Monday, July 23, 2012

bersedekah kena ada adabnya.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai semua! salam ramadhan aku ucapkan kepada kamu semua yer. dah masuk hari yang ke tiga kan, semoga semuanya dipermudahkan dan diberkati hendaknya ^_^

Bila tiba bulan ramadhan ni mesti ramai yang berebut-rebut nak gandakan pahala. yang paling kerap aku tengok ialah dengan amalan bersedekah. alhamdulillah sebab sanggup berkongsi sedikit kesenangan yang ada tu dengan orang yang memerlukan cuma jangan pula bersedekah dalam bulan ramadhan je ok, tak elok tu hehe


Bersedekah memang bagus, selain dapat meringan beban bagi sesiapa yang menerima ia juga boleh menjadi sumber pahala kepada sesiapa yang melakukannya. "Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima", tu yang selalu orang kata kan? hehe

Perlu diingat bahawa bersedekah juga ada adab-adabnya supaya amalan bersedekah yang dilakukan itu tidak menjadi sia-sia. kali ni aku kongsikan adab-adab yang perlu ada bila ingin melakukan amalan bersedekah, renungan untuk aku renungan untuk kamu semua juga ^_^.


Ikhlas dalam bersedekah.
Wajib mengikhlaskan sedekah hanya kerana Allah dan demi mendapatkan keredhaan-Nya. Sedekah dengan menunjuk-nunjuk dan berbangga diri akan menyebabkan kerugian di akhirat kelak.

Mendahulukan sedekah yang wajib
Sebagaimana yang disebut dalam hadith qudsi yang bermaksud: "..dan tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku sukai daripada apa yang telah Aku wajibkan atasnya.." (Riwayat al-Bukhari)

Tidak boleh mmenunda
Jangan menunda untuk membayar sedekah (zakat) yang wajib tanpa adanya keuzuran.

Beri kepada mereka yang benar-benar memerlukan
Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya zakat hanya untuk orang faakir, miskin, pengurus-pengurus zakat, para mualaf, untuk memerdekakan hamba, yang berhutang, yang berjuang di jalan Allah dan orang yang bermusafir." (Surah al-Tawbah 9:60)

Bersedekah dengan harta yang halal.
Antara sebab sedekah diterima oleh Allah dan membuahkan pahala.

Tidak mengungkit-ungkit.
sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima).." (Surah al-Bagarah 2:264)

Merenung nikmat Allah s.w.t.
Wajib bagi pemberi sedekah untuk merenung nikmat yang Allah telah berikan ke atas dirinya kerana Allah telah memberikan rezeki yang lebih.

Mendahulukan sedekah kepada waris terdekat.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: " Sedekah kepada orang miskin (mendapat satu pahala), sedangkan bersedekah kepada kaum kerabat mendapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan silaturahim." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jangan buruk siku.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Perumpamaan orang yang bersedekah kemudian dia mengambil kembali sedekahnya, seperti anjing yang memuntahkan sesuatu kemudian ia menjilat muntahnya untuk memakannya kembali." (Riwayat Muslim)
-solusi-



p/s : tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.

17 comments:

  1. tangan yang di atas tu lebih baik dari tangan yang dibawah. Ikhlaskan hati bila bersedekah. Jangan bersedekah hanya kerana inginkan nama.

    ada segilintir juga yang bersedekah sana sini untuk mengejar populariti tapi bila ahli keluarga meminta bantuan, mereka buat dek aja. Ibarat kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan

    p/s panjang pula komen ni kan..hehe

    ReplyDelete
  2. puteri kasih : ha ah betul tu..paling penting hati kena ikhlas baru takde timbul sifat riak tu.

    p/s; panjang-panjang pun takpe..hehe

    ReplyDelete
  3. ha ah keiklasan sangat penting :)

    p/s tak kena denda kan :P

    ReplyDelete
  4. puteri kasih : ikhlas hati pun tenang..kan :)

    p/s takde denda :P

    ReplyDelete
  5. salam ramadhan .. Elok lah kalau sedekah bulan ramadhan neh. Pahala pn brtmbh . Yg pnting sdekah tou hati mau ikhlas dan bukan mghrpkn gnjaran.. Tak gtu? Hehe

    ReplyDelete
  6. kena ikhlas sedekah ni :) dpt keberkatan dan d murahkn rezeki oleh Allah :)

    ReplyDelete
  7. keikhlasan itu ibarat semut hitam berjalan di atas batu yang hitam di dalam gua yang gelap di waktu malam.

    ReplyDelete
  8. yes....memberi lebih baik dr menerima...hulurkn tgn ringankan beban...selamat menjalani ibadah puasa :)

    ReplyDelete
  9. ikhlas la dlm bersedekah..tak perlu heboh sekampung:) insyaallah,banyak nikmat ganjaran dari NYA..

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. supergirl : betul tu..paling penting kena ikhlas :)

    ReplyDelete
  12. oopet : ha ah betul tu..sedekah kerana Allah bukan kerana nama :)

    ReplyDelete
  13. mirul arr : setuju ngan komen tu

    ReplyDelete
  14. tirahzairi : selamat menjalani ibadah puasa juga :)

    ReplyDelete
  15. pencinta pink : sedekah bukan sebab nak nama kan..cukup la diri sendiri ngan Dia je yg tahu..kan :)

    ReplyDelete
  16. cik rongoks : jom jom..hehe :)

    ReplyDelete