Thursday, August 30, 2012

merdeka..merdeka..merdeka!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


"Saya bangga menjadi rakyat Malaysia"

Rakyat Malaysia bebas daripada 'penjajahan'. Itu lah erti merdeka yg sebenarnya..kan? erm sudah merdeka kah anda? hehe..soalan tu sebenarnya aku tujukan untuk diri aku sendiri tapi kamu pun boleh tanya soalan tu pada diri kamu juga dan jawapannya biarlah aku jer yg tahu kot dan jawapan korang pun aku tak nak tahu..hehe

Mesti ramai yang sudah kibarkan jalur gemilang kan, ada yang lekatkan di cermin kereta, yang pacak dibumbung rumah pun ada juga kot tp aku takde pun, aku cuma letak dalam entri ni jer :P..tak patriotik ke? A.A.K.....

"Mengibarkan jalur gemilang satu amalan yang bagus. Ia bermakna kita berbangga dengan negara sendiri, tetapi yang paling penting adalah semangat kemerdekaan yang ditanam dalam diri masing-masing. Tidak guna buat sambutan besar-besaran tetapi mereka yang datang meraikan hanya untuk melihat bunga api atau persembahan yang disediakan tanpa memahami dan menghayati erti kemerdekaan yang sebenarnya". Azhan Rani

Memang sekarang kita bebas daripada penjajahan fizikal tetapi adakah mental kita bebas dari penjajahan? Bak kata Ustaz Azhar Idrus dalam twitter tadi: "Kita masih belum lagi merdeka. Kita hanya merdeka dari segi jasmani tetapi tidak merdeka dari segi rohani Islam".



p/s apa sumbangan kita untuk negara?
p/s tak sempat nak bw lagi la =.=

Wednesday, August 29, 2012

wordless wednesday : fakta kajian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


agaknya apa yg si comot ni mimpi?



p/s pernah mimpi belai ular hitam :P

Tuesday, August 28, 2012

Hanif Idrus Segmen Menerjah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


lama sangat dah rasanya aku tak join mana-mana segmen. memandangkan aku di jemput utk join makanya kali ni aku men'join'kan diri untuk segmen ni.


tuan blog suruh tag blogger lain tapi aku tak tahu nak tag sapa jadi kalau kamu semua berminat klik jer banner tu untuk maklumat lanjut yer. boleh dapat kenalan baru, traffic blog pun insyaAllah boleh meningkat sama jadi memang tak rugi la kalau kamu semua join kan ^_^

30 september 2012 berakhir lah segmen ni


p/s lepas ni baru aku start blogwalking semula yer...tungguuuuu ^^

kembali setelah sekian lama.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.




wah! dah seminggu aku tak menaip kat sini kan..ada yang rindu ker? *poyo* :P kamu semua apa khabar? mood raya masih ada ker? erm boleh lagi kot kalau nak ucapkan selamat hari raya kan? hehe

layan gambar raya ari tu je lah hehe

adik aku, papa n mama aku, akak aku n anak2 sedara aku.

amar aka nobita

nurul iman aka hima chan

encem tak? :P

yang kat atas ni gambar yg aku 'snap' masa raya pertama ari tu. ada gambar satu family tp dalam kamera adik aku jd tgk la kalau adik aku upload gambar tu dalam blog dia boleh la kamu semua tengok, itu pun kalau adik aku upload lah hehehe.

bersambung......

p/s raya macam tak raya jer rasa :(

Monday, August 20, 2012

balik kampung la pulok!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

SELAMAT HARI RAYA!!!!!!!!!!
dah raya kedua dah, nak gi beraya tapi mood raya dah makin surut hehe

Apa hidangan raya kat rumah kamu tahun ni eh? kat rumah aku ni menu utama yang wajib ada tiap kali raya mestilah nasi dagang hehe..mak aku orang terengganu jadi memang terer la buat nasi dagang ni.

Jemputlah datang ke rumah ye ^^

Erm kalau ikut rancangan, hari ni aku dengan ahli keluarga aku yang lain nak balik ke terengganu tapi rasanya mungkin lewat sikit kot. Pagi-pagi tadi lepas subuh tok imam dah buat satu pengumuman kat masjid ..
"hari ni ada satu nyawa dah kembali kepada Sang Pencipta"
dekat je dengan rumah aku cuma selang tiga buah rumah je, jadi apa yang di rancang terpaksa ditunda sebentar :)

Lama mana dah ye aku tak balik terengganu?


p/s lapan jam lebih memandu..arghhhhhhh!!! -.-

Friday, August 17, 2012

selamat hari raya aidilfitri.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Hai semua! sempena hari baik bulan baik ni aku nak memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang aku berblogging ni ada terkasar bahasa atau terguris perasaan sesiapa ye.

*salam* hehe


p/s nak minta duit raya boleh? ^_^

Saturday, August 11, 2012

aku seorang peruncit

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Salam ramadan semua.

Setiap kali tiba musim perayaan pihak kerajaan melalui KPDNKK akan menetapkan harga siling bagi sesetengah barangan keperluan yang sering menjadi rungutan daripada pihak pengguna.

Aku sebagai seorang peruncit turut 'terpaksa' mengikut harga yang telah ditetapkan oleh KPDNKK. aku tertanya-tanya macamana pihak KPDNKK menetapkan harga siling tu, adakah mereka mengkaji susut nilai barangan sebelum menetapkan harga atau hanya membuat kiraan mengikut teori semata-mata?

Kenapa aku merungut?



Aku sebagai salah seorang peruncit ayam segar mendapat bekalan dengan harga RM5.00 sekilo dan harga siling yang ditetapkan untuk pihak peruncit adalah RM6.80. erm RM1.80 nampak macam besar je kan perbezaan harga tu? tapi dengan harga tu aku hanya mendapat sebanyak RM0.50 seekor. kenapa?

Aku mengambil bekalan ayam hidup dan menjualnya semula sebagai ayam yang sudah siap di proses. Setiap bekalan yang aku dapat mempunyai susut nilainya. misal kata seekor ayam yang aku dapat beratnya sebanyak 2.00kg, seekor ayam yang telah siap diproses akan susut sebanyak 0.45kg.

2.00kg x RM 5.00 = RM 10.00 (harga seekor ayam hidup)
2.00kg - 0.45kg = 1.55kg
1.55kg x RM 6.80 = RM 10.54 (harga seekor ayam setelah siap diproses)

Jadi kamu semua fikir lah boleh ke peruncit kecil-kecilan macam aku ni nak cari makan dengan hanya RM 0.50 seekor yang aku dapat tu? ya aku bukan jual seekor je sehari tapi belum lagi nak kira bekalan elektrik yang perlu dibayar, bekalan air yang perlu dibayar, gaji pekerja yang perlu dibayar dan barang-barang lain yang digunakan.

Ya memang aku akui harga barangan di Malaysia ni semakin hari semakin meningkat naik dan ramai penduduk di Malaysia terutamanya yang berpendapatan bawah daripada RM 2000 akan terasa dengan peningkatan harga barangan tetapi aku sebagai peruncit juga mengalami dilema yang sama seperti mana yang mereka lalui.

Aku pun tak pernah fikir nak 'makan' duit orang cuma aku cari rezeki dengan berniaga. aku tau ramai orang fikir bila berniaga ni untung je manjang kan tapi berniaga tak semestinya untung. kadang-kadang aku buat kerja tak bergaji pun. pendapatan aku kadang-kadang hanya cukup untuk pusing modal dan bayar bil-bil yang berkaitan. kadang-kadang tu aku kena 'topup' duit lain pula sebab tak cukup duit nak pusing modal.

maaf sekiranya ada yang tak setuju dengan apa yang aku taip kali ni. aku cuma nak meluahkan apa yang aku rasa.


p/s pengguna nak untung, peniaga pun nak untung juga -.-

Friday, August 10, 2012

pakcik posmen datang rumah aku!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lagi sembilan hari ramadan akan melabuhkan tirai, macamana dengan persiapan menyambut lebaran? dah siap semuanya? erm mesti meriah sambutannya nanti kan? ^_^..aku takde buat apa-apa persiapan pun lagi dan mungkin juga aku takde buat persiapaan apa kot tahun ni. baju raya tahun lepas masih elok lagi jadi aku cadang nak guna baju tahun lepas je lah (mood shopping takde)


Pakcik posmen datang dah tentu la nak hantar surat kan? takde yang pelik pun kan hehe..aku ni jarang dapat surat sebenarnya selalu kalau posmen datang tu bagi surat untuk ayah aku je jadi bila ada surat untuk aku rasa teruja la sikit hehehe (senget)

Satu tu kad raya dari PUTERI KASIH (terima kasih ye) dah lama rasanya tak dapat kad raya. kali terakhir aku dapat rasanya lapan tahun lepas kot, erm lama kan hehehe

Satu lagi keychain dari CERITERA ALLINE, dia sponsor hadiah yang aku menang dari GA NURMUJAHIDAH hari tu. terima kasih juga aku ucapkan ye ^_^

Erm tu je lah yang aku nak cakap kali ni, lain kali aku buat cerita lain pula ye..selamat berpuasa dan selamat membuat persiapan lebaran nanti tapi jangan sampai membazir sebab MEMBAZIR TU AMALAN SYAITAN.



p/s mood kelaut la pulok..ish!!!!

Thursday, August 9, 2012

sahabat baik.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.





p/s berkawan biar ikhlas ^_^

mulut tu kalau aku cilikan pun ok juga rasanya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani".
surah al Hujurat 12.

Hai semua! apa khabar? sihat la hendaknya ye ^_^..erm lebih kurang seminggu je lagi dah nak raya kan, macamana dengan persiapan raya kamu? baju baru dah siap? kuih raya, duit raya semua dah siap? hehe


Aku ada persoalan yang selalu bermain kat dalam kepala ni..kenapa orang selalu buruk sangka? tak boleh ke bila melihat sesuatu perbuatan orang lain kita fikir yang positif je? tak perlu nak 'kondem' orang. aku rasa kalau fikiran tu sentiasa positif je hati pun senang kan? erm kena muhasabah diri ni -.-

Sebenarnya kisah ni baru je berlaku..lebih kurang sepuluh kaki dari kedai aku tu ada satu pokok kekabu yang besarnya ada la 2/3 pemeluk rasanya dan disebabkan kawan aku nak usahakan kawasan tu jadi dia bercadang nak tebang pokok tu (dah tumbang pun). Jadi kawan aku ni panggil la kawan dia untuk tebang pokok tu, petang kelmarin dia dah mula cantas dahan-dahan yang agak mengganggu proses penebangan tu.

gambar dari pakcik google

Aku bukan nak cerita pasal tebang pokok tu tapi pasal penonton yang nak kata membantu memang tak la tapi mulut diorang tu yang boleh tahan mengata macam-macam, tangan kaki diorang cuma duk terpacak je kat tanah tu. Boleh dikatakan semua yang menjadi penonton tu mulut diorang menyakitkan hati, tak habis-habis nak 'kondem' orang.

Takde seorang pun yang jadi penonton tu nak bagi cadangan yang berguna untuk proses penebangan tu. Apa yang telinga aku dengar, "habis la tumbang atas kedai ko nuar" tu je ayat yang aku dengar sepanjang proses penebangan tu. Erm mulut diorang ni tak reti nak cakap benda yang elok-elok ke?

Sepatutnya cakap la benda yang elok-elok, bagi semangat ke, bagi cadangan ke, dah la duduk situ setakat jadi pak pacak je. Bila telinga duk dengar ayat-ayat negatif je, hati jadi 'panas' semangat nak buat kerja pun jadi kurang. betul tak aku cakap? Kamu semua pun mesti fikir sama macam aku fikir kan?

Tapi alhamdulillah sebab proses penebangan tu berjalan lancar, sikit pun takde 'cuit' kedai aku. Kalau korang mengalami situasi yang sama, apa korang buat eh? hurmmmmmmmmmmmmmm....




p/s mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia?

Wednesday, August 8, 2012

Tuesday, August 7, 2012

aku terpaksa lepaskan kau pergi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai semua! sihat kan? kalau tak sihat tu cepat-cepat pergi ke klinik yer, bulan puasa ni kesihatan kena jaga baru selesa nak menjalani ibadah puasa kan hehe

erm kamu semua ada guna shout FIBOX tak? fibox ada masalah kan sekarang ni? langsung tak boleh nak shout kan? lima enam puluh kali refresh page tetap tak boleh juga nak shout kan? sakit hati pulak rasa..huhu

apsal la fibox jadi camni ha!

erm bila jadi camni maknanya sesiapa yang tinggal jejak kat fibox tu memang aku tak boleh nak balas semula la kan jadi aku minta maaf kepada sesiapa yang dah tinggal jejak tapi tak dapat balasan dari aku..erm apsal aku rasa berbelit je ayat aku ni eh hehe

dulu aku pernah guna shoutbox busuk tapi sebab ada kesilapan teknikal masa tu, aku buang terus shoutbox tu lepas tu aku guna si fibox tu pula. sekarang ni disebabkan si fibox ni pula buat hal aku terpaksa tukar lagi shoutbox aku, sekarang ni aku guna shoutbox CBOX pula. tak mampu dah aku nak mempertahankan si fibox tu jadi aku terpaksa lepaskan dia pergi..-.-


jadi kepada sesiapa yang nak tinggal jejak tu boleh la tinggal jejak kat cbox tu yer dan pasti aku akan terjah semula jejak kamu tu kecuali jejak iklan yer. kalau kamu tinggal jejak iklan jangan harap aku nak klik ok, kot ye pun nak aku klik iklan cakap terus terang dan aku dengan rela hati akan pergi klik iklan kamu tu. tak perlu nak buat backlink kat shoutbox aku..
ada faham!!!!!!




p/s ku terpaksa lepaskan dia pergi..huhu

Monday, August 6, 2012

turunnya sebagai panduan dan peringatan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hai! salam ramadan untuk hari yang ke-.....eh berapa hari dah puasa eh, tak kira pulak aku. malas nak kira sebab kalau kira lagi rasa lama nak habis bulan ramadan hehe. kalau tak kira sekejap je rasa kan, tau-tau dah habis je lepas tu raya hehehe

erm hari ni semua bercutikan sempena NUZUL al-QURAN, ke ada yang kena kerja juga hari ni..erm ada tempat yang tak bercuti sempena nuzul al-Quran?


Nuzul al-Quran..satu peristiwa yang menjadi sejarah dalam kehidupan Rasulullah dan umat Islam seluruhnya, berlaku pada 17 Ramadan pada tahun ke 41 keputeraan Nabi s.a.w. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad),
dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk),
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,
-Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(al-‘alaq:1-5)

Al-Quran, di dalamnya terkandung pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
(Al-An’am:38)


-JAKIM-




p/s membaca al-Quran itu adalah satu ibadah.

aku punya aku punya, orang punya pun aku punya..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hai semua!!!!!!!!!!!!!!!!
agak lama blog aku ni tak berentri kan, kali terakhir entri aku khamis lepas,maknanya dah tiga hari aku tak menaip la kat sini. erm ada yang rindu entri mengarut aku? mesti takde kan..sedihnya huhu (takde maknanya nak sedih)..ok cukup intro mengarut dari aku hehe

kamu semua faham maksud tajuk entri aku tu kan? kamu semua pernah terlibat dengan situasi macam tu? mungkin ada orang yang kamu kenal berperangai macam tu? apa reaksi kamu semua tentang hal ni? (banyak pula soalan aku)


Ok berbalik kepada maksud aku pasal tajuk tu, aku ada kenal seorang 'orang lama' ni yang berperangai macam tu dan aku cukup menyampah dengan perangai dia (perangai je ok), dengan orangnya aku tetap boleh tersengih macam kerang busuk kalau bersembang dengan dia (tak ikhlas) hehe

dari aku kecik lagi 'orang lama' ni dah berperangai macam tu (sejak azali kot). terbaru si 'orang lama' ni tengah mengaplikasikan perangai dia tu kat kawan aku, sibuk nak kacau projek kawan aku.

bila orang dah mula nak buat projek je 'orang lama' ni pun datang jumpa kawan aku tu. dia kata tapak yang kawan aku nak bangunkan tu, tapak dia. cis berapa banyak tapak 'orang lama' ni ada? habis satu kampung ni ke dia punya tapak? siap datang marah-marah kat kawan aku pula tu.

eh betul ke tapak tu dia punya? setahu aku tapak tu tuan yang usahakan dulu dah tak duduk sini, dah balik kampung usahakan tanah kat kampung asal dia dan setahu aku juga tapak tu tak jadi hak milik sesiapa pun sebab tapak tu tak bergeran pun.

erm walaupun dah tahu perangai dia macam tu tapi aku tetap musykil sebab dari aku kecik sampai aku dah separuh tua ni, perangai dia tetap sama. tetap juga nak menyibuk pasal orang lain, suka sembang 'besar' dia je yang bagus padahal projek yang dia buat selama ni semua 'bungkus'..hurmmm


layan Jessie J kejap..hehehe



p/s tiada manusia yang sempurna..kan :)

Thursday, August 2, 2012

Dihasut murtad ketika berbuka.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hai semua! bagi yang beragama Islam sudah selesai berterawih? berapa rakaat kamu buat malam ni? 8 rakaat ke 20 rakaat? hehe

Tajuk kat atas tu aku ambil dari sinar harian online dan kisah yang aku nak kongsi ni pun aku ambil dari sinar harian online ^_^


GEORGETOWN – Ketika sedang berbuka puasa di sebuah pusat membeli belah, Mohd Noor Farid Mohd Alwi, 28, dan tiga lagi rakannya didatangi dua lelaki asing yang juga dipercayai pelancong luar negara.

Pada masa itu, dia dan rakan hanya menunggu waktu untuk berbuka puasa, sementara dua lelaki yang dipercayai pelancong itu mendekati mereka secara tiba-tiba.

Mohd Noor Farid berkata, pada mulanya dia menyangka lelaki berkenaan mahu bertanya jalan atau tempat. Namun, sangkaannya meleset kerana mereka bertanya tentang ibadah puasa.

“Kami tertarik kerana ada juga pelancong asing yang mahu bertanya tentang puasa sedangkan mereka bukan orang Islam, mereka tanya ‘kamu berpuasa ya?’ dalam Bahasa Inggeris dan kemudiannya kami mengangguk dan bercerita waktu bersahur dan berbuka.

“Soalan mereka tidak sampai di situ sahaja kerana mereka bertanya kenapa perlunya umat Islam berpuasa.

“Saya dan rakan-rakan jawab dengan penuh keyakinan dan kami saling menyampuk untuk menjawab soalan ‘mat saleh’ berkenaan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Hampir 15 minit berlalu menceritakan ibadah berpuasa umat Islam, lelaki asing terbabit menanyakan soalan yang agak mengejutkan Mohd Noor dan rakannya yang lain. Kisah selanjutnya...

sinar harian
google



p/s tepuk dada tanya iman -.-

apabila sampai waktunya...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sahaja aku berpuasa esok hari dalam bulan ramadan kerana Allah ta'ala.
Semua amal perbuatan dimulai dengan niat jadi nak berpuasa tu jangan lupa niat ye hehe

Erm apa topik aku nak buat eh kali ni? kejap nak fikir......


Aku terfikir sesuatu...erm kamu semua perasan tak, tiap kali musim perayaan jumlah kemalangan jalanraya mesti meningkat kan? mengapa semua itu terjadi? adakah kerana cara pemanduan pemandu-pemandu di Malaysia? Erm susah nak cakap kan? nak kata tak berhati-hati tak boleh juga sebab kadang tu dah cukup berhemah memandu tapi tetap kena juga kan! hurmmm.....

Tapi kan kalau ikut pandangan aku yang tak berapa nak jelas ni, kebanyakan kemalangan yang berlaku berpunca daripada kelalaian pemandu sendiri. Dia ingat jalanraya yang nilai berjuta tu dia yang punya, nak keluar simpang ke nak buat apa pun ikut suka hati mereka je. Macam kes yang langgar sisi lori semalam la..-.-

Kes macam tu selalu terjadi, bukan nak mengata pemandu lori tapi selalunya bila melibatkan kenderaan besar ni memang macam tu. Kat tempat aku ni pun dah banyak kali jadi, ramai juga yang dah terperosok bawah lori sebab kelalaian pemandu lori dan dalam masa yang sama akibat kelalaian mangsa juga lah kan -.-

Aku cukup takut kalau masa memandu tu terpaksa ikut belakang lori ke, selisih dengan lori ke..nak memotong pun kena fikir banyak-banyak sebab takut tak lepas..ee ngeri kalau fikirkan semua tu

Tapikan semua tu hanya sebagai penyebab je sebab ajal maut, jodoh pertemuan, perpisahan, rezeki dah tertulis awal-awal lagi di Luh Mahfuz tu. Sebelum kita celik mata menyaksikan keindahan dunia ciptaan Allah ni semua tu dah tertulis cuma kita je yang tak tau sebab tu semua rahsia Dia.

Jadi sementara masih diberi peluang menghirup udara, menikmati keindahan alam dan bermacam-macam nikmat lagi yang ada di atas muka bumi ni, marilah kita sama-sama gunakan semua nikmat tu dengan sebaik mungkin ye.

Peringatan untuk diri sendiri -.-




p/s apabila sampai masanya tak kan dipercepatkan atau dilambatkan walaupun sesaat -.-

Wednesday, August 1, 2012

Without You - Jessie J

The Name Of Allah The Most Gracious The Most Merciful .. Peace


no words from me..
just listen and feel this song..



Without You



I'm not a little girl
So promise you won't hide it
Raw as it comes, oh don't you try to disguise it
The earth is crashing in and it hits me like broken glass
It's like my entire life just got really really fast
Like a melting cloud I'll cry out for you, yeah
Like an empty room I'll be missing you, yeah

[Chorus:]
We've got so much more to live
We've got so much more to do
Life won't be the same without you
We've got so much more to laugh
And so much more to lose
Life won't be the same without you
No, oh no, no, no, no

Starin' at the dark, I'm the only one who waits
Trying to control my tears but this is stupid hard to take
Clutching out to you while you're slipping through my hands
I wanna see the good in this but it just doesn't make any sense
Like a bird that never flew I'll cry out for you
Like a rose that never grew I'll be missing you

[Chorus:]
We've got so much more to live
We've got so much more to do
Life won't be the same without you
We've got so much more to laugh
And so much more to lose
No, my life won't be the same without you

Wish we'd spend more time together
I should have come to see you more
Wish I'd have learnt what you loved,
What you hated, what you liked
And the things you adored
And now I'm here trying to fill this space
That once was framed by your face
And when you're gone all I have is this song

[Chorus:]
We've got so much more to live
We've got so much more to lose
Life won't be the same without you, yeah
We've got so much more to live
We've got so much left to do
No, my life won't be the same without you

www.elyrics.net
youtube


p/s : speechless -.-

Julai dah habis sekarang giliran Ogos pula.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai semua! Sihatkah? 11 hari berpuasa ringan je rasa badan tu kan, rasa 'slim' jer kan hehe. Ke ada yang bertambah berat badan dalam bulan puasa ni? :P

Erm pejam celik tak terasa masa berlalu kan, tup tup dah habis bulan Julai 2012. Sekarang masuk la bulan Ogos pula, bulan kemerdekaan bagi negara Malaysia yang tercinta ni.


Kamu semua ada kibar jalur gemilang tak? Ada eh, aku tak kibar pun tapi tak bermakna aku tak sayangkan negara aku ok. Kibar bendera ke tak bagi aku tak penting, apa yang penting hati tu samada betul sayangkan negara atau pun tak. Kalau setakat kibar bendera tapi perangai tak mencerminkan jati diri seorang warganegara pun tak gunakan.

Sedar atau tidak sebenarnya ramai diantara kita yang menjadi mangsa jajahan budaya luar dan mungkin aku juga salah seorang yang menjadi mangsa jajahan tu. Memang dari pandangan kasar tak nampak macam kita ni dijajah tapi kalau kita renungkan dan tanya diri kita semula aku pasti jawapannya mesti "ya aku telah dijajah" kan kan -.-

Paling jelas kat mata aku, cara pergaulan lelaki perempuan. dek kerana terlalu mengagungkan cara barat ramai yang terjebak dengan cara pergaulan barat, lelaki perempuan bebas berpeleseran di sana sini dan hasilnya berapa ramai anak luar nikah yang terhasil? erm tak pasal-pasal rukun iman pula yang terbabit sama. bukan semua cuma ada segelintir yang terjebak tapi ibarat orang selalu kata lah kan "kerana nila setitik rosak susu sebelanga". Dan dek kerana segelintir ni imej Malaysia sebagai negara Islam sedikit terjejas.

Baru-baru ni ada satu info tentang tahap kesopanan rakyat sesebuah negara dan Malaysia berada ditangga ke 34 dari 36 negara padahal salah satu daripada rukun negara "kesopanan dan kesusilaan". jadi moh la kita sama-sama renungkan yer..

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan




p/s rukun iman, rukun Islam dan rukun negara. semua tu penting kan?