Friday, July 6, 2012

membeli belah pun ada adabnya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

salam Jumaat semua. sedang apa dan dimana yer. kamu semua suka membeli belah? mesti suka kan, pantang ada 'sale' mesti berduyun-duyun yang memenuhi ruang pusat beli belah tu kan hehe. rambang mata bila melihat pelbagai jenis barang yang dipamerkan -.-.


adab memang pentingkan, tak kira apa yang kita lakukan adab memang dititik beratkan. membeli belah pun tak terkecuali kerana tanpa adab kita akan mudah lupa diri dan adab diperlukan agar kita tidak membeli belah mengikut perasaan sehingga mendatangkan mudarat kepada diri sendiri.

kali ini aku nak kongsikan antara adab-adab yang perlu ada ketika kita membeli belah.

  1. membaca doa atau paling kurang pun bacalah bismillah ketika melangkah masuk ke kedai atau pasar.
  2. Elakkan berhutang. tiada makna bangga menghulurkan kad kredit walhal hakikatnya berhutang. membeli secara tunai, walau pun duit buruk yang dihulur pasti nampak lebih bergaya kan hehe.
  3. Elakkan pembaziran dengan membeli barang secara berlebihan atau membeli barang yang tidak perlu.
  4. Jauhi penipuan dan penganiayaan seperti tawar-menawar dengan kadar melampau sehingga menzalimi hak orang yang menjual.
  5. Sediakan senarai benda yang hendak dibeli supaya tidak membuang masa.
  6. Jaga batas antara lelaki dan wanita. elakkan tempat yang terlalu ramai orang sehingga lelaki dan wanita terpaksa berhimpit-himpit.
  7. Bantu mereka yang memerlukan seperti warga emas yang tidak mampu mengangkat barang berat.
  8. mengambil kira keperluan dan kemampuan berbelanja. bahagikan keutamakan yang lebih penting seperti :
  • Daruriyyat: keperluan asasi seperti makanan, minuman, makanan dan tempat tinggal.
  • Hajiyyat: kemahuan yang membantu hidup lebih selesa seperti kereta, mesin basuh dan yang lain-lain.
  • Tahsiniyyat: pelengkap hidup seperti barang kemas.

banyak juga adab-adab yeng kena ada masa membeli belah kan, selamat mengamalkannya yer. selamat membeli belah secara berhemah hehe

18 comments:

  1. nasib baik puteri ni bukan jenis yang suka bazir duit untuk shopping..gi beli barang bila perlu je.. :)

    ReplyDelete
  2. baru tau nie adab2 nk shopping. hihi

    ReplyDelete
  3. boleh dijadikan panduan shopping nh :D

    ReplyDelete
  4. puteri kasih : ye ke..bagusnya jarang jumpa perempuan camni :D

    ReplyDelete
  5. cik rongoks : saya pun baru tau hehe

    ReplyDelete
  6. aienzunnur : ha ikut jgn tak ikut hehe

    ReplyDelete
  7. oopet : guna jgn tak guna..banyak faedahnya :D

    ReplyDelete
  8. Kadang2 Ee pantang tengok mesti nak beli, hoho membazir TT__TT

    http://thenurulee.blogspot.com/2012/07/le-complain-day.html

    ReplyDelete
  9. Bagus ni.. terima kasih ya sebab sudi share -_-

    ReplyDelete
  10. Entri khas utk wanita sahaja..hehehe

    ReplyDelete
  11. lala mhdnor : shopping time ada duit tu yg bahaya hehehe

    ReplyDelete
  12. nurulee : biasa terjadi tu hehe

    ReplyDelete
  13. pencinta pink : musim raya dah nak sampai kan hehe

    ReplyDelete
  14. hanif idrus : lelaki pun boleh tahan juga shopping sekarang hehe

    ReplyDelete