Sabar.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sabar. Mudah untuk dijadikan ungkapan tetapi agak sukar untuk dijadikan kenyataan. Hmm..agak sukar tapi semua tu bukan mustahil untuk dijadikan amalan, kan? Jika ditimpa musibah, sabar. Ucapkan "Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Roji'un" (dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali). Atau maksud lainnya (bagi aku) musibah itu datangnya dari Dia jadi kita perlulah memohon bantuan dan berserah kepada Dia kan? Untuk meringankan, memimpin tangan, menunjuk jalan bagaimana untuk menghadapi musibah yang di beri kepada kita tu.
Musibah. Hmm..bunyi macam berat je. Macam satu bebanan pula bunyinya. Sebenarnya semua tu peringatan dari Yang Maha Mengetahui. Dia tahu kita sebagai manusia senang sangat termelencong dan tersasar daripada 'jalan yang sepatutnya'. Jadi Dia bagi la sedikit peringatan supaya kita tersedar dan kembali kepada jalan yang sepatutnya, kan. Almaklumlah, sejak diusir keluar daripada syurga sebab tak mahu sujud (hormat) kepada Nabi Adam, iblis dah berjanji akan menyesatkan manusia daripada jalan yang sepatutnya, sampai hari kiamat. Na'uzubillahi min zalik, minta dijauhkan. Hmm..kadang-kadang musibah tu datang sebab nak menguji tahap keimanan kita je. Jadi, sabar ya. Jalan menuju ke syurga memang agak mencabar tapi hasilnya nanti amat...tak dapat dibayangkan dek akal manusia.
Sabar itu sebahagian daripada iman. Maknanya apa? Kurang sabar maknanya kurang iman ke? Mungkin, sebab bila kurang sabar maknanya iblis dah berjaya memujuk nafsu supaya melakukan perkara yang tak sepatutnya. Hmm...teringat pula kisah sendiri bila bercakap tentang sabar ni. Dek kerana kurang sabar menunggu giliran, secara tak langsung aku dah menyusahkan orang lain. Walau apa alasan yang aku bagi (kepada diri sendiri), hakikatnya aku hanya menipu diri sendiri. Aku dah menyusahkan orang lain. Silap-silap sikap kurang sabar tu boleh memakan diri sendiri. Hmm...sabar tak ada had. Sabar tu iman.
Senyum. ^_^
p/s : dah lama terabai, harap ada lagi yang sudi baca. o_O
sabar itu tak mudah..lagi lagi bila berdepan ujian yang berat kan
ReplyDeletetu la..sebut nak sabar mmg mudah tp nak melaksanakannya tak mudah.
Delete