Sunday, July 29, 2012

panasnya ramadhan tahun ni!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Selamat berhari minggu semua. Pejam celik dah sembilan hari kita berpuasa kan? moga-moga segala amalan kita sepanjang bulan mulia ni diberkati dan dirahmati oleh-Nya.

Erm dah dua hari aku tak menaip kat sini kan? nak kata 'busy' sangat takde la cuma aku takde idea nak taip apa, idea aku kering sama dengan keringnya cuaca sepanjang ramadhan tahun ni. Eh tak baik kan mengeluh..astaghfirullah -.-


Tapi kan ramadhan tahun ni cuacanya memang kering giler, kalau jemur baju kat ampaian tu sekejap je kering cuma dengan syarat jemur dari pagi la kalau lepas asar baru nak jemur baju esok la baru kering hehe. Tahun lepas dari awal ramadhan lagi cuaca sejuk je, tak hujan tapi boleh dikatakan mendung setiap hari, jadi rasa damai sikit la nak berpuasa kan -.-

Erm bila fikir semula, semua tu cuma sedikit je ujian yang Allah bagi kan? tak seteruk saudara seagama kita di luar negara. Berpuasa dalam keadaan panas terik, terpaksa berhadapan dengan penindasan, hari-hari diganggu dengan kekejaman pihak-pihak yang menganggap hanya diri mereka yang berhak ke atas segalanya, hak orang hak mereka, hak mereka hak mereka.

Semoga kehadiran ramadhan kali ini akan menguatkan lagi keimanan kita kepada Yang Maha Esa..
InsyaAllah -.-


12 comments:

  1. ini semua cuma ujian kecil sahaja kan untuk menguji keimanan :)

    ReplyDelete
  2. aah mmg panas skrg ni.yelah ni ujian sikit2 je.think positif.kan baju cepat kering bile jemur.boleh jemur baju lambat2.'lps asar' pn boleh ye.hha hebaatt..

    ReplyDelete
  3. betul..memang panas ramadhan kali ni..kna bnyak bsabar:)

    ReplyDelete
  4. puteri kasih : ha ah semua tu ujian jer..nak tgk kuat ke tak iman hamba Dia :)

    ReplyDelete
  5. cendol : aku pun tak faham apa yg aku taip ni..hehehe

    ReplyDelete
  6. pencinta pink : tahun ni kena sabar lebih lagi :)

    ReplyDelete
  7. mugkin itu dugaan yg di beri olehNYa untuk kita berpuasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Korn : mmg betul tu..dugaan kecil utk semua hamba-Nya

      Delete
  8. cuaca tak menentu...salu je jatuh sakit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Momo : cuaca kering camni mmg senang jatuh sakit jd kena jaga kesihatan elok2..

      Delete
  9. ramadhan kali nh mmg panas.. musim panas skrg.. kering cmtu

    ReplyDelete