semalam punya cerita
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hai bloggers dan readers semua..
sedang apa dan dimana? semoga dipermudahkan segala urusan yer :)
mendung jer cuaca pagi ni, angin pun sepoi-sepoi bahasa jer sekarang ni..erm adakah hari ni hujan bakal membasahi bumi? tiada siapa yang dapat bagi jawapan yang pasti untuk persoalan tu kan, sebab semua tu hak Dia untuk menentukan, kita sebagai hambaNya hanya perlu menerima setiap apa yang berlaku dengan hati yang terbuka dan bersyukur kerana setiap apa yang berlaku di atas bumi ni, ada maksudnya yang tersendiri samada yang tersurat atau yang tersirat.
agak tergopoh-gapah pagi semalam memandangkan kelewatan aku memulakan sessi mencari rezeki, sampai di kedai dah ada orang yang menunggu khidmat aku untuk merealisasikan hajat dia untuk menjadikan lapan ekor ayam kampung yang dia bawa tu untuk di jadikan lauk, alhamdulillah rezeki.
tapi ada perkara yang tak berapa nak di terima akal aku berlaku, orang baiki jaring ikan memang tak pelik kan tapi yang menjadikan aku agak pelik sebab dia rentang jaring tu betul-betul depan pintu kedai aku jadi kalau orang nak masuk kedai aku kena menyelak jaring tu dulu lah. yang si pemilik jaring tu pula dengan muka tak bersalah jer tengok orang susah nak masuk kedai aku..choii
selesai solat zohor aku keluar ke bandar triang, perancangan awalnya nak pegi jumpa awek bank tapi bak kata yang orang selalu duk kata tu lah "kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan" , selesai jumpa awek pejabat pos bayar bil aku pergi la ke cikmy sebab nak pergi jumpa awek bank pulak kan, dah dekat nak sampai tu aku ushar tayar cikmy macam pelik jer "ya Allah nasib baik tak meletup kat tengah jalan" tak perasan aku rupanya tayar cikmy dah uzur dan ada tanda-tanda nak kebabom dah pun.
start enjin, drive slow je bawa cikmy pergi jumpa 'doktor' aku rasa 60km/h jer aku drive semalam sebab risau juga buatnya kebabom masa aku drive laju tak ke naya di buatnya? rasanya lebih setengah jam aku duk tercongok kat situ, tunggu 'doktor' tu tukar tayar cikmy. dua biji tayar depan ditukar, dengan muka sedihnya enam keping duit lima puluh bertukar tangan..kopak aku bulan ni :(
cikmy tengah 'terbang..hehe
jenuh 'doktor' tu nak setting tayar, tiga empat kali buat baru selesai.
selesai jer hal cikmy, berkejar pula ke bank tapi tak dapat jumpa awek bank dah jumpa mesin cash deposit je lah. beratur punya lah panjang sebab cash depositnya satu jer yang berfungsi yang satu lagi "harap maaf, perkhidmatan tergendala sebentar"
berpeluh aku menunggu hampir sejam siap ada perempuan main potong Q lak tu tapi memandangkan aku ni 'baik hati' aku biar je lah itu perempuan main potong Q..puii
masjid kerayong dari kejauhan
selesai urusan, singgah solat asar kat masjid kerayong jap dan pukul enam lebih baru aku sampai kepayang, sambung kerja sampai sebelas malam, balik rumah tidur..
TAMAT
p/s hilang penat dapat sembang dengan 'dia' semalam..terima kasih :) - AP
bleh bt racing nih :p
ReplyDeleteduniafana : jom racing :P
Deletela sian dia...sib baik cikmy tak kebabom kan..lepas ni pastikan kesihatan cikmy sentiasa terjaga yer ^_^
ReplyDeletep/s sama-sama :P hehe
puteri kasih : tu lah kan..nasib baik la perasan kalo tak tak tau apa nasib..
Deleteseb baik xpe2 ye cuma fulus je yang melayang ye
ReplyDeleteKA : betul tu..fulus boleh dicari kan
DeleteBagus tu, sifat terpuji biarkan lah dia nak dulu kan? mana lah tahu busy bebeno ;P
ReplyDeleteyg si letak jaring ikan tu plak agknya dia tak phm kot yg dia menganggu kan?
hehe memula tu hangin juga rasa tp biar je la kan :)
Deleteerm iye la gamaknya dia tak sedar kot dia menganggu bisnes org..biarkan :)
hehehe , macam2 dugaan , tuhla, adakala kite senang , adakala kite susa , asam garam kehidupan :D
ReplyDeletesalam singgah dari CP
CP : setuju sgt2..hidup ni tak sentiasa kita diatas kan :D
Deleteterima kasih sudi singgah :)
Hari yang sibuk ...
ReplyDeleteAda juga orang yang macam tu yek...hahahah
HI : lebih kurang camtu la rutin harian aku bro..
Deletemanusia macam2 ragam kan..hehe
biasa la...nk wt cmne kan...sabo jelah
ReplyDeletetirahzairi : sabo sokmo doh..hehe
Deletedah boleh blah bab terbang tuu..haha
ReplyDeletemomo : mmg tak boleh blah pun..hehe
Deleteending yg menarik.haha. Jmp dy terus tade potpet2.haha
ReplyDeletemee : dgn dy wa xleh potpet nnt wa yg kena potpet..hehe
Delete