Sunday, July 8, 2012

kaya pun ada banyak kategori ke???

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

zaman sekarang ni semua orang fikir macamana nak kaya kan, betul tak aku cakap? baik kamu mengaku hehe. sebenarnya aku pun sama, hari-hari fikir macamana nak kaya, macamana nak buat duit lebih tapi dengan syarat tak membelakangkan hukum agama lah.

Baru-baru ni aku ada terbaca satu artikel pasal kaya. ada banyak kategori kaya ni sebenarnya dan kalau kita berjaya mencapai semua kategori ni, maka kita akan benar-benar boleh di klasifikasikan sebagai orang kaya.


kat bawah ni aku lampirkan sekali kategori-kategri tu (cam buat resume lak nak lampir-lampir bagai) hehe.

Dalam dunia moden ni kekayaan boleh dibahagikan kepada tujuh kategori:


KAYA DALAMAN.
Memiliki set minda yang positif, harga diri yang tinggi, ketenangan dalaman dan kekuatan spiritual yang tinggi.

KAYA KESIHATAN.
Health is wealth (kesihatan itu kekayaan). Tiada gunanya kejayaan dalam pekerjaan, keuntungan dalam perniagaan jika jatuh sakit dalam usaha mengejarnya.

KAYA PERHUBUNGAN.
Jika perhubungan kita dengan keluarga dan orang di sekeliling dalam keadaan yang baik dan harmoni, kehidupan akan dapat dijalankan dengan lebih baik. Keluarga mesti diutamakan kerana di situlah terkumpulnya orang yang paling kita sayang.

KAYA KERJAYA.
Kerjaya menjadi sangat penting dalam dunia masa kini. Kerjaya adalah cara bagi megeluarkan seluruh potensi diri dan bakat seseorang. Kejayaan dalam kerjaya akan meningkatkan lagi harga diri.

KAYA LEGASI.
Buatlah sesuatu yang terus hidup setelah kita mati.. Itulah yang sering dipesan oleh orang yang bijaksana. Jangan sekadar hidup secara biasa-biasa sahaja tetapi berilah impak yang terus berkekalan dan dikenang sebagai legasi kepada generasi kemudian setelah kita tiada.

KAYA EKONOMI.
Waalupun wang bukan perkara terpenting dalam hidup, namun ia tetap penting untuk menguruskan kehidupan dengan baik. Ia akan memudahkan kita memnuhi keperluan hidup tanpa perlu bergantung kepada orang lain. Dengan wang, kita boleh membantu meringankan beban dan kesusahan orang lain dan ini akan memberi satu kepuasan dalam hidup.

KAYA PENGALAMAN.
Pengalaman mematangkan diri. Perasaan ingin tahu dan menimba pengalaman baru akan menimbulkan keseronokan dan keceriaan dalam hidup.. Kita tidak boleh terperangkap dalam rutin hidup yang sama pada setiap masa. Aktiviti kemanusian, sukan, perlancongan dan lan-lain akan memberikan kita rasa 'kekayaan' yang sukar untuk digambarkan.

*****

Inilah dia kategori-kategori kaya yang perlu ada untuk mencapai kekayaan. Tanpa ketujuh-tujuh elemen itu, manusia hanya akan mendapat kekayaan ilusi. Mengikut kajian Barat, memiliki wang yang banyak bukanlah syarat utama untuk menjadikan seseorang itu kaya dalam erti kata yang sebenar.
-solusi-



p/s : nak kaya tapi taknak usaha camna nak kaya -.-

20 comments:

  1. Tepat sekali,kalau kaya duit sahaja tidak berguna juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thomas : sekarang ramai kaya duit je kan..

      Delete
  2. bila sebut kaya..kebanyakkan orang akan fikirkan bayangan duit je kan...walhal ada pelbagai kekayaan yang lain yang perlu ada dalam diri.

    ReplyDelete
  3. pencinta pink : betul betul betul..hehehe

    ReplyDelete
  4. puteri kasih : ha ah, memula saya pun fikir camtu tapi bila dah baca ni baru sedar ada banyak lagi jenis kekayaan yang perlu ada..

    ReplyDelete
  5. ooo.. ingatkan pesal apa tadik.. kaya ilmu tak pasti lak dalam kategori mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. korn : kaya ilmu dalam kategori kaya kerjaya kot sbb tanpa ilmu camna nak berjaya dalam kerjaya kan..

      Delete
  6. Replies
    1. ct cheery : dalam kategori kaya perhubungan..bahasa cantik perhubungan mesti elok kan..

      Delete
  7. hana kaya dengan senyuman jer....kaya harta x mampu lagi..haha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik hana : takpe, senyum tu kan sedekah..dapat pahala

      Delete
  8. apapun aku paling suka makan seri kaya walau x berapa nak kaya hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesuma angsana : sedap tu seri kaya sapu kat roti hehe

      Delete
  9. nak kaya dalaman, kesihatan dan lain2.. err.. tamak bunyinya :D

    ReplyDelete
  10. kaya tak guna kalo tak bahagia .. ngee

    ReplyDelete