Thursday, July 26, 2012

Penghuni neraka ramai wanita?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Salam ramadhan buat semua terutamanya yang beragama Islam. sempena bulan ramadhan ni marilah kita sama-sama perbanyakkan amalan buat bekalan di hari pengadilan nanti. Aku minta maaf sekiranya ada yang terasa hati dengan tajuk kat atas tu ye, tak ditujukan kepada sesiapa cuma aku nak berkongsi apa yang aku baca tadi.
Pada zaman Nabi s.a.w. telah berlaku gerhana matahari. Lalu Baginda melaksanakan solat gerhana bersama-sama para sahabat Baginda. Ketika solat Nabi s.a.w. berdiri sangat lama, begitu juga ketika rukuk. Kemudian Baginda bangkit untuk berdiri semula, lalu rukuk dan sujud.

Dalam rakaat kedua, Baginda s.a.w. kembali berdiri dengan lama, namun tidak lama seperti rakaat pertama. Lalu Baginda rukuk, berdiri semula, rukuk dan kemudian sujud. Nabi s.a.w. selesai daripada solatnya apabila gerhana tersebut telah berlalu.

Selesai solat, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Diperlihatkan kepadaku neraka sebentar tadi. Tidak pernah aku melihat keadaan yang sangat mengerikan seperti hari ini. Aku melihat kebanyakan ahlinya ialah wanita."
Para sahabat bertanya: "Apakah sebabnya wahai Rasulullah?"
"Sebabnya ialah kekufuran mereka,"jawab Rasulullah.
Mereka bertanya lagi: "Adakah mereka kufur kepada Allah?"
Baginda membalas: "Mereka kufur (tidak berterima kasih) kepada suami dan suka melupakan kebaikan. Andai engkau memperlakukan salah seorang daripada mereka dengan baik seumur hidupmu, lalu dia melihat sesuatu (yang dibenci) daripadamu, maka dia akan berkata: "Aku tidak pernah melihat kebaikan sedikit pun daripadamu.""
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Ibn Abbas)
Hadis diatas bukan bertujuan untuk merendahkan kaum wanita kerana populasi wanita yang besar di dunia yang kebiasaannya lebih ramai daripada lelaki. Oleh itu, wanita bukan sahaja paling ramai di neraka, malah paling ramai juga di syurga. Demikianlah pendapat al-Qadi 'Iyad dan Imam al-Nawawi dalam Sharh Sahih Muslim.

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Jabir, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Kebanyakan wanita yang aku lihat di dalam neraka ialah orang yang jika dititipkan rahsia, mereka akan menyebarkannya. Jika diminta mereka bakhil. Jika meminta mereka sangat memaksa. Dan jika diberi mereka tidak berterima kasih."

Jelas bahawa Rasulullah s.a.w. bukan menekan status mereka sebagai wanita. Tetapi Baginda menitikberatkan pada sifat-sifat buruk yang terdapat dalam diri mereka, yang menjadi punca mereka terhumban ke dalam neraka.

Apa yang pasti, ahli neraka tidak ditentukan oleh jantina seseorang, bukan juga bangsa dan warna kulitnya tetapi amal perbuatan seseorang selama hidup di dunia.
Allah berfirman yang bermaksud: "Sesiapa yang berbuat dosa dan dia telah diliputi oleh dosanya, mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya."
(Surah al-Baqarah 2:81)
-solusi-



p/s yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan -.-

20 comments:

  1. pengajarannya ialah kita perlu memperbanyakkan amalan di dunia ini. elakkan diri dari segala sifat buruk

    ReplyDelete
  2. puteri kasih : yer betul tu..hehe

    ReplyDelete
  3. Amat menyedihkan . Insaflah kaum wanita , termasuk teya sendiri :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. putryteya : walaupun sy ni lelaki tp sy pun kena menginsafi diri supaya tak tergolong sbg ahli neraka..nauzubillah

      Delete
  4. sama-samalah kita koreksi diri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. missha : betul tu..mari kita sama-sama koreksi diri..

      Delete
  5. Jauhkan kita dari azab neraka..amin

    ReplyDelete
  6. mmg ramai wanita dlm neraka .. tapi, wanita klau nak msuk syurga senang jek. cume ade 4 syarat.. tu pon msih tak boleh penuhi syarat itu.. harap2 sye boleh penuhi syarat itu! saye cube! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fara sofia : selalunya yg sikit tu lah yg susah nak penuhi kan..mudah-mudahan fara dpt penuhi syarat tu..amin :)

      Delete
  7. muhasabah diri .. terima kasih sebab ingatkan :')

    ReplyDelete
  8. mee : peringatan utk diri sy juga :)

    ReplyDelete
  9. smga sy dan kami wnita terlindung...aminnn

    ReplyDelete
  10. peringatan utk wanita.. pet pun tergolong juga :) takut la baca.. huhu

    ReplyDelete
  11. azrul azmi : ok terima kasih bebanyak..hehe

    ReplyDelete
  12. oopet : peringatan untuk semua :)

    ReplyDelete