Tuesday, July 24, 2012

kan dah kena sound!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hai semua, selamat malam ^_^..erm kamu pernah kena sound tak? mesti pernah kan hehe


Kejadian macam ni biasa terjadi jika budak-budak penuh kat masjid waktu orang berterawih, almaklumlah budak-budak dalam kepala diorang tak fikir benda lain dah selain main.

Tadi masa aku berterawih ada sekumpulan budak-budak sudah bikin kecoh kat dalam masjid. Orang sibuk berterawih kat depan diorang duk sibuk memekak kat belakang. Selalunya ada juga yang memekak tapi malam ni diorang macam terover memekak, terpekik terlolong kat belakang macam orang tengah sokong pasukan bola kesayangan. Senang kata aktiviti diorang tu mengganggu kekhusyukan orang nak berterawih.

Akibatnya, habis je empat rakaat terawih ada sorang brader bangun pergi cari diorang kat belakang. Apa yang brader tu buat kat diorang aku tak tahu sebab aku tak paling ke belakang pun, malas nak ambil tahu sebab masa kecik dulu aku pun buat juga..hehe

Apa yang telinga aku dengar brader tu nak bagi 'lima' kat pipi diorang kalau dengar diorang memekak lagi, senyap terus diorang tapi kejap je sebab aku masih dengar diorang duk sok sek sok sek kat belakang masa orang terawih cuma tak kuat (kantoi aku solat tak khusyuk).

Erm itu je kot aku nak cerita kali ni. Apa motif entri ni? korang fikir-fikir lah sendiri hehe




p/s : hormati rumah Allah

10 comments:

  1. hahah bebudak kalau tak buat bising tak main2 tak sah la namanya budak, kat mana pon sama jer warning sikit diam lah kejap, tapi lepas tuh bisng lah balik heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jal : tu la pasal..nama pun budak2 keje diorang main je la kan..teringat lak zaman kanak2 ribena dulu hehe

      Delete
  2. budak-budak memang tak boleh duk diam lama-lama. kalau ditegur pun kejap je diorang dengar pastu buat lagi.

    p/s tuan blog ni masa zaman kanak-kanak ribena..buat camtu gak eh? :P

    ReplyDelete
  3. puteri kasih : ha ah kan..budak budak memang tak makan saman, tegur pun diorang buat dek jer..hehe

    p/s ha ah masa kecik je skrg tak dah :)

    ReplyDelete
  4. zaman kanak-kanak adalah zaman kulit tebal..tak kisah pun orang ckp apa..hehe

    P/s ye ke ni? :P

    ReplyDelete
  5. puteri kasih : betul tu..masa kanak-kanak memang tak kisah apa org cakap yg penting dpt main..hehe

    p/s sekali sekala teringin juga :P

    ReplyDelete
  6. sia2 kena penampo bdk2 tu..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lola : tak kena lagi rasanya..brader tu warning je kot..hehe

      Delete
  7. skang ni, ramai dh pergi surau/masjid tp melepak je, buat bising..lagi2 yg muda ni..tak hormat lgsung rumah Allah tu..hmm

    ReplyDelete
  8. lynndAmya : kat mana mana pun camtu kan tp tak leh nak salah kan yg muda juga sbb yg tua buat dulu yg muda ikut..hehe

    ReplyDelete