Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Banjir besar ke di pantai timur Malaysia tahun ni? Kelantan dah ada kawasan yang naik air. Terengganu, paling teruk rasanya buat masa sekarang. Air paras pinggang pun ada. Katanya dua universiti terpaksa di tutup sebab air naik tinggi sangat. Ramai yang kena pindah ke tempat yang lebih selamat. Siap ada jalan runtuh lagi. Apa khabar la sedara mara aku kat sana? Harap tahun ni tak naik air la ya. Pahang pun dah ada kawasan dinaiki air kan? Perak? Kedah? Bukan pantai timur tapi ada juga kawasan yang naik air kan? Hmm, banyak kawasan dah naik air.
Tiap-tiap tahun masalah yang sama. Malah jika diperhatikan, setiap tahun makin buruk. Kawasan yang selama ini air tak naik, sekarang naik air. Kawasan yang selama ni airnya naik sikit, sekarang airnya naik makin banyak. Kawasan yang selama ini air naik banyak? Makin banyak atau makin kurang? Ada kawasan yang selama ni air naik tapi tahun ni tak naik air? Monsun timur laut ni biasanya sampai januari kan? Lama lagi tu, jadi harap mana-mana kawasan yang biasanya naik air tu bersiap sedialah ya. Harapnya lain kali air tak naik dah.
No comments:
Post a Comment