Assalamualaikum dan salam sejahtera.
hmm, not bad. |
Hari ini (26.11.2014) lebih kurang jam 19:30 tadi, setelah lebih dua jam tertangguh akibat hujan dan petir, telah berlangsung satu lagi perlawanan bola sepak membabitkan pasukan Malaysia dan Thailand. Demi memburu tempat yang selesa dalam usaha untuk merebut gelaran juara bagi Piala AFF Suzuki 2014. Bertempat di Stadium Jalan Besar, Singapura. Thailand juara tiga kali Piala AFF Suzuki kan? Dan Malaysia pernah menjadi juara bagi edisi 2010 kan? Seronok aku tengok corak permainan mereka tadi.
Sejak awal permainan lagi pasukan Malaysia dan Thailand sudah melakukan serangan. Agresif corak permainan kedua-dua pasukan. Tapi kelebihan serangan lebih memihak kepada pasukan Thailand sebab corak permainan mereka agak tersusun dan laju. Pasukan Malaysia banyak melakukan kesilapan dari segi hantaran. Banyak hantaran yang dilakukan, tersekat di kaki pemain lawan. Atau mungkin hantaran tersekat kerana pemain lawan lebih kemas corak permainannya? Hmm..walau apa pun, pasukan Malaysia berjaya melakukan jaringan pada minit ke-28" menerusi Amri Yahyah sebelum disamakan kedudukan jaringan oleh pemain Thailand, Adisak Kraisorn pada minit ke-42". Cubaan Amri Yahyah pada minit ke-44" hampir membuatkan mulut semua orang ternganga. Tendangan dari tengah padang hanya dibatasi palang gol. Jika tidak pasti akan menjadi bualan ramai.
Bermula babak kedua, permainan mula berubah corak. Thailand bermain dengan lebih berhati-hati, tetapi dalam masa yang sama tetap melakukan serangan. Begitu juga pemain Malaysia. Pada minit ke-62" Malaysia meledakkan satu lagi jaringan melalui Safiq Rahim sebelum pemain Thailand, Charyl Chappuis menyamakan kembali kedudukan kepada 2-2 pada minit ke-72". Tetapi nasib tidak menyebelahi pasukan Malaysia apabila pemain Thailand, Adisak Kraisorn berjaya menjaringkan gol pada minit ke-89" sekaligus memastikan kemenangan menjadi milik pasukan Thailand.
Hmm, tahniah kepada pasukan Thailand dan kepada pasukan Malaysia, jangan putus asa. Adat pertandingan, ada yang menang, ada yang kalah. Usaha lagi dalam perlawanan seterusnya.
.
No comments:
Post a Comment