Thursday, August 9, 2012

mulut tu kalau aku cilikan pun ok juga rasanya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani".
surah al Hujurat 12.

Hai semua! apa khabar? sihat la hendaknya ye ^_^..erm lebih kurang seminggu je lagi dah nak raya kan, macamana dengan persiapan raya kamu? baju baru dah siap? kuih raya, duit raya semua dah siap? hehe


Aku ada persoalan yang selalu bermain kat dalam kepala ni..kenapa orang selalu buruk sangka? tak boleh ke bila melihat sesuatu perbuatan orang lain kita fikir yang positif je? tak perlu nak 'kondem' orang. aku rasa kalau fikiran tu sentiasa positif je hati pun senang kan? erm kena muhasabah diri ni -.-

Sebenarnya kisah ni baru je berlaku..lebih kurang sepuluh kaki dari kedai aku tu ada satu pokok kekabu yang besarnya ada la 2/3 pemeluk rasanya dan disebabkan kawan aku nak usahakan kawasan tu jadi dia bercadang nak tebang pokok tu (dah tumbang pun). Jadi kawan aku ni panggil la kawan dia untuk tebang pokok tu, petang kelmarin dia dah mula cantas dahan-dahan yang agak mengganggu proses penebangan tu.

gambar dari pakcik google

Aku bukan nak cerita pasal tebang pokok tu tapi pasal penonton yang nak kata membantu memang tak la tapi mulut diorang tu yang boleh tahan mengata macam-macam, tangan kaki diorang cuma duk terpacak je kat tanah tu. Boleh dikatakan semua yang menjadi penonton tu mulut diorang menyakitkan hati, tak habis-habis nak 'kondem' orang.

Takde seorang pun yang jadi penonton tu nak bagi cadangan yang berguna untuk proses penebangan tu. Apa yang telinga aku dengar, "habis la tumbang atas kedai ko nuar" tu je ayat yang aku dengar sepanjang proses penebangan tu. Erm mulut diorang ni tak reti nak cakap benda yang elok-elok ke?

Sepatutnya cakap la benda yang elok-elok, bagi semangat ke, bagi cadangan ke, dah la duduk situ setakat jadi pak pacak je. Bila telinga duk dengar ayat-ayat negatif je, hati jadi 'panas' semangat nak buat kerja pun jadi kurang. betul tak aku cakap? Kamu semua pun mesti fikir sama macam aku fikir kan?

Tapi alhamdulillah sebab proses penebangan tu berjalan lancar, sikit pun takde 'cuit' kedai aku. Kalau korang mengalami situasi yang sama, apa korang buat eh? hurmmmmmmmmmmmmmm....




p/s mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia?

10 comments:

  1. mulut manusia kalau ditutup dengan tempayan pun tetap bising jugak.. huhu..

    lg seminggu lagi ye nak raya? tak terasa, cepat masa berlalu.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aisya : mulut tempayan lg bagus dr mulut manusia kan..hehe

      ha ah lebih kurang seminggu je lg..dah siap semua persiapan? :)

      Delete
  2. kita mmg slalu cmtue...kdg2 terlepas ckp...kdg2 nk bergurau. tempat je xkena...huhu

    #tirah letak blog ni dlm bloglist#

    ReplyDelete
    Replies
    1. tirahzairi : tu lah kdg tu niat nak bergurau je tp masa je yg tak berapa nak sesuai..hehe

      terima kasih :)

      Delete
  3. cepatnyer masa berlalu kan..macam baru je puasa, dah nak raya :)

    selalunya kalau terjadi macam dalam situasi yang abg cakapkan tu, lebih elok senyap je. biarlah diorang nak cakap apa. Mulut diorang je yang penat dan hati diorang je yang sakit.

    Mulut manusia ni tak boleh nak ditutup. Yang penting tak ada apa berlaku kat kedai abg kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. puteri kasih : mmg abg diam je masa tu :P..tak marah cuma musykil je hehe

      Delete
  4. Mulut manusia memang takleh tutup. Kita tutup je telinga kita, abis cita. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eein Azryn : mmg tu yg sy buat..pekakkan telinga je..hehe

      Delete
  5. mulut manusia lebih tajam dari pedang. menusuk sakitnya! :/

    ReplyDelete
  6. zera eira : luka sbb mulut manusia susah nak sembuh..kan :)

    ReplyDelete