Tuesday, September 18, 2012

BERSOLEK SATU KEMESTIAN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hai bloggers dan readers sekalian..
semoga sentiasa sihat dan berbahagia hendaknya
^_^

erm.......soalan di atas sekali tu untuk kaum hawa di luar sana sebab selalunya kalau berkaitan dengan solekan ni selalunya perempuan la kan tapi zaman sekarang ni lelaki pun bersolek juga rasanya. erm metroseksual la katakan :P



minta maaf lah jika persoalan aku tu ada yang terasa cuma ada banyak ??????? dalam kepala aku sekarang ni. tak cantik ke muka diorang tu *yg bersolek* sampai perlu bersolek bagai tu. kena pulak yang bersolek tebal-tebal sampai berubah wajah sebenar yang Allah dah kurniakan tu.

eh!!! jangan salah sangka ye, aku bukan nak kata bersolek tu salah cuma ini pandangan aku sebab aku tak berapa minat tengok orang bersolek tebal-tebal sangat. pemerah di pipi tu merah menyala macam baru lepas kena lumur dengan cili api..ngekk *sila terasa* bibir pula merah menyala macam baru lepas makan asam masin yg warna merah tu *aku selalu makan dengan buah mempelam muda* :P

bagi aku kalau nak bersolek tu tak perlu la nak tebal-tebal sangat, natural beauty lagi cantik kot, touch-up sikit-sikit jer. bibir kering letak pelembab bibir pastu kalau rasa nak tutup kesan jerawat ke apa ke cukup kot kalau letak bedak je kan *jimat kos* hehehe

aku selalu perhati muka orang yang selalu bersolek dengan muka orang jarang bersolek atau tak pernah bersolek, berbeza sangat kulit muka diorang. orang yang selalu bersolek muka diorang nampak kusam bila tak bersolek pastu kalau zoom dekat-dekat nampak la menggerutu jer kulit muka diorang berbeza dengan orang yang jarang atau tak pernah bersolek, walaupun muka diorang biasa je tapi tetap nampak segar kecuali la kalau orang tu tengah demam ke apa kan hehe

tengok drama dalam tv lagi pelik, berlakon jadi budak sekolah menengah, scenenya kayuh basikal tepi sawah, nak pergi sekolah tapi bersolek mengalahkan supermodel. ke bebudak sekolah sekarang pergi sekolah bersolek sakan, setahu aku semua tu tak dibenarkan..kan? ke zaman sekarang sekolah benarkan pelajarnya bersolek sakan?

erm tengok keadaan la kan hehehe


p/s serlahkan kecantikan tu kepada yang berhak-AP

14 comments:

  1. for KA, just yg simple2 jer!

    ReplyDelete
  2. tak suke solek2..sebab muka nampak pelik je..haha. cukupla muka aku natural..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Momo : solek pelik2 takut lak tgk kan..hehe

      Delete
  3. Kata orang bersolek tu menambah lagi keyakinan diri kan? ;P aku pun tak bersolek juga sebab mcm menyusahkan je xD
    lagipun pelik pula org tgk kalau lelaki bersolek di public hak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Everythings : memang pelik kalo tgk org lelaki solek..buang tabiat kot hak2

      Delete
  4. tak pernah guna pemerah pipi..risau muka jadi macam badut sarkas...hehehe

    biasanya guna bedak dan gincu berwarna neutral je kalau keluar ^_^

    p/s jimat duit suami nanti kan :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. puteri kasih : kena pakai idung merah tu sekali la kan..hehe

      p/s jimat lagi menjimatkan..hehe

      Delete
  5. huhuhu tak pandai bersolek kalau saya bersolek kemungkinan untuk jadi seperti gambar di atas adalah tinggi huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sue pelik : menggerunkan kalo solek macam gambar di atas tu..hehe

      Delete
  6. dya xpndai bersolek..haha..keluar just tempek bedak ngn lipbalm..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dyabunga : oh ok dah camtu..simple-simple je kan..hehe

      Delete
  7. Selalu pakai bedak, eyeliner, lipstick dah cukup. takdenye nak pakai pemerah pipi, eyeshadow bagai. tp kalau sekadar nak keluar makan tu tak payah la.. membazir mekap je.

    tgk drama filem melayu ni, nak tido pun pakai eyeshadow..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aisya : hehe simple2 pun ok..erm make up retis tu terlebih rajin agaknya..

      Delete