Friday, November 14, 2014

Ada hikmahnya, kan?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

gambar pinjam

Kebijaksanaan daripada Allah, kelebihan atau tujuan sebenar di sebalik sesuatu perkara, kejadian dan sebagainya. Itu takrif hikmah yang tertulis di laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Hmm...apa hikmah di sebalik kejadian? Hanya orang yang berfikir akan mendapat jawapannya. Jadi fikir-fikirkanlah maksud yang tersirat di sebalik sesuatu perkara ya!

Sambil menunggu pelanggan tadi, aku belek akhbar dan terbaca artikel tentang jaguh badminton negara, Dato Lee Chong Wei sudah kembali turun untuk menjalankan latihan. Walaupun telah digantung daripada menyertai sebarang pertandingan, latihan tetap perlu diteruskan, kan? Practice make perfect, orang putih kata. Hmm..ye ke? Tak kisahlah betul ke tidak ayat tu. o_O

Bagi kamu, apa hikmah di sebalik penggantungan Dato Lee Chong Wei ni? Bagi aku, jika sebelum ini beliau perlu fokus untuk menyiapkan diri bagi menyertai kejohanan, tapi sekarang tidak perlu lagi kan? Jadi, inilah masanya untuk beliau menurunkan ilmu yang ada kepada pemain pelapis. Untuk memperkuatkan pemain pelapis memandangkan selama ini, pemain pelapis yang ada amat sukar untuk memenangi perlawanan. Jika selama ini negara, selalunya hanya mengharapkan beliau untuk menjulang pingat kemenangan. Jadi tidak salah rasanya beliau menurunkan ilmu bagi memperkuatkan pemain pelapis untuk bersama-sama menggalas tanggungjawab, dalam usaha untuk mengharumkan nama negara dalam arena badminton. Tak kan selamanya beliau seorang sahaja yang diharapkan untuk pikul tanggungjawab tu!

Beliau ada ilmu yang banyak dan pengalaman yang luas dalam arena badminton. Selain daripada barisan jurulatih yang ada, beliau juga boleh berkongsi segalanya kepada pemain pelapis, kan? Bagaimana cara untuk menghadapi setiap tekanan yang ada. Bagaimana untuk memantapkan lagi corak permainan. Bukankah selama ini, alasan gagal mengawal tekanan dan kurang kemahiran yang di beri setiapkali pemain pelapis gagal memenangi perlawanan? Fizikal mantap tetapi mental kurang mantap. Itulah cakap-cakap yang biasa di dengar setiapkali pemain tewas dalam perlawanan. Jadi, inilah masanya untuk mempersiapkan pemain pelapis, fizikal dan mental. Atau masih mahu menunggu? Hmm...ini hanya pandangan aku, terpulanglah jika mahu difikirkan atau tidak.


p/s: majulah sukan untuk negara. eh? o_O

No comments:

Post a Comment