Friday, November 7, 2014

Musim tengkujuh?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Gambar hiasan

Musim tengkujuh atau dalam istilah lainnya musim monsun timur laut selalunya akan melanda pantai timur semenanjung Malaysia, kan? Betulkan jika aku silap. Maksudnya apabila musim tengkujuh ni tiba, kawasan pantai timur semenanjung Malaysia ni akan dilanda banjir. Banyak kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor akan dilanda banjir. Memang tiap-tiap tahun berlaku. Tapi benarkah banjir hanya berlaku pada musim tengkujuh? Hmm...macam mana pula dengan banjir kilat? o_O

Kawasan yang paling kerap berlaku banjir ni biasanya kawasan yang berhampiran dengan punca air kan? Kawasan berhampiran laut, kawasan berhampiran sungai dan kawasan berhampiran paya. Bila monsun timur laut ni datang, ia akan datang bersama awan hujan. Bila awan hujan datang, makanya hujan la yang akan turun kan? Takkan embun pula yang turun. Hmm...bila hujan turun dengan banyak, air laut, air sungai dan air paya akan bertambah. Tapi jangan dilupakan air longkang sebab air longkang juga akan bertambah bila hujan turun. Jadi kita perlulah jaga sungai, paya dan longkang ni jangan sampai tersumbat, tersekat alirannya atau kau akan terpaksa mengharung air.

Musim tengkujuh sinonim dengan hujan sinonim juga dengan banjir. Selagi Allah belum arahkan malaikat untuk meniup sangkakala, selagi itulah kita akan menghadapi musim tengkujuh ni. Suka atau tidak, memang kita akan menghadapinya kecuali jika kita menggunakan akal yang ada untuk menyelesaikan masalah banjir. Bukan menjadi punca berlakunya banjir. Semak samun yang ada di pinggir sungai atau paya tu, sila-silalah di tebas dan di buang. Sampah sarap jangan di buang ke dalam sungai, paya dan longkang. Bila aliran air tersekat, jangan pula melalak bila banjir. Tunding jari menyalahkan orang tak buat kerja penyelenggaraan, walhal kamu sendiri yang tak bertanggungjawab, menjadi punca aliran air tersekat.

Pembangunan yang tidak terancang juga boleh menjadi punca banjir kan? Buat bangunan lima puluh tingkat tapi longkang hanya lima inci? Buat longkang tapi air yang mengalir entah ke mana pergi? Hmm...entahlah, aku bukan pakar bab ni. Kamu fikirlah solusi, supaya dapat menyelesaikan masalah banjir ni kerana masalah banjir ni berpunca daripada sikap kita sendiri sebagai penduduk di bumi ni. Musim tengkujuh atau monsun timur laut akan tetap terus berlaku selagi dunia belum kiamat.  o_O 




4 comments:

  1. selalunya dah dekat penghujung tahun, memang banyak tempat akan banjir kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya camtulah..harap takde banjir besar mcm sebelum ni

      Delete