Salam ramadan semua.
Setiap kali tiba musim perayaan pihak kerajaan melalui KPDNKK akan menetapkan harga siling bagi sesetengah barangan keperluan yang sering menjadi rungutan daripada pihak pengguna.
Aku sebagai seorang peruncit turut 'terpaksa' mengikut harga yang telah ditetapkan oleh KPDNKK. aku tertanya-tanya macamana pihak KPDNKK menetapkan harga siling tu, adakah mereka mengkaji susut nilai barangan sebelum menetapkan harga atau hanya membuat kiraan mengikut teori semata-mata?
Kenapa aku merungut?
Aku sebagai salah seorang peruncit ayam segar mendapat bekalan dengan harga RM5.00 sekilo dan harga siling yang ditetapkan untuk pihak peruncit adalah RM6.80. erm RM1.80 nampak macam besar je kan perbezaan harga tu? tapi dengan harga tu aku hanya mendapat sebanyak RM0.50 seekor. kenapa?
Aku mengambil bekalan ayam hidup dan menjualnya semula sebagai ayam yang sudah siap di proses. Setiap bekalan yang aku dapat mempunyai susut nilainya. misal kata seekor ayam yang aku dapat beratnya sebanyak 2.00kg, seekor ayam yang telah siap diproses akan susut sebanyak 0.45kg.
2.00kg x RM 5.00 = RM 10.00 (harga seekor ayam hidup)
2.00kg - 0.45kg = 1.55kg
1.55kg x RM 6.80 = RM 10.54 (harga seekor ayam setelah siap diproses)
Jadi kamu semua fikir lah boleh ke peruncit kecil-kecilan macam aku ni nak cari makan dengan hanya RM 0.50 seekor yang aku dapat tu? ya aku bukan jual seekor je sehari tapi belum lagi nak kira bekalan elektrik yang perlu dibayar, bekalan air yang perlu dibayar, gaji pekerja yang perlu dibayar dan barang-barang lain yang digunakan.
Ya memang aku akui harga barangan di Malaysia ni semakin hari semakin meningkat naik dan ramai penduduk di Malaysia terutamanya yang berpendapatan bawah daripada RM 2000 akan terasa dengan peningkatan harga barangan tetapi aku sebagai peruncit juga mengalami dilema yang sama seperti mana yang mereka lalui.
Aku pun tak pernah fikir nak 'makan' duit orang cuma aku cari rezeki dengan berniaga. aku tau ramai orang fikir bila berniaga ni untung je manjang kan tapi berniaga tak semestinya untung. kadang-kadang aku buat kerja tak bergaji pun. pendapatan aku kadang-kadang hanya cukup untuk pusing modal dan bayar bil-bil yang berkaitan. kadang-kadang tu aku kena 'topup' duit lain pula sebab tak cukup duit nak pusing modal.
maaf sekiranya ada yang tak setuju dengan apa yang aku taip kali ni. aku cuma nak meluahkan apa yang aku rasa.
p/s pengguna nak untung, peniaga pun nak untung juga -.-
baru faham pengiraan dia macam mana :)
ReplyDeletebetul juga kan, ayam tu akan susut nilai. Mungkin KPDNKK perlu mengkaji dengan lebih teliti harga barangan agar ianya tidak merugikan pihak peruncit dan juga pihak pengguna.
ayammm ohhh ayamm.!!
ReplyDeletehuh yelah pembeli n peniaga msti nk ade same2 dpt benefit kan.untung satu pihak je mane buleh jadi.
ayam 2 ekor!
cian awk~
ReplyDeletesaya pun baru tahu jer~
orang yang tak tahu asyik mengeluh hrga mahal2 kan? tapi hakikatnyaa~ mcm uolsss buat amal jariah pulak tolong jualkan jer. btw sabar yer~
puteri kasih : erm tu lah..kdg2 sakit hati bila dgr org komplen pasal harga
ReplyDeletecendol : kena sama2 untung la kan baru adil..hehe
ReplyDeletemeh2 dtg kedai aku ambik ayam!
Sue pelik : kalo nak buat amal jariah sy tak payah jual dah, sy bg free jer..hehehe
ReplyDeleteEmm..rm0.50...kecik bebenau
ReplyDeletehanif : mmg kecik pun..kalau dapat seringgit seekor ok la sikit
Deleteayam, ayam..
ReplyDeletetrus berusaha mncri rezki.. insyallah akan nmpak hasilnya =)
ReplyDeletesituasi menang2...
ReplyDeletecomplicated
ReplyDeletesusah meniaga ni..nk pusing modal..nk maintain sgala..50 sen sikit je..hmm
ReplyDeletehurmmm....kdg2 pembeli kena terima kalau kata harga mahal...sbb skrng mmg semua mahal2...
ReplyDeleteSalam Ramadhan dari awieomar.blogspot. Dah lama follow sini. Dengan ikhlas hati nak menjemput anda untuk sertai game top "BLOGGER" musim 3. Segala yang berkaitan pasal game untuk musim 1 & 2 boleh tinjau kat blog. Senang je caranya nak sertai game ni. Follow blog "Awie Omar" (bagi yang belum, harap sudi follow ) dan komen di mana mana entri dengan menyatakan "SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE". Ganjaran wang tunai akan diberikan kepada johan.
ReplyDeleteada jugak rasional nya kata2 kamu tu... orang rmai memang lah untung, tp kita yg sbg peruncit?
ReplyDeleteadang2 pengguna salahkan peniaga ambik untung lebih . walhalnya pengguna tak tahu situasi berikut yg terjadi dekat peniaga. sabor je lahh
ReplyDeleteuit.. mcm tu eh pengiraannya.. hehe.. tp slalu perniaga nh cekap nk kaut untung.. haha
ReplyDeletemacam ni rupanya perasan peniaga . kesiannnye . ingatkan pengguna je yg sedih sebab harga naik !
ReplyDelete5 posen sekor, tak berbaloi baloi meniaga cenggitu.
ReplyDeleteterima kasih semua..^_^
ReplyDelete