Friday, November 28, 2014

Berpakaian tapi telanjang.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

berpakaian tapi telanjang.
Hai! hadis dalam gambar tu aku dapat dari laman twitter petang tadi. Sahihkah? Da'ifkah? Jika da'if, ia tidak boleh digunakan untuk berhujah tetapi masih boleh digunakan sebagai panduan, kan? Jadi jika ada sesiapa yang mempunyai sumber rujukan, sila beritahu ya. Thank you in advance.

Semua manusia memerlukan pakaian, kan? Untuk menutup bahagian badan tertentu dari di pandang oleh manusia yang tidak sepatutnya. Bayi yang baru lahir pun akan dibalutkan dengan kain selepas selamat keluar daripada rahim si ibu. Apatah lagi yang sudah besar panjang. Masih adakah manusia yang sudah besar panjang tapi masih tidak berpakaian? Hmm.. orang yang kurang waras pun masih berpakaian lengkap, kan? Cuma mungkin pakaian yang di pakai tidaklah seperti pakaian manusia yang masih waras. Tetapi manusia yang masih waras, berpakaian seperti tidak berpakaian memang banyak. Buntang mata si mata keranjang memandangnya. Bukan mahu mendiskriminasikan golongan wanita tapi mungkin kerana seluruh badan wanita kecuali muka dan tapak tangan adalah aurat, maka ramai ahli-ahli agama membicarakan soal berpakaian tapi telanjang dan disinonimkan dengan wanita. Dalam kisah Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad juga ada diceritakan tentang gambaran wanita yang menerima azab di neraka dengan di gantung rambutnya dan di potong payudaranya, kan? Semua seksaan itu berlaku kerana semasa hidupnya, mereka tidak menutup aurat dengan sempurna, kan? Hmm.. jika aku silap, mohon diperbetulkan.

sebelum langsing, longgar. selepas langsing, agak ketat.
Ada satu persoalan yang sedang bermain dibenak fikiranku. Kenapa semasa bentuk badan agak montel, mereka boleh menyarungkan pakaian-pakaian yang longgar? Pakaian yang tidak menampakkan bentuk badan, tidak menampakkan bonjolan yang sepatutnya hanya dapat dipandang oleh suami mereka. Selesa mata mereka yang memandang keindahan ciptaan tuhan. Tetapi selepas mereka berjaya melangsingkan badan, memperolehi bentuk badan yang diidam-idamkan, mereka mula mengenakan pakaian-pakaian yang agak ketat. Menampakkan bentuk badan, menampakkan lekuk dan bonjolan yang sepatutnya hanya dapat di lihat oleh suami mereka kepada sesiapa sahaja. Seronok si mata keranjang apabila dapat memandang 'keindahan' ciptaan tuhan. Malu jika orang melihat badan yang menggeleber tetapi tidak malu apabila orang dapat melihat bonjolan yang membusung dan lenggokan yang menggetar nafsu? Adakah menutup aurat itu hukumnya harus? Tidak wajib? Dilakukan boleh, tidak mengapa jika tidak dilakukan? Hmm.. soalan itu biar kamu sendiri yang fikirkan jawapannya. Aku tidak akan mengadili mereka dengan mengatakan mereka-mereka itu akan ke syurga atau ke neraka. Itu urusan Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Adil untuk menentukan hala tuju mereka di akhirat nanti. Mungkin aku sendiri merupakan ahli neraka. Siapa tahu? Na'uzubillahiminzalik. Maaf jika ada terkasar bahasa, tersinggung perasaan.

Sekali terpandang tetapi dengan segera mengalihkan pandangan, masih boleh dimaafkan. Sekali terpandang dan terus memandang disertakan pula dengan nafsu, mungkin akan terbuka jalan menuju kepada zina. Jika kamu sendiri yang menghidangkan permandangan, tidakkah kamu boleh dianggap sebagai penyebab berlakunya zina? Salah yang memandang kerana tidak mampu mengawal pandangan tetapi dengan permandangan yang dihidangkan oleh kamu menjadi penyebab iblis berjaya mengetuk pintu nafsu untuk mengekalkan pandangan yang memandang ditumpukan kepada permandangan yang dihidangkan. Semua itu fitnah dunia.

Jangan hanya sekadar membalut aurat tetapi tutuplah aurat mengikut apa yang telah disyariatkan. Lelaki juga perlu ingat. Aurat lelaki dari atas pusat hingga ke bawah lutut. Tetapi itu tidak bermaksud dengan sewenang-wenangnya kamu boleh tidak memakai baju. Bangga dapat menayang dada yang berbulu? Ia tidak salah, cuma kurang sopan.

p/s: dari mata turun ke hati dan jika baik hatinya, dengan izin-Nya semua akan selamat. o_O

-

No comments:

Post a Comment