Monday, July 30, 2012

puasa ramadan penuh barakah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramadhan kali ni memang banyak dugaannya kan. Di negara ni keadaan cuaca yang panas terik sedikit sebanyak mempengaruhi keadaan fizikal dalam menjalani ibadah puasa. Tapi semua tu tak membantutkan ibadah puasa kamu kan? kecil sangat ujian tu kalau nak dibandingkan dengan saudara seagama kita yg berpuasa dalam keadaan negara bergolak..semoga mereka semua dilindungi dari sebarang petaka -.-


Olimpik yang sedang berlangsung di London sekaran pun boleh dikatakan sebagai dugaan bagi atlit yang beragama Islam untuk berpuasa kan. Ada sesetengah negara Islam yang memberikan atlit nereka pengecualian untuk menangguhkan berpuasa Ramadhan sepanjang olimpik berlangsung bagi membantu mereka mengekalkan kecergasan dan berpuasa sebaik pulang ke tanah air.

Aku jadi terfikir pula, perlu ke menangguhkan kewajipan berpuasa ramadhan? rugi lah kan? tak dapat rebut keberkatan ramadhan. Rugi yang teramat sangat, itu apa yang aku rasa -.-


Teringat pula kisah Perang Badar yang berlaku pada 17 Ramadhan 2H. 313 tentera Muslim terpaksa menahan lapar dan dahaga tetapi tetap mampu menewaskan 1000 tentera musyrikin Quraisy.

Itu cuma apa yang aku rasa, kamu semua rasa perlu ke diorang tangguh puasa tu?





p/s setiap apa yang Allah tentukan pasti ada hikmah disebailknya kan -.-

Sunday, July 29, 2012

panasnya ramadhan tahun ni!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Selamat berhari minggu semua. Pejam celik dah sembilan hari kita berpuasa kan? moga-moga segala amalan kita sepanjang bulan mulia ni diberkati dan dirahmati oleh-Nya.

Erm dah dua hari aku tak menaip kat sini kan? nak kata 'busy' sangat takde la cuma aku takde idea nak taip apa, idea aku kering sama dengan keringnya cuaca sepanjang ramadhan tahun ni. Eh tak baik kan mengeluh..astaghfirullah -.-


Tapi kan ramadhan tahun ni cuacanya memang kering giler, kalau jemur baju kat ampaian tu sekejap je kering cuma dengan syarat jemur dari pagi la kalau lepas asar baru nak jemur baju esok la baru kering hehe. Tahun lepas dari awal ramadhan lagi cuaca sejuk je, tak hujan tapi boleh dikatakan mendung setiap hari, jadi rasa damai sikit la nak berpuasa kan -.-

Erm bila fikir semula, semua tu cuma sedikit je ujian yang Allah bagi kan? tak seteruk saudara seagama kita di luar negara. Berpuasa dalam keadaan panas terik, terpaksa berhadapan dengan penindasan, hari-hari diganggu dengan kekejaman pihak-pihak yang menganggap hanya diri mereka yang berhak ke atas segalanya, hak orang hak mereka, hak mereka hak mereka.

Semoga kehadiran ramadhan kali ini akan menguatkan lagi keimanan kita kepada Yang Maha Esa..
InsyaAllah -.-


Thursday, July 26, 2012

Penghuni neraka ramai wanita?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Salam ramadhan buat semua terutamanya yang beragama Islam. sempena bulan ramadhan ni marilah kita sama-sama perbanyakkan amalan buat bekalan di hari pengadilan nanti. Aku minta maaf sekiranya ada yang terasa hati dengan tajuk kat atas tu ye, tak ditujukan kepada sesiapa cuma aku nak berkongsi apa yang aku baca tadi.
Pada zaman Nabi s.a.w. telah berlaku gerhana matahari. Lalu Baginda melaksanakan solat gerhana bersama-sama para sahabat Baginda. Ketika solat Nabi s.a.w. berdiri sangat lama, begitu juga ketika rukuk. Kemudian Baginda bangkit untuk berdiri semula, lalu rukuk dan sujud.

Dalam rakaat kedua, Baginda s.a.w. kembali berdiri dengan lama, namun tidak lama seperti rakaat pertama. Lalu Baginda rukuk, berdiri semula, rukuk dan kemudian sujud. Nabi s.a.w. selesai daripada solatnya apabila gerhana tersebut telah berlalu.

Selesai solat, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Diperlihatkan kepadaku neraka sebentar tadi. Tidak pernah aku melihat keadaan yang sangat mengerikan seperti hari ini. Aku melihat kebanyakan ahlinya ialah wanita."
Para sahabat bertanya: "Apakah sebabnya wahai Rasulullah?"
"Sebabnya ialah kekufuran mereka,"jawab Rasulullah.
Mereka bertanya lagi: "Adakah mereka kufur kepada Allah?"
Baginda membalas: "Mereka kufur (tidak berterima kasih) kepada suami dan suka melupakan kebaikan. Andai engkau memperlakukan salah seorang daripada mereka dengan baik seumur hidupmu, lalu dia melihat sesuatu (yang dibenci) daripadamu, maka dia akan berkata: "Aku tidak pernah melihat kebaikan sedikit pun daripadamu.""
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Ibn Abbas)
Hadis diatas bukan bertujuan untuk merendahkan kaum wanita kerana populasi wanita yang besar di dunia yang kebiasaannya lebih ramai daripada lelaki. Oleh itu, wanita bukan sahaja paling ramai di neraka, malah paling ramai juga di syurga. Demikianlah pendapat al-Qadi 'Iyad dan Imam al-Nawawi dalam Sharh Sahih Muslim.

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Jabir, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Kebanyakan wanita yang aku lihat di dalam neraka ialah orang yang jika dititipkan rahsia, mereka akan menyebarkannya. Jika diminta mereka bakhil. Jika meminta mereka sangat memaksa. Dan jika diberi mereka tidak berterima kasih."

Jelas bahawa Rasulullah s.a.w. bukan menekan status mereka sebagai wanita. Tetapi Baginda menitikberatkan pada sifat-sifat buruk yang terdapat dalam diri mereka, yang menjadi punca mereka terhumban ke dalam neraka.

Apa yang pasti, ahli neraka tidak ditentukan oleh jantina seseorang, bukan juga bangsa dan warna kulitnya tetapi amal perbuatan seseorang selama hidup di dunia.
Allah berfirman yang bermaksud: "Sesiapa yang berbuat dosa dan dia telah diliputi oleh dosanya, mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya."
(Surah al-Baqarah 2:81)
-solusi-



p/s yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan -.-

Wednesday, July 25, 2012

ibu tegur kena tetak.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syurga di bawah telapak kaki ibu jadi walau apa pun yang ibu cakap dan percakapannya itu tidak melanggar syariat maka wajib bagi seorang anak menurut segala permintaan seorang ibu.

Aku baru lepas habis belek surat khabar, masa belek tadi terbaca satu kisah yang pada aku tak pelik pun sebab akhir zaman memang banyak berlaku perkara macam ni.



Hanya kerana ditegur tidak berpuasa seorang anak sanggup mencekik dan menetak ibunya dengan parang. Kejadian berlaku di Kampung Redang Ponggor, Labu Kubong apabila mangsa yang berusia 40 tahun menegurnya anak sulungnya yang berusia 19 tahun kerana tidak berpuasa.

Mangsa terpaksa bergelut sebelum diselamatkan oleh anaknya yang juga adik suspek. Selain marah kerana ditegur, suspek juga dikatakan marah kepada ibunya kerana menuntut cerai daripada bapanya dan didakwa menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.

-berita harian-


p/s aku bukan anak yang baik tapi tak tergamak lagi nak cederakan ibu sendiri -.-

wordless wednesday : boleh tengok je


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


fb need for speed


Tuesday, July 24, 2012

kan dah kena sound!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hai semua, selamat malam ^_^..erm kamu pernah kena sound tak? mesti pernah kan hehe


Kejadian macam ni biasa terjadi jika budak-budak penuh kat masjid waktu orang berterawih, almaklumlah budak-budak dalam kepala diorang tak fikir benda lain dah selain main.

Tadi masa aku berterawih ada sekumpulan budak-budak sudah bikin kecoh kat dalam masjid. Orang sibuk berterawih kat depan diorang duk sibuk memekak kat belakang. Selalunya ada juga yang memekak tapi malam ni diorang macam terover memekak, terpekik terlolong kat belakang macam orang tengah sokong pasukan bola kesayangan. Senang kata aktiviti diorang tu mengganggu kekhusyukan orang nak berterawih.

Akibatnya, habis je empat rakaat terawih ada sorang brader bangun pergi cari diorang kat belakang. Apa yang brader tu buat kat diorang aku tak tahu sebab aku tak paling ke belakang pun, malas nak ambil tahu sebab masa kecik dulu aku pun buat juga..hehe

Apa yang telinga aku dengar brader tu nak bagi 'lima' kat pipi diorang kalau dengar diorang memekak lagi, senyap terus diorang tapi kejap je sebab aku masih dengar diorang duk sok sek sok sek kat belakang masa orang terawih cuma tak kuat (kantoi aku solat tak khusyuk).

Erm itu je kot aku nak cerita kali ni. Apa motif entri ni? korang fikir-fikir lah sendiri hehe




p/s : hormati rumah Allah

Monday, July 23, 2012

Iman mutiara-raihan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jom sekali-sekala layan nasyid.
^_^



Raihan

Iman Mutiara

Iman adalah mutiara
Di dalam hari manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah



p/s : iman tak dapat diwarisi -.-

bersedekah kena ada adabnya.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai semua! salam ramadhan aku ucapkan kepada kamu semua yer. dah masuk hari yang ke tiga kan, semoga semuanya dipermudahkan dan diberkati hendaknya ^_^

Bila tiba bulan ramadhan ni mesti ramai yang berebut-rebut nak gandakan pahala. yang paling kerap aku tengok ialah dengan amalan bersedekah. alhamdulillah sebab sanggup berkongsi sedikit kesenangan yang ada tu dengan orang yang memerlukan cuma jangan pula bersedekah dalam bulan ramadhan je ok, tak elok tu hehe


Bersedekah memang bagus, selain dapat meringan beban bagi sesiapa yang menerima ia juga boleh menjadi sumber pahala kepada sesiapa yang melakukannya. "Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima", tu yang selalu orang kata kan? hehe

Perlu diingat bahawa bersedekah juga ada adab-adabnya supaya amalan bersedekah yang dilakukan itu tidak menjadi sia-sia. kali ni aku kongsikan adab-adab yang perlu ada bila ingin melakukan amalan bersedekah, renungan untuk aku renungan untuk kamu semua juga ^_^.


Ikhlas dalam bersedekah.
Wajib mengikhlaskan sedekah hanya kerana Allah dan demi mendapatkan keredhaan-Nya. Sedekah dengan menunjuk-nunjuk dan berbangga diri akan menyebabkan kerugian di akhirat kelak.

Mendahulukan sedekah yang wajib
Sebagaimana yang disebut dalam hadith qudsi yang bermaksud: "..dan tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku sukai daripada apa yang telah Aku wajibkan atasnya.." (Riwayat al-Bukhari)

Tidak boleh mmenunda
Jangan menunda untuk membayar sedekah (zakat) yang wajib tanpa adanya keuzuran.

Beri kepada mereka yang benar-benar memerlukan
Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya zakat hanya untuk orang faakir, miskin, pengurus-pengurus zakat, para mualaf, untuk memerdekakan hamba, yang berhutang, yang berjuang di jalan Allah dan orang yang bermusafir." (Surah al-Tawbah 9:60)

Bersedekah dengan harta yang halal.
Antara sebab sedekah diterima oleh Allah dan membuahkan pahala.

Tidak mengungkit-ungkit.
sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima).." (Surah al-Bagarah 2:264)

Merenung nikmat Allah s.w.t.
Wajib bagi pemberi sedekah untuk merenung nikmat yang Allah telah berikan ke atas dirinya kerana Allah telah memberikan rezeki yang lebih.

Mendahulukan sedekah kepada waris terdekat.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: " Sedekah kepada orang miskin (mendapat satu pahala), sedangkan bersedekah kepada kaum kerabat mendapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan silaturahim." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jangan buruk siku.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Perumpamaan orang yang bersedekah kemudian dia mengambil kembali sedekahnya, seperti anjing yang memuntahkan sesuatu kemudian ia menjilat muntahnya untuk memakannya kembali." (Riwayat Muslim)
-solusi-



p/s : tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.

Sunday, July 22, 2012

pom sana, pom sini..bunyi mercun


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

mercun dan bunga api memang susah nak dipisahkan bila tiba musim perayaan kan. kat sini hari pertama puasa pun dah ada orang main mercun. lepas berbuka orang sibuk nak solat maghrib, anak-anak jiran aku duk sibuk main mercun, siap tala ke rumah orang lagi.


Tapi tak boleh nak salahkan diorang juga kan. dah ada orang jual diorang beli lah, nak seronok-seronok kan. tapi aku cuma khuatir diorang ni bukan setakat main biasa-biasa jer, takut diorang 'modified' macam-macam. hurmm seram pulak bila terfikir pasal tu, kreatif sangat budak-budak sekarang ni.

masa kecil dulu, ramai juga kawan-kawan aku yang suka 'modified' ni tapi alhamdulillah takde lah sampai cedera sana sini. aku nak 'modified' macam-macam memang tak la sebab aku tak berani macam diorang tu. takut kena tangan hehe

kalau main mercun lada mesti tangkap cicak :P




p/s : dam dam dum bunyi mercun hehe


Saturday, July 21, 2012

ramadhan pertama 1433h.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah sudah selesai berpuasa untuk hari pertama. macamana hari pertama kamu semua? takde apa kan? dah bertahun menjalani ibadah puasa tak kan tak boleh buat kan hehe


Erm apa juadah berbuka kamu semua? ada yang sampai penuh meja ke? hehe..ok lah aku cuma nak ucapkan selamat berbuka puasa dan selamat berterawih..semoga semua amalan kita akan mendapat keberkatan dari-Nya.


p/s : mula-mula memang rasa macam susah tapi lama-lama mesti ok kan.

Friday, July 20, 2012

ramadhan setahun sekali je.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam Jumaat semua,



Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari)




p/s : tak tau nak taip apa dah..blurrrrrrrrrrr -.-

Thursday, July 19, 2012

kurangkan manis dalam masakan, lebihkan manis dalam senyuman ^_^


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Gula dan manusia memang tak boleh dipisahkan. erm boleh ke cakap macam tu? aku rasa boleh kot sebab manusia bila bancuh air mesti nak bubuh gula, nak memasak pun bubuh gula. kalau aku duduk minum kat kedai selalu aku tengok, asal minuman kurang manis je mula la ada yang menjerit "a-ney kasi tambah gula sikit, tawar lah air ni" padahal aku tengok masa a-ney tu hantar air, gula dah dekat suku cawan. manusia oh manusia hehe.


Menurut kajian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun 2005, didapati bahawa rakyat Malaysia mengambil 125 gram atau 26 sudu teh gula sehari, melabihi daripada jumlah yang disarankan iaitu 50 gram atau 10 sudu teh sehari.

Kesan kepada kesihatan akibat daripada pengambilan gula secara berlebihan.


  • Mengganggu imbangan galian atau mineral dalam tubuh.
  • meningkatkan paras adrenalin dalam kalangan kanak-kanak yang menyebabkan mereka - - menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
  • Melemahkan sistem imunisasi (melawaan penyakit).
  • Menyebabkan kanak-kanak berasa mengantuk dan kurang cergas.
  • Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran.
  • Meningkatkan paras trigliserid.
  • Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria.
  • Merosakkan buah pinggang.
  • Mengurrangkan kandungan kolestrol yang baik (HDL).
  • Menggalakkan pertumbuhan kolestrol bahaya (LDL).
  • Mengurangkan kromium dan kuprum dalam badan.
  • Mengganggu penyerapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan.
  • Menyebabkan kanser ovari, kanser payudara, kanser prostat dan kanser dubur.
  • Meningkatkan risiko berlakunya kanser kolon (usus besar).
  • Menjadi faktor utama kepada kanser pundi hempedu.
  • Meningkatkan tahap glukosa dengan cepat.
  • Melemahkan penglihatan.
  • Meningkatkan paras serotonin yang boleh menyempitkan pembuluh darah.
  • Menjadi penyebab kepada hipoglisemia.
  • Penyebab kepada perut berasid.
  • Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari.
  • Mempercepatkan proses penuaan, kulit berkedut dan uban pada rambut.
  • Merosakkan gigi.
  • Penyumbang utama masalah kegemukan (obesiti).
  • Meningkatkan risiko penyakit crohn dan kolitis berulser.
  • Penyebab bengkak saluran usus bagi kalangan pesakit gastrik.
  • Penyebab arthritis.
  • Penyebab lelah.
  • Pembentukan batu dalam ginjal (batu karang).
  • Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis.
  • Penyebab pembentukan batu karang hempedu.
  • Penyebab sakit jantung iskemik.
  • Penyebab sakit apendiks.
  • Merangsang tanda-tanda multiple sclerosis.
  • Penyebab vena varikos.
  • Meningkatkan tindakbalas glukosa dan insulin kepada pengamal pil pencegah kehamilan.
  • Penyebab sakit gusi.
  • Penyumbang kepada osteoporosis.
  • Penyebab air liur menjadi berasid.
  • Penyebab kemerosotan sensiviti insulin.
  • Penyebab kemerosotan toleransi glukosa.
  • Mengurangkan hormon tumbesaran.
  • Meningkatkan kolestrol dalam badan.
  • Meningkatkan tekanan darah sistolik.
  • Menyebabkan struktur protien bertukar sehingga mengganggu penyerapan protien oleh tubuh.
  • Penyebab alergi terhadap makanan.
  • Penyumbang utama kepada penyakit kencing manis.
  • Penyebab keracunan darah semasa kehamilan.
  • Penyebab eczema kepada kanak-kanak.
  • Penyebab penyakit kardiovaskular.
  • Melemahkan struktur DNA.
  • Penyebab katarak.
  • Penyebab emifisema.
  • Penyebab arteriosclerosis.
  • Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah.
  • Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya.
  • Penyebab sel hati terbahagi dan ini meningkatkan saiz hati.
  • Meningkatkan paras lemak dalam hati.
  • Menyebabkan saiz buah pinggang membesar.
  • Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya.
  • Meningkatkan retensi cecair dalam badan.
  • Penyebab sembelit.
  • Penyebab rabun jauh.
  • Penyebab hipertensi.
  • Penyebab sakit kepala.
  • Mengganggu kemampuan berfikir.
  • Penyebab kemurungan.
  • Meningkatkan tindakbalas insulin.
  • Penyebab penapaian bakteria dalam usus.
  • Penyebab ketidakseimbangan hormon.
  • Meningkatkan risiko darah beku dalam badan.
  • Meningkat risiko penyakit Alzheimer.

sumber: www.healthshecksystems.com


p/s : nak manis minum madu, baik untuk kesihatan.

Wednesday, July 18, 2012

wordless wednesday : mandi lumpur.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


korea selatan


p/s : best ke mandi lumpur ni?

Monday, July 16, 2012

ulam raja..sedapnya!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hai semua! Kamu semua makan ulam raja? tak tahu ulam raja? pokok yang dalam gambar kat bawah ni la ulam raja tu, kita cuma ambik pucuk dia je. nak cicah dengan budu boleh, nak cicah tempoyak boleh, nak makan macam tu je pun boleh, terpulang lah macamana kamu nak makan :)


Pokok ulam raja ialah sejenis tumbuhan tropika yang berasal daripada Amerika Latin, tumbuh meliar dan mudah didapati di banyak negara termasuk Malaysia. Ulam raja mengandungi 3 peratus protien, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A.

Ulam raja telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah serta untuk menguatkan tulang. Ulam raja mempunyai keupayaan antioksida yang sangat tinggi, iaitu bagi setiap 100 gram ulam raja yang segar bersamaan dengan keupayaan antioksida 2400 miligram L-asid askorbik.

-wikipedia-



p/s : ulam raja cicah budu..sedap tu hehe

Sunday, July 15, 2012

tetikus ada labah-labah?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai semua, sedang apa dan di mana? erm sudah gaharu cendana pula, kamu tengah baca entri ni dah tentu lah tengah mengadap laptop atau komputer kan? hehe


Betul kan aku cakap? Ada labah-labah kat tetikus tu hehe. Sebenarnya ini merupakan ciptaan terbaru yang mungkin akan menjauhkan pengguna komputer yang takut kepada serangga perosak apabila tetikus mereka diisi labah-labah yang diawet.

"Saya mahu sesuatu alat yang boleh menakutkan rakan saya. Tetikus ini nampak menarik ditambah pula dengan perubahan warna lampu semasa dalam keadaan gelap dan memperlihatkan serangga yang di dalamnya seolah-olah masih hidup," kata seorang pembeli.

Tetikus ini dijual pada harga AS$28 (RM89) mempunyai seekor labah-labah awet ditanam dalam akrilik lutsinar dan mengeluarkan cahaya menerusi lampu LED.

-sinar harian-



p/s : ada tak yang sanggup guna tetikus ni?

akaun Yahoo berisiko.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai semua. Kamu ada akaun Yahoo? kalau ada cepat kemaskini kata laluan akaun tu.


London - Hampir setengah juta pengguna akaun Yahoo digesa untuk menukar kata laluan selepas dipercayai akaun peribadi mereka diceroboh oleh sekumpulan penggodam yang menggelar kumpulan mereka sebagai Syarikat D33DS.

Laman web berita teknologi Ars Technica melaporkan, kumpulan itu telah menyiarkan 450,000 butiran akaun pengguna dan kata laluan yang didakwa dicuri menerusi carian Yahoo.
-sinar harian-



p/s : aku dah lama tak kemas kini akaun Yahoo -.-

Segmen Ramadhan : Juadah Berbuka Anda?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

kali ni saya nak memenuhi jemputan cik aisya untuk join segmen yg dia buat ni. kamu nak join juga? klik je banner kat bawah ni yer hehe


Tak lama lagi dah nak mula berpuasa kan, seminggu je lagi rasanya. masa nak berbuka tu nafsu memang maksima la, tengok itu nak beli, tengok ini nak beli tapi bila dah beli takde nak makan pun. betul tak aku cakap hehe

juadah yang boleh dikatakan menu wajib tiap kali nak berbuka untuk saya semestinya buah kurma lah, tapi selalunya saya tak makan pun hehe


dah dapat air sekali henjut je tak sedar dah habis dua gelas hehe


yang ni pulak memang makanan kegemaran saya. bila dah jumpa pulut panggang ni alamatnya makanan lain tolak tepi dulu, kena tiga biji pun tak cukup lagi hehe


tapi kan perut saya ni kalau tak masuk nasi memang tak boleh jadi tiap kali berbuka nasi putih memang nak kena ada la. kalau takde muncung la muka sebab perut masih berbunyi minta di isi hehe

tag mereka ni..

puteri kasih
tirah zairi
cik hana

tarikh tutup 18 Julai 2012

Saturday, July 14, 2012

khasiat madu dan cara mengamalkannya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “…kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat PENAWAR yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan"(Surah An-NAhl: 69)

Pasti ramai yang dah tahu tentang kelebihan dan khasiat madu. kandungan gula asli dalam madu mengandungi antioksidan,bebas lemak, bebas kolestrol dan bebas garam. kandungan gula yg terdapat dalam madu ialah glukos,fruktos dan sukros. kajian menunjukkan bahawa debunga dlm madu mgandungi kesemua 22 asid amino,28 mineral,14 asid lemak,11 enzim dan 11 karbohidrat.


Madu amat baik untuk kesihatan, kecantikan, kecergasan dan bermacam-macam lagi. madu dapat mengelakkan masalah seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis, mengawal paras kolestrol dan boleh juga digunakan sebagai penyembuh luka pada tubuh. semua ini adalah kerana terdapat antibakteria semula jadi(hidrogen peroksida), fenolik flavonoid, glukosida, vitamin C dan bahan yang mampu merangsang pertumbuhan sel baru dan memperbaiki sel yang rosak dalam badan.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

CARA MENGGUNAKANNYA
  • Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
  • Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
  • Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
  • Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
  • Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
  • Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
  • Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
  • Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
  • Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.

-google-



p/s : setiap kejadian ada kebaikannya.

Friday, July 13, 2012

bapa borek anak rintik.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam Jumaat dude, sedang apa dan di mana ya? hehe

"ke mana lagi tumpah kuah kalau tidak ke nasi" aku guna ayat tu sebab entri kali ni macam sesuai pula dengan ayat tu..hehe

bantenpos-online

seorang bapa dan anak lelakinya berusia 18 tahun dari Sungai Mati, Ledang di cekup polis atas kesalahan mencuri kenderaan dan juga positif dadah. Kegiatan mereka terbongkar selepas ditahan ketika menunggang motosikal dengan nombor pendaftaran palsu 6 Julai lalu.

Susulan penahanan mereka, polis menemui sebuah kereta jenis Inokom Atos yang dilaporkan hilang di Batu Pahat pada 2009. Mereka disyaki terbabit dengan kecurian sebuah motosikal di Bukit Gambir, sehari sebelumnya. kata Ketua Polis Daerah, Superintendan Harun Idris.
-berita harian-

Nissan GTR



p/s : cun kan Nissan GTR? hehe

Thursday, July 12, 2012

bila rasa geram atau tak puas hati.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai! hari ni kamu ada rasa geramkan sesuatu tak? ada rasa tak puas hati? aku pasti dan teramat pasti kamu semua mesti pernah mengalami situasi geram ni kan? mesti pernah rasa tak puas hati kan? jadi apa yang kamu semua buat untuk melepaskan geram tu? apa kamu semua buat dalam usaha nak bagi hati kamu semua puas?

pics : coolwallpaperblog

Dari aspek agama, bila rasa geram atau rasa tak puas hati melanda diri kita kena dekatkan diri dengan DIA, ambil air sembahyang dan istighfar banyak-banyak. insyaAllah geram atau tak puas hati yang bersarang dalam hati tu akan semakin berkurangan. inilah sebaik-baik cara untuk menenangkan hati yang gundah gulana. kamu setuju?

audi Le-Mans Quattro.

Dari segi fizikal pula lain orang lain caranya kan. kalau aku rasa geram aku akan mula menggila dengan kelajuan, aku akan memandu macam orang tak betul. memandu kereta ke menunggang motor ke sama je. bila aku dah pegang stereng atau pulas throttle aku akan mula mencilok macam jalan tu aku yang punya. atau pun aku akan diam membisu tanpa bicara selagi rasa geram tu ada.

Aku tak rasa geram atau tak puas hati sekarang, cuma saja-saja nak tau cara kamu semua lepaskan geram atau puas hati je. hehe



p/s : aku jatuh cinta kat audi le-mans tu sejak aku mula main NFS hehe

Wednesday, July 11, 2012

Tuesday, July 10, 2012

anak buat, mak bapak kena.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Ibu bapa perlu fikir banyak-banyak kali sebelum membenarkan anak-anak mereka menunggang motosikal sekarang terutama anak-anak yang masih tidak memiliki lesen memandu.

Rentetan kemalangan maut yang melibatkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di Kuantan, ibu bapa kanak-kanak tersebut bakal berdepan tindakan undang-undang kerana membenarkan anak menunggang motosikal tanpa lesen.

Mereka melakukan kesalahan apabila membenarkan anak mereka menunggang motosikal tanpa lesen. Pihak polis memandang serius kes sedemikian dan meminta ibu bapa mengawasi pergerakan anak selain tidak membenarkan mereka menunggang motosikal tanpa lesen, kata Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff.
Berita harian


p/s : geram tengok budak-budak bawa motor, main redah jer


Monday, July 9, 2012

kekal di sana selama-lamanya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Dari Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sepotong besi, maka dengan besi yang tergenggam di tangannya itulah dia akan menikam perutnya dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam neraka itu selama-lamanya. Sesiapa yang membunuh dirinya dengan meminum racun maka dia akan merasai racun itu dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam neraka itu selama-lamanya. Begitu juga sesiapa yang membunuh dirinya dengan terjun dari puncak gunung, dia akan terjun dalam Neraka Jahanam secara berterusan untuk membunuh dirinya dan dia akan dikekalkan dalam neraka itu.

Orang membunuh diri adalah orang yang lari dari tanggungjawab kemanusiaannya. Perbuatan itu juga menunjukkan kurang kepercayaan kepada takdir Allah sedangkan Islam mengajar umatnya supaya sabar, tawakal, dan melarang sifat putus asa.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan janganlah kamu membunuh dirimu,sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (Surah an-Nisaa, ayat 29)

Daripada Jabir Samurah, katanya: "Dibawa orang kepada Nabi SAW jenazah lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, tetapi jenazah itu tidak disolatkan oleh Baginda." (Hadis riwayat Muslim)


p/s : walau apa pun yang terjadi, hidup tetap perlu diteruskan -.-

Sunday, July 8, 2012

kaya pun ada banyak kategori ke???

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

zaman sekarang ni semua orang fikir macamana nak kaya kan, betul tak aku cakap? baik kamu mengaku hehe. sebenarnya aku pun sama, hari-hari fikir macamana nak kaya, macamana nak buat duit lebih tapi dengan syarat tak membelakangkan hukum agama lah.

Baru-baru ni aku ada terbaca satu artikel pasal kaya. ada banyak kategori kaya ni sebenarnya dan kalau kita berjaya mencapai semua kategori ni, maka kita akan benar-benar boleh di klasifikasikan sebagai orang kaya.


kat bawah ni aku lampirkan sekali kategori-kategri tu (cam buat resume lak nak lampir-lampir bagai) hehe.

Dalam dunia moden ni kekayaan boleh dibahagikan kepada tujuh kategori:


KAYA DALAMAN.
Memiliki set minda yang positif, harga diri yang tinggi, ketenangan dalaman dan kekuatan spiritual yang tinggi.

KAYA KESIHATAN.
Health is wealth (kesihatan itu kekayaan). Tiada gunanya kejayaan dalam pekerjaan, keuntungan dalam perniagaan jika jatuh sakit dalam usaha mengejarnya.

KAYA PERHUBUNGAN.
Jika perhubungan kita dengan keluarga dan orang di sekeliling dalam keadaan yang baik dan harmoni, kehidupan akan dapat dijalankan dengan lebih baik. Keluarga mesti diutamakan kerana di situlah terkumpulnya orang yang paling kita sayang.

KAYA KERJAYA.
Kerjaya menjadi sangat penting dalam dunia masa kini. Kerjaya adalah cara bagi megeluarkan seluruh potensi diri dan bakat seseorang. Kejayaan dalam kerjaya akan meningkatkan lagi harga diri.

KAYA LEGASI.
Buatlah sesuatu yang terus hidup setelah kita mati.. Itulah yang sering dipesan oleh orang yang bijaksana. Jangan sekadar hidup secara biasa-biasa sahaja tetapi berilah impak yang terus berkekalan dan dikenang sebagai legasi kepada generasi kemudian setelah kita tiada.

KAYA EKONOMI.
Waalupun wang bukan perkara terpenting dalam hidup, namun ia tetap penting untuk menguruskan kehidupan dengan baik. Ia akan memudahkan kita memnuhi keperluan hidup tanpa perlu bergantung kepada orang lain. Dengan wang, kita boleh membantu meringankan beban dan kesusahan orang lain dan ini akan memberi satu kepuasan dalam hidup.

KAYA PENGALAMAN.
Pengalaman mematangkan diri. Perasaan ingin tahu dan menimba pengalaman baru akan menimbulkan keseronokan dan keceriaan dalam hidup.. Kita tidak boleh terperangkap dalam rutin hidup yang sama pada setiap masa. Aktiviti kemanusian, sukan, perlancongan dan lan-lain akan memberikan kita rasa 'kekayaan' yang sukar untuk digambarkan.

*****

Inilah dia kategori-kategori kaya yang perlu ada untuk mencapai kekayaan. Tanpa ketujuh-tujuh elemen itu, manusia hanya akan mendapat kekayaan ilusi. Mengikut kajian Barat, memiliki wang yang banyak bukanlah syarat utama untuk menjadikan seseorang itu kaya dalam erti kata yang sebenar.
-solusi-



p/s : nak kaya tapi taknak usaha camna nak kaya -.-

lima belas perkara ditimpa bala.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Imam al-Tirmizi meriwayatkan sepotong hadis yang panjang daripada Rasulullah s.a.w. berkenaan manusia pada akhir zaman.

Baginda bersabda yang bermaksud:
"Apabila umatku melakukan 15 perkara, maka mereka akan ditimpa bala. "Ada orang bertanya: "Apakah perkara-perkara itu wahai Rasulullah?"
Baginda menjawab:

  • Apabila harta negara dibolot oleh satu golongan sahaja.
  • Amanah dianggap peluang untuk mengaut keuntungan duniawi.
  • Membayar zakat dianggap satu kerugian.
  • Lelaki patuh kepada isteri.
  • Lelaki derhaka kepada ibunya.
  • Mengutamakan kawan.
  • Menjauhkan diri daripada bapa sendiri.
  • Meninggikan suara di dalam masjid (bertengkar dan gelak tawa duniawi).
  • Pemimpin dipilih daripada kalangan orang yang hina dan jahat.
  • Seseorang dimuliakan kerana kejahatannya.
  • Ramai orang meminum arak.
  • Ramai lelaki yang memakai sutera.
  • Penyanyi perempuan digemari.
  • Alat-alat muzik diminati ramai.
  • Orang yang kemudian daripada umat ini melaknat generasi terdahulu.


Apabila berlaku perkara-perkara ini, maka tunggulah ketibaan angin yang panas ataupun gerhana ataupun sesuatu perubahan yang besar."
(Riwayat al-Tirmizi)



p/s : renung-renungkan, selamat beramal -.-

bersyukur dengan apa yang ada.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dikisahkan pada suatu hari Rasulullah SAW keluar dari rumah pergi ke sesuatu tempat. Di tengah jalan, baginda bertemu dengan Saidina Abu Bakar al-Siddiq dan Saidina Umar bin al-Khattab lalu bertanya, kenapa mereka berdua keluar rumah. Saidina Abu Bakar dan Umar menjawab: “Tak ada sebab yang membuat kami keluar dari rumah selain daripada rasa lapar. Rasulullah SAW sendiri keluar rumah kerana lapar. Lalu, baginda SAW mengajak dua sahabatnya itu mengunjungi rumah seorang sahabat bernama Abu Ayyub al-Ansari. Sebagai tuan rumah, Abu Ayyub, berasa sangat gembira dengan kedatangan tetamu istimewa yang dihormatinya itu.
Abu Ayyub menghidangkan roti, daging, kurma basah dan tamar kering. Selepas mereka menikmati hidangan itu, Nabi SAW dengan mata yang berkaca-kaca, lalu bersabda: Kenikmatan yang dirasai ini akan ditanya oleh Allah SWT kelak pada Hari Kiamat.” (Hadis riwayat Muslim, Tabrani dan Baihaqi)

Kenikmatan kecil dan nampak biasa saja seperti makan minum sudah wajib disyukuri, bagaimana pula dengan kenikmatan besar seperti nikmat iman, kesihatan dan kekayaan yang melimpah ruah.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepada-Nya.” (Surah al-Dhuha, ayat 11)

Menurut pakar tafsir terkenal, al-Raghib al-Isfahani, syukur bermaksud mengerti dan menyedari nikmat, lalu menzahirkannya melalui zakat, infak, dan sedekah. Syukur juga bererti mempergunakan dan memanfaatkan nikmat sesuai dengan tujuan diberikan nikmat itu.

Tapi tidak semua orang pandai bersyukur. kadang-kadang timbul rasa bangga pula bila memperolehi sesuatu nikmat, nauzubillah. Menurut Imam al-Ghazali, untuk menjadi manusia yang sentiasa bersyukur, setiap Muslim seharusnya sedar semua anugerah dan nikmat dimiliki itu sebenarnya daripada Allah SWT.

foto : positiveinfo

artikel
berita harian

Friday, July 6, 2012

membeli belah pun ada adabnya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

salam Jumaat semua. sedang apa dan dimana yer. kamu semua suka membeli belah? mesti suka kan, pantang ada 'sale' mesti berduyun-duyun yang memenuhi ruang pusat beli belah tu kan hehe. rambang mata bila melihat pelbagai jenis barang yang dipamerkan -.-.


adab memang pentingkan, tak kira apa yang kita lakukan adab memang dititik beratkan. membeli belah pun tak terkecuali kerana tanpa adab kita akan mudah lupa diri dan adab diperlukan agar kita tidak membeli belah mengikut perasaan sehingga mendatangkan mudarat kepada diri sendiri.

kali ini aku nak kongsikan antara adab-adab yang perlu ada ketika kita membeli belah.

  1. membaca doa atau paling kurang pun bacalah bismillah ketika melangkah masuk ke kedai atau pasar.
  2. Elakkan berhutang. tiada makna bangga menghulurkan kad kredit walhal hakikatnya berhutang. membeli secara tunai, walau pun duit buruk yang dihulur pasti nampak lebih bergaya kan hehe.
  3. Elakkan pembaziran dengan membeli barang secara berlebihan atau membeli barang yang tidak perlu.
  4. Jauhi penipuan dan penganiayaan seperti tawar-menawar dengan kadar melampau sehingga menzalimi hak orang yang menjual.
  5. Sediakan senarai benda yang hendak dibeli supaya tidak membuang masa.
  6. Jaga batas antara lelaki dan wanita. elakkan tempat yang terlalu ramai orang sehingga lelaki dan wanita terpaksa berhimpit-himpit.
  7. Bantu mereka yang memerlukan seperti warga emas yang tidak mampu mengangkat barang berat.
  8. mengambil kira keperluan dan kemampuan berbelanja. bahagikan keutamakan yang lebih penting seperti :
  • Daruriyyat: keperluan asasi seperti makanan, minuman, makanan dan tempat tinggal.
  • Hajiyyat: kemahuan yang membantu hidup lebih selesa seperti kereta, mesin basuh dan yang lain-lain.
  • Tahsiniyyat: pelengkap hidup seperti barang kemas.

banyak juga adab-adab yeng kena ada masa membeli belah kan, selamat mengamalkannya yer. selamat membeli belah secara berhemah hehe

Thursday, July 5, 2012

hebatnya 'kuasa' wanita.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai semua! Sedang apa dan di mana ya? Sihatkah atau kurang sihatkah :)

anak buah aku, nurul iman syuhada

Hanya kerana berebutkan seorang wanita, sebuah kumpulan gengster bergaduh sesama sendiri di Flat Taman Desa Ria, PJS 5. Pergaduhan melibatkan 20 lelaki bersenjatakan parang berterusan selama beberapa jam turut mengakibatkan kerosakan harta benda milik penduduk kawasan berkenaan.

16 orang lelaki berusia di antara 20 dan 30 tahun berjaya di tahan, dipercayai terlibat dalam pergaduhan itu. Polis turut merampas 10 parang dan satu kayu golf, kata Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya. -sinar harian-



p/s : gambar takde kena mengena hehe

Tuesday, July 3, 2012

rayu anak pulang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai semua, apa khabar? Entri ni berkenaan satu iklan yang terdapat di dalam berita harian hari ni (3/7/12). Takde kena mengena dengan aku tapi tergerak hati nak tolong sebarkan -.-

Hamid Khan Omar Khan

Salasiah Aminuddin, 66, merayu anak lelakinya, Hamid Khan Omar Khan 42, pulang ke rumah mereka di Kampung Teluk Tawar, Setiawan Perak,selepas dua tahun menghilangkan diri. Hamid Khan sebelum ini dikatakan bekerja sebagai pengawal peribadi kepada seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.

Laporan polis berhubung kehilangannya telah dibuat di Balai Polis Air Tawar, Setiawan 3 Jun lalu. Mereka yang mengetahui atau mengenali Hamid Khan diminta menghubunginya di talian
012-4034857.

Berita Harian



p/s : tergerak hati nak bantu

Monday, July 2, 2012

biadap sebab Twitter dan Facebook?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai semua, selamat hari isnin. Dulu asal tiba hari isnin je mesti liat rasa nak bangun pergi kerja hehe, masa sekolah dulu pun sama juga, liat betul nak bangun pagi pergi sekolah hehe. kamu semua macam tu juga ke?
^_^


Aku jadi tertanya-tanya bila baca pasal ni dalam akhbar tadi. Betul ke?
Menurut kajian, Twitter dan Facebook dikatakan menjadi punca perubahan remaja perempuan bercakap, mereka menjadi lebih biadap dan agresif.

Penggunaan bahasa yang semakin pendek, tajam dan lebih berterus terang tanpa pertimbangan secara berhati-hati terhadap perkataan yang digunakan mereka, menyebabkan mereka bertindak kurang sopan, berterus-terang malah lebih agresif apabila bercakap sesama sendiri atau dengan golongan dewasa.


Ia dikatakan lebih ketara di kalangan perempuan berbanding lelaki kerana lebih kerap menggunakannya dalam berkomunikasi. Erm aku rasa ada betulnya juga kan, dek kerana kerap sangat berkomunikasi dengan cara tu jadi kita terbawa-bawa cara tu ke alam realiti. Bukan disengajakan tapi sebab dah terbiasa dengan cara tu tapi bukan semua, segelintir je yang jadi macam tu kan hehe
-berita harian-








yang pergi biarkan dia pergi..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hai semua, hehe tajuk macam sedih je kan. sebenarnya takde sedih mana pun cuma nak ucapkan selamat tinggal pada JUN 2012. *lambat kan hehe

selamat tinggal

banyak perkara yang berlaku dalam bulan June. ada yang manis, ada yang pahit, ada yang gembira, ada yang duka tapi kan kita hidup sebagai manusia ni tak boleh selalu pandang ke belakang kan. walau apa pun yang terjadi dalam hidup ni, kita tetap perlu pandang ke hadapan untuk meneruskan perjalanan kita di atas muka bumi ni.

apa jadi yang terjadi pada masa lalu, kita gunakan sebagai pengajaran untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada. yang kurang baik kita jadikan dia baik, yang dah sedia baik kita jadikan lebih baik lagi. kamu setuju?

apa yang aku harapkan untuk masa hadapan cuma kebahagiaan yang aku cari selama ni akan menjadi milik aku selamanya. semoga segala perkara yang dirancang akan berlaku sepertimana yang aku rancangkan.

semalam sudah menjadi sejarah, esok tiada yang tahu apa yang bakal terjadi dan hari ini itu pasti. jadi hargai dan gunakanlah hari anda dengan perkara-perkara yang memberi manfaat kepada diri kita. semoga setiap apa yang kita lakukan sentiasa berada di bawah payung rahmat yang Maha Esa, semoga dipermudahkan segalanya.
AMIN

manusia merancang DIA juga merancang tetapi sebaik-baik perancangan adalah daripada-NYA

Sunday, July 1, 2012

hari minggu saya ^_^

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai! Selamat hari minggu semua, hari ni buat apa je kamu-kamu semua, jalan-jalan cari makan ke tidur je kat rumah? Hehe

Kamu abaikan tajuk macam nak buat karangan sekolah rendah tu ye hehe. Hari ni aku kerja macam biasa. almaklumlah kerja sendiri kan hehe. Sebelum kerja tadi sempat lagi aku melayan kerenah kucing-kucing aku yang tak pernah kenyang tu. asyik mengendeng je kat hujung kaki minta makan hehe.

Erm aku dah tak tahu nak taip apa, kamu tengok je la aksi 'diaorang' bila aku tak layan kehendak diorang tu hehe

Menung apa tu abby?



Bulat nak makan putih ke? hehe


Bila tengah sunyi atau bosan, aksi mereka-mereka la yang menjadi penghibur. gerenti hilang bosan ^_^