Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kosong, kosong.
Saingan Piala AFF Suzuki kembali lagi. Malaysia akan bersaing dalam kumpulan B bersama Thailand, Singapura dan Myanmar. Setelah hampir satu jam tertangguh akibat hujan lebat, petang tadi (23.11.2014) lebih kurang jam 18:20, telah berlangsung perlawanan di antara Malaysia vs Myanmar bertempat di Stadium Jalan Besar, Singapura. Seri tanpa jaringan keputusannya.
Saingan pertama pasukan Malaysia atau lebih dikenali sebagai Harimau Malaya untuk merebut kembali piala kejuaraan AFF Suzuki yang pernah dimenangi pada 2010. Adakah pasukan Malaysia akan berjaya untuk menjadi juara pada musim ini? Hmm semuanya bergantung kepada daya juang semua ahli pasukan untuk memastikan ianya menjadi realiti. Sebagai penyokong suam-suam kuku pasukan Malaysia, aku harap dapatlah mereka semua menukar mimpi menjadi realiti, kan? Hehe O_o
Secara keseluruhannya perlawanan tadi, bagi aku agak membosankan. Bukan sebab diorang main tak best tapi sebab diorang tak dapat score langsung. Hmm nasib baik la pasukan lawan pun tak dapat nak score. Corak permainan diorang tadi, okay la. Agak agresif tapi mungkin sebab keadaan padang yang licin antara puncanya, agaknyalah. Disebabkan corak permainan agresif tu juga la seorang pemain iaitu Gary Steven Robbat di arah keluar padang kerana menerima dua kad kuning. Hmm, baru perlawanan pertama dah kena buang padang. Agak menyedihkan.
Banyak juga peluang diorang nak score tadi. Amri Yahyah dah dapat peluang nak score di awal permainan tapi terpaksa gigit jari kerana linesman dah angkat bendera sebab offside. Dua tiga kali juga peluang yang Amri dapat tapi pertahanan Myanmar agak kebal dan akhirnya peluang hanya tinggal peluang. Sepakan percuma yang Mahali Jasuli ambil di hujung separuh masa pertama tadi pun hampir-hampir menjadi tetapi penjaga gawang Myanmar dah buka langkah awal-awal makanya tak menjadi jugalah tendangan percuma tu.
Semua pemain memang layak untuk mendapat pujian kerana mereka tetap dapat mempertahankan gawang daripada bocor walaupun terpaksa bermain dengan 10 orang sahaja. Pertahanan agak kebal walaupun ada ketikanya menjadi kucar-kacir akibat di desak oleh serangan yang dilakukan pemain Myanmar. Peluang nak score memang banyak tapi....hmmm tak ada rezeki. Perlawanan seterusnya kena usaha lagi. Pastikan mimpi itu bertukar menjadi realiti. Okay!
p/s: lepas ni lawan Thailand. Agak-agak kamu?
tak dapat tengok semalam...dan rasanya semua game akan datang pun tak dapat tengok gak :(
ReplyDeletetakpe baca ulasan kat sini jelah...next game buat ulasan lagi ye ;)
kalau dapat tengok dari awal sampai sampai habis baru ada ulasan :)
Delete