Sunday, November 30, 2014

Harimau tundukkan singa.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


harimau tunjuk taring?
Pertamanya, tahniah diucapkan kepada pasukan Harimau Malaya kerana berjaya menundukkan pasukan Singa dalam perlawanan tadi. Dengan hasil usaha pemain dan pasti kerana izin-Nya, akhirnya Harimau Malaya berjaya melaksanakan misi wajib menang tu.

Tahniah juga kepada pasukan Singa kerana kalau mengikut apa yang dikatakan oleh pengulas tadi, pasukan Singa lebih bermain secara berpasukan, lebih tersusun dan menarik berbanding pasukan Harimau Malaya. Aku pun suka tengok corak permainan pasukan Singa tadi. Cuma adat pertandingan pasti akan ada yang menang, ada yang tewas. Apa pun, salam 3-1 ya. o_O

Hasil hantaran daripada Amri Yahyah, Safee Sali berjaya menjaringkan gol pada minit ke-61. Kemudian Khairul Amri berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-83, hasil daripada sepakan percuma. Kemudian akibat daripada kekasaran terhadap Amri Yahyah di dalam kotak penalti, Harimau Malaya berjaya memperolehi sepakan penalti. Safiq Rahim berjaya melakukan tendangan menjadikan Harimau Malaya mendahului pada minit ke-93. Mungkin akibat tersilap percaturan, penjaga gawang pasukan Singa meninggalkan gawangnya dan sekaligus menyebabkan pasukan Harimau Malaya berjaya menghasilkan jaringan mudah pada minit ke-94. Jaringan yang dilakukan oleh Indraputra tu menjadikan mata akhir perlawanan menjadi 3-1 sekaligus memastikan pasukan Harimau Malaya layak untuk bermain di peringkat separuh akhir.

Perlawanan separuh akhir pertama di antara Harimau Malaya dan Vietnam, akan berlangsung pada 7 Disember 2014 di Stadium Bukit Jalil. Harap Harimau Malaya dapat menang dengan jaringan yang banyak untuk dijadikan bekalan pada perlawanan timbal balik di Vietnam nanti. Dan semestinya untuk memastikan tiket perlawanan akhir berada dalam genggaman. Skill individu tu memang bagus tapi kalau dapat guna skill berpasukan lebih bagus. Lebih terjamin walaupun tiada jaminan. Harap sejarah 2010 akan berulang kembali. Selamat berjuang.

p/s: apa-apa saja lah!
-

No comments:

Post a Comment