Seronok membuli?
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
gambar hiasan
Buli bermaksud mempermain-mainkan orang, biasanya orang yang lemah dengan tujuan untuk menggertak, mencederakan, menakutkan orang yang berkenaan. Itu definisi membuli mengikut apa yang diberitahu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Seronokkah membuli? Terasa diri hebat apabila dapat menindas orang lain? Apa rasa jika kamu pula yang dibuli? Hmm..Kamu jawab sendiri ya. o_O
Kamu pernah dibuli? Atau kamu pernah membuli? Aku, rasanya dua-dua aku pernah. Tapi membuli zaman aku sekolah dulu bukan macam sekarang. Zaman aku dulu, paling teruk pun kena tiup lampu kalimantang sampai padam je. Kalau setakat merangkak bawah katil macam latihan askar merangkak bawah kawat tu, biasa. Zaman aku dulu, membuli bukan untuk menindas tapi untuk mengajar junior-junior untuk faham erti susah senang apabila hidup sendiri. Paling lama pun dua atau tiga hari saja. Lepas tu senior dengan junior boleh jadi kawan, saling hormat-menghormati. Cuma bila bab senior 'minta tolong' junior buat sesuatu tu adatlah, kan? Lelaki? Permpuan? Sama saja. Jangan nak nafilah! o_O
Membuli zaman sekarang ni ekstrim sangatlah! Bila tengok video-video yang tersebar tu, rasa nak cepuk je mangkuk yang buat onar tu. Dah macam nak membunuh! Sesuai rasanya diorang ni di hantar ke Gaza, jaga Masjid Al-Aqsa tu, pergi bertumbuk dengan askar zionis tu. Kalau macam itu gaya 'membuli', apa perasaan yang akan timbul di antara junior dan senior? Hormat atau benci? Apa junior tu suci sangat ke? Dia tak ada kawan-kawan? Maksud aku di luar asrama? Dalam asrama mungkin senior 'berkuasa' tapi di luar tak ada istilah senior atau junior. Mungkin junior tu tak akan 'kotorkan' tangan dia dengan melakukan perkara yang sama tapi kawan-kawan dia? Aku rasa mungkin berlipat-kali ganda senior tu kena.
Kamu mahu orang 'hormat' tapi kamu tak nak 'hormat' orang. Mana boleh itu macam! Sama juga la antara orang tua dengan orang muda, cikgu dengan pelajar, bos dengan pekerja, pemimpin dengan rakyat. Kalau rasa mahu diri dihormati, hormati orang lain terlebih dahulu. Lu pijak wa lanyak. Amacam? o_O
p/s: ada, bagi, dapat.
membuli tak salah untuk kebaikan, kalau membuli untuk anaiya orang tu memang tak boleh la..
ReplyDeletezaman sekarang ni ramai yang membuli sebab nak tunjuk hebat je.
Deletepernah kena buli dan pernah juga membuli..tapi dulu buli-buli manja...sesi perkenalan sesama senior dan junior. Tapi sekarang ni buli-buli ganas..sampai bersepak terajang bagai. Bukan sahaja mendera fizikal tapi pasti turut memberi kesan pada mental dan emosi.
ReplyDeletetu la..skrg ni membuli sbb nak menindas org je
Delete