Saturday, February 25, 2012

pujukan syaitan..

Assalamualaikum w.b.t

salam sejahtera, sihat ke sahabat semua..fuh akhirnya sampai juga aku ke sini setelah dua hari tak jumpa jalan hehe..poyo betul la kan ;)

gambar curi hehe
kesian baby tu ngantuk sangat sampai tido dalam kasut hehe..

ermm nak kata aku sibuk sangat takde rasanya cuma agak keletihan kot..dua tiga ari ni badan aku rasa cam tak sedap je jenuh da aku telan panadol ta elok juga, penyudahnya lepas solat jumaat tadi, eh semalam le skrg ni dah sabtu kan (iklan jap)..lepas solat jumaat aku bantai tido, tak tahan sangat dah, masa tok khatib baca khutbah tadi dah macam hyppo nguap je manjang..segan aku ngan orang sebelah sebelah tu padahal sebelum ni tak penah jadi camtu :(

mesti setan punya keje kan..pandai betul dia cucuk aku masa tu hampeh betul..erm tapi bukan ke memang setan dah janji nak kacau anak adam sampai kiamat..silap aku la tu kan tak kuat nak lawan godaan setan jahanam tu..

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara yang keji, dan menyuruh kamu berkata dusta terhadap Allah, apa yang kamu tidak ketahui.” (al-Baqarah:168-169)

Wassalam

No comments:

Post a Comment