Wednesday, August 1, 2012

Julai dah habis sekarang giliran Ogos pula.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai semua! Sihatkah? 11 hari berpuasa ringan je rasa badan tu kan, rasa 'slim' jer kan hehe. Ke ada yang bertambah berat badan dalam bulan puasa ni? :P

Erm pejam celik tak terasa masa berlalu kan, tup tup dah habis bulan Julai 2012. Sekarang masuk la bulan Ogos pula, bulan kemerdekaan bagi negara Malaysia yang tercinta ni.


Kamu semua ada kibar jalur gemilang tak? Ada eh, aku tak kibar pun tapi tak bermakna aku tak sayangkan negara aku ok. Kibar bendera ke tak bagi aku tak penting, apa yang penting hati tu samada betul sayangkan negara atau pun tak. Kalau setakat kibar bendera tapi perangai tak mencerminkan jati diri seorang warganegara pun tak gunakan.

Sedar atau tidak sebenarnya ramai diantara kita yang menjadi mangsa jajahan budaya luar dan mungkin aku juga salah seorang yang menjadi mangsa jajahan tu. Memang dari pandangan kasar tak nampak macam kita ni dijajah tapi kalau kita renungkan dan tanya diri kita semula aku pasti jawapannya mesti "ya aku telah dijajah" kan kan -.-

Paling jelas kat mata aku, cara pergaulan lelaki perempuan. dek kerana terlalu mengagungkan cara barat ramai yang terjebak dengan cara pergaulan barat, lelaki perempuan bebas berpeleseran di sana sini dan hasilnya berapa ramai anak luar nikah yang terhasil? erm tak pasal-pasal rukun iman pula yang terbabit sama. bukan semua cuma ada segelintir yang terjebak tapi ibarat orang selalu kata lah kan "kerana nila setitik rosak susu sebelanga". Dan dek kerana segelintir ni imej Malaysia sebagai negara Islam sedikit terjejas.

Baru-baru ni ada satu info tentang tahap kesopanan rakyat sesebuah negara dan Malaysia berada ditangga ke 34 dari 36 negara padahal salah satu daripada rukun negara "kesopanan dan kesusilaan". jadi moh la kita sama-sama renungkan yer..

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan




p/s rukun iman, rukun Islam dan rukun negara. semua tu penting kan?

14 comments:

  1. Bukan hanya Barat saja yg menjajah kita...tapi tanpa kita sedar 'NAFSU' telah lama menjajah diri kita....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hainom : nafsu..dia boleh jadi kawan, boleh jadi lawan..mana satu pilihan dihati? tepuk dada tanya iman :)

      Delete
  2. teya rasa puasa macam bertambah pulak berat badan . hadoii

    yea , dah bulan 8 ! :D MERDEKA

    ReplyDelete
    Replies
    1. putryteya : lorh makin bertambah ke? kena kawal nafsu makan tu..hehe

      Delete
  3. dya ada dgr info tahap kesopanan rakyat..huhuh..salah satu sebab cakap telefon dgn nada yg kuat..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dyabunga : tu la pasal..mengganggu ketenteraman awam tu, nak ckp kuat2 kena duk jauh dari org lain..hehe

      Delete
  4. seeloknya kita merdekakan diri sendiri kan..jangan biarkan diri dijajah :)

    rasa macam nak kibarkan bendera tapi risau pulak 'anak-anak' jahanamkan..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puteri kasih : ha ah betul tu..jadi diri sendiri tak perlu nak ikut apa yg org buat..kan

      sy tak pernah kibar pun..hehe

      Delete
  5. wahhh....semangat kenegaraan bagusss

    ReplyDelete