Tuesday, February 21, 2012

bersenam baru sihat..

Assalamualaikum wbt..

Mental dan fizikal merupakan aset yang paling penting bagi semua manusia..kedua-duanya perlu dijaga dengan sebaik mungkin bagi menjamin kelancaran perjalanan hidup kita sehari-hari..Bagi menjamin kesihatan mental dan fizikal, kita digalakkan utk membuat senaman..

Di London hasil dari satu kaji selidik menyatakan bahawa, bersenam selama satu jam setiap hari mampu meningkatkan keupayaan dan pembelajaran individu bukan sahaja kanak-kanak malah golongan dewasa juga..

gambar sekadar hiasan

Berjalan dan berbasikal setiap hari selama enam bulan hingga setahun dapat meningkatkan daya ingatan dan kemahiran golongan dewasa sebanyak 15 hingga 20 peratus DAN membantu meningkatkan saiz bahagian penting dalam otak..ooo patut la Jimmy Neutron cerdik tgk kepala dia besar kan ;)

pinjam tak pulang dah ni ;)

Pengarah Beckman Institute for Advanced Science and Technology di Universiti Illionis, Proffesor Art Kramer berkata senaman memberi kesan yang besar dalam meningkatkan prestasi kanak-kanak dan juga membantu orang dewasa berhadapan masalah hilang ingatan apabila usia meningkat atau dalam erti kata lain apabila usia semakin tua..

Bersenam juga memberi kesan positif terhadap penyakit kordivaskular dan diabetes, dapat meningkatkan fungsi otak dan struktur otak itu sendiri.Hasil ujian neuroimaging juga menunjukkan rangkaian dan struktur otak berubah akibat dari bersenam malah dengan bersenam kita dapat mengurangkan kesan penuaan otak selama satu hingga dua tahun.

sumber dari berita harian..wassalam..


p/s : patut la aku rasa cam dah tua sgt je aku ni ^_^

2 comments:

  1. ok jom esok g jog..hakhak.:))

    #angan2 minah jenin je ni:p#

    ReplyDelete
  2. ok2..awk jog dulu kendian saya ikut ..hehe

    ReplyDelete