Assalamualaikum w.b.t..Allahummasolli'ala Saidina Muhammad wa'alaali Saidina Muhammad..
sebagai umat junjungan agung Nabi Muhammad SAW dan juga sebagai umat akhir zaman, tak cukup rasanya jika sekadar mengingati keagungannya hanya ketika hari sambutan maulidur rasul sahaja.
sebagai umatNya kita perlu mengingati segala yg berkaitan sepanjang hidup,selagi bernafas kita tak sepatutnya melupakan segala amanat dan tunjuk ajar yg telah di turunkan sejak zaman berzaman.
sebagai tanda hormat dan rasa cinta kepada Rasulullah kita digalakkan utk membaca selawat,semakin byk kita selawat semakin byk la fadilat dan pahala yg kita dpt,tak susah rasanya jika sekadar nak melafazkan selawat,tak perlu bayar dan tak terjejas langsung aktiviti harian dek kerana nak membaca selawat.
sebenarnya bukan manusia mukmin sahaja yg merindui dan mencintai Rasulullah, bahkan seluruh makhluk Allah.Di dalam sirah nabi ada menceritakan kisah yg boleh dijadikan iktibar.
Diceritakan oleh Jabir bin Abdullah, katanya, “Dulu, masjid menggunakan atap dari pelepah kurma. Apabila berkhutbah, Baginda Rasulullah SAW berdiri berdekatan salah satu pelepah itu. Apabila dibina sebuah mimbar untuknya, Baginda selalu berdiri di atasnya. Kami mendengar tangisan dari pelepah itu seperti unta bunting, sehingga Rasulullah SAW datang mendekatinya lalu mengelus pelepah itu, kemudian pelepah itu terdiam.” (Riwayat Bukhari)
sedangkan tumbuhan juga merindui dan menangis menunggu kehadiran Rasulullah, dan ini membuktikan bhw Baginda sbg pembawa rahmat sentiasa dirindui dan dinanti kehadirannya.KITA?
Aisyah pernah menceritakan bahawa Rasulullah SAW pernah berada di tengah-tengah sekelompok kaum Muhajirin dan Ansar. Lalu datang seekor unta dan bersujud kepada Baginda, maka berkatalah sahabat, ‘Wahai Rasulullah SAW, binatang dan pohon bersujud kepadamu, maka kami adalah lebih sepatutnya bersujud kepadamu.’
Lantas Rasulullah SAW segera menjawab, “Sembahlah Tuhanmu dan muliakanlah saudaramu. Sekiranya saya menyuruh seseorang untuk bersujud kepada orang lain, nescaya saya menyuruh wanita bersujud kepada suaminya. Dan sekiranya saya menyuruhnya (wanita) berpindah dari gunung kuning ke gunung hitam dan dari gunung hitam ke gunung putih, maka tidaklah patut baginya untuk melaksanakannya.” (Riwayat Ahmad).
Di sini, ada beberapa aspek yang diajarkan Rasulullah SAW kepada kita semua. Satu, kita tidak boleh menyembah atau sujud selain daripada Allah SWT. Keduanya ialah Rasulullah SAW ada juga menyelitkan unsur pengajaran kepada kaum wanita supaya taat dan patuh kepada suami. Dua aspek itu digabung dan inilah kelebihan Rasulullah SAW apabila mendidik sahabat.
Baginda juga menitik beratkan hubungan sesama insan.Baginda menyuruh kita agar sentiasa memuliakan hubungan sesama saudara seagama kita.Jadi marilah kita tanya diri kita, adakah suruhan Baginda itu kita patuhi?..TEPUK DADA TANYA IMAN ;)
bh online.
p/s : yg baik dari Allah yg tak baik dari kelemahan diri sendiri..
thanks for share this entry..:)
ReplyDeletep/s :: tenet cap siput sedut..:D
ur welcome :)
ReplyDeletep/s:siput sedut lg laju dr tenet hehe
nice sharing....
ReplyDelete=)
terima kasih..:)
ReplyDelete