud tajuk entri aku tu kan? kamu semua pernah terlibat dengan situasi macam tu? mungkin ada orang yang kamu kenal berperangai macam tu? apa reaksi kamu semua tentang hal ni? (banyak pula soalan aku)


Ok berbalik kepada maksud aku pasal tajuk tu, aku ada kenal seorang 'orang lama' ni yang berperangai macam tu dan aku cukup menyampah dengan perangai dia (perangai je ok), dengan orangnya aku tetap boleh tersengih macam kerang busuk kalau bersembang dengan dia (tak ikhlas) hehe

dari aku kecik lagi 'orang lama' ni dah berperangai macam tu (sejak azali kot). terbaru si 'orang lama' ni tengah mengaplikasikan perangai dia tu kat kawan aku, sibuk nak kacau projek kawan aku.

bila orang dah mula nak buat projek je 'orang lama' ni pun datang jumpa kawan aku tu. dia kata tapak yang kawan aku nak bangunkan tu, tapak dia. cis berapa banyak tapak 'orang lama' ni ada? habis satu kampung ni ke dia punya tapak? siap datang marah-marah kat kawan aku pula tu.

eh betul ke tapak tu dia punya? setahu aku tapak tu tuan yang usahakan dulu dah tak duduk sini, dah balik kampung usahakan tanah kat kampung asal dia dan setahu aku juga tapak tu tak jadi hak milik sesiapa pun sebab tapak tu tak bergeran pun.

erm walaupun dah tahu perangai dia macam tu tapi aku tetap musykil sebab dari aku kecik sampai aku dah separuh tua ni, perangai dia tetap sama. tetap juga nak menyibuk pasal orang lain, suka sembang 'besar' dia je yang bagus padahal projek yang dia buat selama ni semua 'bungkus'..hurmmm


layan Jessie J kejap..hehehe



p/s tiada manusia yang sempurna..kan :)

12 comments:

  1. memang geram bila jumpa orang camtu..orang yang menganggap dirinya bagus..

    kdg2 tak faham kenapa orang nak tamak sangat semua dia punya..sedangkan bila kita tinggalkan dunia ni bila sampai masanya nanti..bukannnya kita boleh bawa semuanya dengan kita kan.

    jadi seeloknya doakan jelah untuk 'org lama' tu..semoga dia akan insaf dan berubah satu hari nanti :)

    ReplyDelete
  2. puteri kasih : hanya mampu tersengih je bila berdepan dengan org camtu..

    dah lama doa tp tuhan makbulkan lagi, dari dulu sampai skrg tak berubah juga :P

    ReplyDelete
  3. haiyaaaa.....tak suka org cmtu...pentingkan dri sgt xleh gak...alamat nya,, cm kaishin ckp la...bungkus,,,,lingkoppp...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tirahzairi : baik dibalas baik, buruk dibalas buruk..kan kan

      Delete
  4. haiyaaaa.....tak suka org cmtu...pentingkan dri sgt xleh gak...alamat nya,, cm kaishin ckp la...bungkus,,,,lingkoppp...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Menyampah gila dgn org camtu. Serious =)

    http://thenurulee.blogspot.com/2012/08/proud-of-you-hero-of-malaysia-dlcw.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurulee : jgn smpi kita lak jd camtu sudah la..kan :)

      Delete
  7. sabar jer lah dgn org camtu, xske sgt! haha

    ReplyDelete
  8. itu mcm gangster kampung je,semua org dia nak kacau.

    ReplyDelete
  9. thomas : lebih kurang sama la tu..

    ReplyDelete