Monday, July 9, 2012

kekal di sana selama-lamanya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Dari Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sepotong besi, maka dengan besi yang tergenggam di tangannya itulah dia akan menikam perutnya dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam neraka itu selama-lamanya. Sesiapa yang membunuh dirinya dengan meminum racun maka dia akan merasai racun itu dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam neraka itu selama-lamanya. Begitu juga sesiapa yang membunuh dirinya dengan terjun dari puncak gunung, dia akan terjun dalam Neraka Jahanam secara berterusan untuk membunuh dirinya dan dia akan dikekalkan dalam neraka itu.

Orang membunuh diri adalah orang yang lari dari tanggungjawab kemanusiaannya. Perbuatan itu juga menunjukkan kurang kepercayaan kepada takdir Allah sedangkan Islam mengajar umatnya supaya sabar, tawakal, dan melarang sifat putus asa.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan janganlah kamu membunuh dirimu,sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (Surah an-Nisaa, ayat 29)

Daripada Jabir Samurah, katanya: "Dibawa orang kepada Nabi SAW jenazah lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, tetapi jenazah itu tidak disolatkan oleh Baginda." (Hadis riwayat Muslim)


p/s : walau apa pun yang terjadi, hidup tetap perlu diteruskan -.-

10 comments:

  1. bunuh diri boleh selesaikan masalah ke? pendek akal bg org yg bertindak sedemikian kan.. Ya Allah, mintak dijauhkan lah cmtu

    ReplyDelete
  2. sedih bila dengar orang bunuh diri, sedih sebab mereka tak dapat menerima ketentuan hidup.

    Kadang-kadang terfikir juga, insan-insan yang sedang terlantar dengan pelbagai penyakit di tahap kritikal masih ingin terus berjuang untuk hidup, tapi kenapa yang sihat tubuh badan ingin mengambil nyawa sendiri hanya kerana kecewa.

    p/s sori komen panjang umpama entri..hehe

    ReplyDelete
  3. babycomel : tambah masalah lagi ada la rasanya..

    ReplyDelete
  4. puteri kasih : setuju ngan puteri..mudah sangat nak putus asa kan..

    p/s: panjang dan detail takpe hehe

    ReplyDelete
  5. tu la..hana pun hairan dengan orang yang sanggup membunuh diri sebab nak lari dari masalah...mudahnya diorang membuat keputusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik hana : itu la jadi bila kurang yakin dengan kuasa Allah..kan

      Delete
  6. tq N3 yag sangat2 bagus utk dijadikan pedoman!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesuma angsana : buat pedoman dan peringatan bersama..

      Delete
  7. xsuka dgr org bunuh diri.. sedih ada, marah ade.. huhu

    ReplyDelete