hai! salam ramadan untuk hari yang ke-.....eh berapa hari dah puasa eh, tak kira pulak aku. malas nak kira sebab kalau kira lagi rasa lama nak habis bulan ramadan hehe. kalau tak kira sekejap je rasa kan, tau-tau dah habis je lepas tu raya hehehe
erm hari ni semua bercutikan sempena NUZUL al-QURAN, ke ada yang kena kerja juga hari ni..erm ada tempat yang tak bercuti sempena nuzul al-Quran?
Nuzul al-Quran..satu peristiwa yang menjadi sejarah dalam kehidupan Rasulullah dan umat Islam seluruhnya, berlaku pada 17 Ramadan pada tahun ke 41 keputeraan Nabi s.a.w. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad),
dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk),
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,
-Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(al-‘alaq:1-5)
Al-Quran, di dalamnya terkandung pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
(Al-An’am:38)
-JAKIM-
p/s membaca al-Quran itu adalah satu ibadah.
kalau 17 ramadhan..maksudnya dah 17 hari dah berpuasa wahai cik abg...saya tolong kirakan ..hehe
ReplyDeleteputeri kasih : ha ah kan..lupa pulak hehe :P
ReplyDeletesalam nuzul Quran , kaishin . Semuga puasa tahun ni kita dpt khatamkan satu al quran :)
ReplyDeleteEntri yang menarik!!
ReplyDeleteputryteya : salam nuzul Quran juga..insyaAllah dapat khatam tahun ni :)
ReplyDeleteHanif : terima kasih..
ReplyDelete