Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Imam al-Tirmizi meriwayatkan sepotong hadis yang panjang daripada Rasulullah s.a.w. berkenaan manusia pada akhir zaman.
Baginda bersabda yang bermaksud:
"Apabila umatku melakukan 15 perkara, maka mereka akan ditimpa bala. "Ada orang bertanya: "Apakah perkara-perkara itu wahai Rasulullah?"
"Apabila umatku melakukan 15 perkara, maka mereka akan ditimpa bala. "Ada orang bertanya: "Apakah perkara-perkara itu wahai Rasulullah?"
Baginda menjawab:
- Apabila harta negara dibolot oleh satu golongan sahaja.
- Amanah dianggap peluang untuk mengaut keuntungan duniawi.
- Membayar zakat dianggap satu kerugian.
- Lelaki patuh kepada isteri.
- Lelaki derhaka kepada ibunya.
- Mengutamakan kawan.
- Menjauhkan diri daripada bapa sendiri.
- Meninggikan suara di dalam masjid (bertengkar dan gelak tawa duniawi).
- Pemimpin dipilih daripada kalangan orang yang hina dan jahat.
- Seseorang dimuliakan kerana kejahatannya.
- Ramai orang meminum arak.
- Ramai lelaki yang memakai sutera.
- Penyanyi perempuan digemari.
- Alat-alat muzik diminati ramai.
- Orang yang kemudian daripada umat ini melaknat generasi terdahulu.
Apabila berlaku perkara-perkara ini, maka tunggulah ketibaan angin yang panas ataupun gerhana ataupun sesuatu perubahan yang besar."
(Riwayat al-Tirmizi)
p/s : renung-renungkan, selamat beramal -.-
seeloknya kita menjauhi perkara yang akan mendatangkan bala kan :)
ReplyDeleteputeri kasih : ha ah, seelok-eloknya macam tu lah :D
ReplyDeletemcm2 la ni jadi.. tp tu semua salah kita.. jadi mcm2 Allah tunjuk kt dunia nh..
ReplyDeleteoopet : mmg salah kita sepenuhnya sbb tu Allah turunkan macam macam kat atas bumi ni..sebagai peringatan
Delete