Monday, July 2, 2012

biadap sebab Twitter dan Facebook?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai semua, selamat hari isnin. Dulu asal tiba hari isnin je mesti liat rasa nak bangun pergi kerja hehe, masa sekolah dulu pun sama juga, liat betul nak bangun pagi pergi sekolah hehe. kamu semua macam tu juga ke?
^_^


Aku jadi tertanya-tanya bila baca pasal ni dalam akhbar tadi. Betul ke?
Menurut kajian, Twitter dan Facebook dikatakan menjadi punca perubahan remaja perempuan bercakap, mereka menjadi lebih biadap dan agresif.

Penggunaan bahasa yang semakin pendek, tajam dan lebih berterus terang tanpa pertimbangan secara berhati-hati terhadap perkataan yang digunakan mereka, menyebabkan mereka bertindak kurang sopan, berterus-terang malah lebih agresif apabila bercakap sesama sendiri atau dengan golongan dewasa.


Ia dikatakan lebih ketara di kalangan perempuan berbanding lelaki kerana lebih kerap menggunakannya dalam berkomunikasi. Erm aku rasa ada betulnya juga kan, dek kerana kerap sangat berkomunikasi dengan cara tu jadi kita terbawa-bawa cara tu ke alam realiti. Bukan disengajakan tapi sebab dah terbiasa dengan cara tu tapi bukan semua, segelintir je yang jadi macam tu kan hehe
-berita harian-








8 comments:

  1. ish takut pula pet.. mcm pet kwn pernah ckp, klu depan pendiam.. dlm maya rajin ckp.. tp xda la harsh word.. biasa ja.. tp takut juga, kebiasaan terbawa2kn.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. oopet : erm selalunya camtu la kan..jgn terbawa-bawa ke alam realiti dah la kan :D

      Delete
  2. puteri setuju, sebab memang puteri perhatikan ramai yang macam tu. mungkin sebab dah terbiasa menggunakan cara agresif di alam maya. Tapi bukan semua, cuma segelintir. Namun nak salahkan twitter dan facebook sepenuhnya pun tak boleh juga kan.

    p/s puteri rasa puteri sama je di alam maya dan di alam nyata kot...hikk

    ReplyDelete
    Replies
    1. puteri kasih : ye betul, tak boleh salahkan fb ngan twitter kan sbb semua tu atas penilaian org yg guna kan :)

      *yeke sama hehe :P

      Delete
  3. ada betul jugak tu. tapi tak semua la kot. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aisya : ha ah betul tu..segelintir je tak semua kan..hehe

      Delete
  4. setuju...sebab minda manusia sangat cepat terpengaruh...terutama adik-adik kita yang masih bersekolah dan masih muda untuk menilaikan mana yang baik dan buruk dalam kehidupan seharian. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik hana : ha ah kan..selalunya golongan remaja la yg ramai jadi camtu tp tak semua la :)

      Delete