Sunday, July 8, 2012

lima belas perkara ditimpa bala.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Imam al-Tirmizi meriwayatkan sepotong hadis yang panjang daripada Rasulullah s.a.w. berkenaan manusia pada akhir zaman.

Baginda bersabda yang bermaksud:
"Apabila umatku melakukan 15 perkara, maka mereka akan ditimpa bala. "Ada orang bertanya: "Apakah perkara-perkara itu wahai Rasulullah?"
Baginda menjawab:

  • Apabila harta negara dibolot oleh satu golongan sahaja.
  • Amanah dianggap peluang untuk mengaut keuntungan duniawi.
  • Membayar zakat dianggap satu kerugian.
  • Lelaki patuh kepada isteri.
  • Lelaki derhaka kepada ibunya.
  • Mengutamakan kawan.
  • Menjauhkan diri daripada bapa sendiri.
  • Meninggikan suara di dalam masjid (bertengkar dan gelak tawa duniawi).
  • Pemimpin dipilih daripada kalangan orang yang hina dan jahat.
  • Seseorang dimuliakan kerana kejahatannya.
  • Ramai orang meminum arak.
  • Ramai lelaki yang memakai sutera.
  • Penyanyi perempuan digemari.
  • Alat-alat muzik diminati ramai.
  • Orang yang kemudian daripada umat ini melaknat generasi terdahulu.


Apabila berlaku perkara-perkara ini, maka tunggulah ketibaan angin yang panas ataupun gerhana ataupun sesuatu perubahan yang besar."
(Riwayat al-Tirmizi)



p/s : renung-renungkan, selamat beramal -.-

4 comments:

  1. seeloknya kita menjauhi perkara yang akan mendatangkan bala kan :)

    ReplyDelete
  2. puteri kasih : ha ah, seelok-eloknya macam tu lah :D

    ReplyDelete
  3. mcm2 la ni jadi.. tp tu semua salah kita.. jadi mcm2 Allah tunjuk kt dunia nh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oopet : mmg salah kita sepenuhnya sbb tu Allah turunkan macam macam kat atas bumi ni..sebagai peringatan

      Delete